Wednesday, May 16, 2012

Kisah abah di Wad!

Salam... 

Dah lama tak menulis di sini, selama tidak menulis nih, aku berada di kampung (sebetulnya tidak lah di kampung pon), menjaga abah sakit. Mula2 abah sakit, hanya ada abah dan mak di rumah, jiran sebelah rumah yg tolong hantar ke Hospital Temerloh. Suspected for batu karang, tp hasil x-ray, tak nampak any signs. Dah balik sehari then sakit lagi, so abang2 di KL kata pindahkan ke Hospital Selayang saja, senang dan dekat diaorg nk tengok. So aku pon mintak cuti on the spot from my HoD, just with a phone call je... (heheheh Thanks Dr.) so berkampung lah aku dan mak aku jaga abah... abang2 dan kakak2 ipar jugak tolong!

Lama jugak laa specialist nak bagitau apa sakit abah... masuk hari ke-3 kot baru diaorg bagitau, abah ada diverticulosis (check wikipedia for info lanjut). Kinda like a structure dalam usus besar yang boleh membengkak dan menggangu proses pembuangan air dan bacterial infection akan berlaku.

Doctor tak sugegst for any operation, just abah kena repeat for another treatment end of this month dan kena habiskan antibiotic... dan lagi satu abah kena tukar diet pemakanan! more fiber please!!! hehehe :)

Okay aku tau doctor dan nurse kt Hospital Selayang tu tak baca pon blog aku nih, but aku betul2 appreciated jasa dan khidmat baik diaorg, betul2 aku salute! semua baik2!! Thanks a lot... semoga Allah membalas jasa kalian... dan juga semua yg membaca update2 aku di Fb dan mendoakan juga yg sudi datang melawat..terima kasih semua.



Mak dan abah
Kesian abah saya kann... x penah2 duduk wad, ni lah first time!
Makanan abah, tp selalu nya tak abis pon sbb tak lalu, then aku belikan makanan dr cafe hospital...sedap sket!  

 
~ Yoe menulis di office..di malam hari selepas balik jogging!!