Thursday, November 12, 2009

Spontan dan Sentap

Salam Sejahtera...


Ada dua kisah.... cerita pendek... pelakonnya sama... adegannya berbeza...
Kalau nak tahu, sila skrol terus ke bawah ye...


Cerita 1; Spontan
Aku ada di lab, buat labwork.
My supervisor (sv) aku masuk ke lab.
Membawa beberapa orang visitors dari luar.
Aku teruskan labwork tanpa bising.
My sv bagi sedikit penerangan kepada visitors.
Selesai penerangannya.
Sv menjenguk ke bahagian aku buat labwork.
Tegurnya "eh Azrul ada sini....lama tak nampak awak Azrul?"
Jawabku " eh saya memang ada kat sini selalu Dr, Dr. yang busy, sampai tak perasan saya kat lab!!!"
Tiada respon lagi antara keduanya.
Saling tersenyum dan memandang.
Maksud senyuman dan pandangan, sendiri yang tahu.
Sungguh deras jawapanku tadi.
Spontan.


Cerita 2; Sentap
My sv tolong my labmate observe sampel.
Aku bergegas mahu turut serta menimba ilmu.
Bertentang mata dengan sv.
Katanya "hah Azrul, saya dah dapat slip registration awak, under lab kita".
"eh awak buat dengan siapa ye??? Prof. R ye??"
Aku tergamam.
Dia lupa aku student dia dan sedang buat projek under dia.
Jawabku setelah beberapa saat "Dr, saya buat projek yang dulu la...."
"Oooo ye ye.... kalau macam tu, awak kena buat begini...begitu...." katanya.
Sesudah selesai, aku dan labmate yang lain berpandangan.
"Dr. lupa...... biasa la tu...dia sangat busy.
Kerja dia banyak.
Kami pon dia lupa jugak, kadang-kadang" kata labmates.
Tapi....aku sedikit terkesima.
Sentap.


Hajatnya nak letak pic sendiri ketika tersandar di dinding lab.... tapi laptop tak dapat detect mmc dari digicam, so pinjam saja pic abang ni ye!!! kira okay la.... posing tetap menyandar kepala di dinding kannnn.... Apakah mode??
sila fikirkan sendiri.... :-P


~ yoe menulis bukan untuk mengundang sebarang pengaduan domba atau sebagainya, sekadar berkonsi cerita.. senyum ahh!


4 comments:

lone ranger said...

erks. ada ke dia kata camtu kt ko. aku Alhamdulillah. supervisor (Prof) dan co-supervisor (Dr) ingat aku. Dr ko tu ada masalah ingatan ke?

p.s: aku faham perasaan ko.

yoe said...

lebey kureng laaaaaaaa..... (mati la kalo dia terjumpe komen aku nih... mau kena fired aku!!) ...ekceli die terlampau busy sebab org berjawatan besar la katakan..... huhuuhu..... one of ahli senate kat my Uni...

lone ranger said...

oh. ahli senat. no wonder la. tapi agak kejam la dia sampai x ingat ko. huhuhu. takpe aku ingat ko. ;)

yoe said...

ngehehehehe..... ingat la sampai bila2 yek... :P