Friday, November 6, 2009

Aku selepas Graduate

Salam Sejahtera...

Sekadar menulis dan berkongsi pengalaman.

Kali ni aku nak menulis tentang perjalanan aku dalam menjalani kehidupan selepas graduate B.Sc aku pada tahun 2006 dulu. After grad, aku antara yang tak keluar terus dari my campus ni... tak macam bebudak batch dan coursemate aku yang lain. Adalah lagi beberapa kawan aku yang turut berada di UMT ni dengan plan untuk menyambung study di peringkat master. Aku pula masa tu rapat dengan Dr. E, yang kebetulan masa tu just appointed as a Director untuk Institute of Marine Biotech yang baru saja set up kat sini. So dia offer aku jadi RA under IMB, bukan GRA yang dibayar dengan duit geran tapi terus direct bawah SPA dengan gaji SPM. Aku just grab je chance tu, sebab excited juga nak timba pengalaman.

Skop kerja masa tu bantu pegawai sains kat IMB buat reseach marine microbes. Habis setahun kontrak kerja, then Prof mintak sambung lagi setahun kontrak kerja aku kat situ. Dalam masa sama, Dr. E dah mula bagi main idea untuk projek master dan aku lengkapkan semua planning untuk menuju ke arah itu, termasuklah pergi menuntut dengan Prof Rehana UPM dan Dr. Chandra VRI. Tapi sampel marine microbes kat makmal masa tu gila banyak, sampai kan projek master aku hanya boleh touch sikit-sikit je, tak macam kawan-kawan yang lain terus fokus dengan projek master diaorang straight after grad! Then dalam masa yang sama juga, aku try apply jawatan tutor kat UDM, tapi gagal, then aku cuba nasib kat UMT. Alhamdulillah, habis je kontrak tahun ke-2 sebagai RA, aku terus daftar jadi felo akademik under FASM pula. Alhamdulillah.

So start dari September 2008, masa tu offer letter untuk daftar master kat Graduate School (GS) memang dah dapat. Then bila nak daftar dengan pengecualian yuran, GS nak surat pengesahan dari KPT yang mengatakan bahawa diaorang memang akan sponsor aku. KPT pula tak boleh nak keluarkan surat tu sebab aku tak submit lagi result IELTS. So mula lah aku study untuk IELTS. Then, aku buat pendaftaran untuk seat for that exam on Jan 1009, tapi disebabkan dh fully booked, so aku telah di dragkan sehingga ke bulan Mei 2009. Makanya menunggu lah aku sehingga bulan Mei dan result keluar on June 2009. Bila dah serahkan result tu kat KPT, tunggu punya tunggu baru-baru ni je la baru dapat surat pengesahan dari KPT dan terus turun naik turun naik ke GS untuk daftar as a master student. Alhamdulillah, punya la lama tunggu sampai dah ramai orang tanya bila nak daftar, dan ada pula yang kata, dah lama tengok awak kat sini, awak buat apa sebenarnya ye?? huh..sedih :(

Agak panjang membebel kali ni, tapi bukan lah mahu membela diri atas tohmahan orang, atau memberi seribu satu alasan, cuma mahu menjelaskan keadaan sebenar. Ada juga orang kata kenapa kau tak siap-siap lagi, aku tengok dah lama muka kau kat UMT ni since kau grad... Kadang-kadang aku dah malas nak jawab, aku cuma senyum saja. Mungkin diaorang tak paham, diaorang ingat masa aku jadi RA, aku run kerja master, tapi kerja RA aku adalah totally different dengan kerja master sekarang. Dulu masa RA, buat bakteria, sekarang masa master buat pasal cacing. So kiranya, boleh dikatakan dari bakteria ke cacing la sekarang ni, heheheh......Apa-apa pon, aku redha dan terus redha. Cepat atau lambat, Tuhan maha tahu segalanya. Sesungguhnya perancangan Tuhan adalah sebaik-baiknya dan tiada yang lebih baik dari itu.


Salah aku kerana aku lambat bertindak... dan ini adalah beg pendaftaran master student yang membawa banyak makna kepada aku... mungkin hanya buat aku, orang lain aku tak tahu laa...


~ yoe menulis depan tv, tadi tengok nurkasih (katrina dah mati dan sarah semakin bertanduk), now tengok separuh akhir muzik-muzik pula!

4 comments:

lone ranger said...

erks. takut plak aku bro. tapi kan bila baca balik pengalaman ko ni. benda ni lah yg mematangkan ko secara tak sedar kan. mendewasakan. :)

p.s: tahniah! better late than never bro. semoga sukses selalu.

yoe said...

ye ye betul tu..... selalu pikir positive utk mententeramkan diri ..... thanks ya for the sukses wish for me!!! u too :)

lone ranger said...

you are welcome!
thanks too. :)

ko plan nak sambung PhD kt oversea kan?
jom buat sekali nak x?
kt Nothingham or Copenhagen ok gak.

yoe said...

serius ke??? skang ko buat bidang apa??