Monday, November 30, 2009

Bukan daginG korban

Salam Sejahtera...


Hari ini
13 Zulhijjah
Hari Tasyriq yang terakhir
Rasanya tak terlambat lagi
Untuk mengucapkan
Selamat menyambut hari raya Qurban
Semoga sama-samalah kita menghayati erti pengorbanan


Jemput makan ye semua....walaupon bukan daging korban.


~ yoe menulis dengan ada flu di rongga hidung......

Thursday, November 26, 2009

Selazat Chocolate Indulgence

Salam Sejahtera...


Menikmati sepotong kek chocolate indulgence di tengah malam a.k.a awal pagi secara berjemaah dengan housemate sambil mendengar muzik jawa dari laptopnya yang terpasang.





Kek coklat
Berlapis keju dan ais krim
Lazat
Manis rasanya
Indahnya jika cinta kita selazat chocolate indulgence
Mengasyikkan




p/s: kek ni feveret my bestfren.... i miss u dude!
p/s: esok awal pagi, seawal 6am, maybe akan gerak balik ke Temerloh...
p/s: maybe tak akan update blog for a few days, takde internet dan takde broadband..
p/s lagi: mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidiladha' kepada kalian... maaf zahir batin... :)


~ yoe menulis dengan mata separuh terbuka... mengantuk :P

Tuesday, November 24, 2009

Alkisah Medical Check up

Salam Sejahtera...


Semalam
Masa medical check up
Ada something yang incik Doktor tu cakap
Ada abnormality pada kedudukan tulang belakang
Aku diminta ke pusat kesihatan kampus
Dan minta dirujuk ke pakar tulang di HSNZ

Maybe aku akan buat semua ni pertengahan Disember nanti
Sebab after raya haji, akan ke KL for 2 weeks
Ada kerja di UM seminggu dan UPM seminggu
So after that, baru balik ke KT dan jumpa pakar
Hope everything will be okay

Buat masa ni aku just macam biasa je
Tak nak la fikir sangat semua ni
Plus, aku ni bukan lah jenis lemah semangat sangat
Kawan-kawan, doakan aku yek!!!
Peace!!!



~ yoe menulis sambil surf pasal term yang doktor guna semalam, if i'm not mistaken, doktor tu cakap pasal sclerosis.... entah betul ke tidak yang aku dengar tu tak tahu laa............... :P

Monday, November 23, 2009

Cermin retak seribu

Salam Sejahtera...

+++ Bergossip di pagi hari...kisah benar buat sempadan... nama sebenar si pelaku dirahsiakan... tak baik membuka aib sesama insan kan.... (mode ustaz)

Cinta
Hebatnya penangan cinta
Lagi hebat bila cinta bermain di antara tiga jiwa
Lantas berkecamuklah dua jiwa merebut sang bunga

Sang bunga sekuntum itu
Merasa bahagia dan teruja agaknya
Menyedari dua jiwa saling berebut demi dirinya

Sang kumbang berdua
Tika amarah menguasai diri
Cabar mencabar meninggi suara
Cermin dihempas ke lantai pecah seribu

Akhirnya
Siapa menang
Bunga atau kekumbang
Atau iblis durjana yang puas melaga????


Cermin berderai lebih dari retak seribu
(bukan dari tapak kejadian sebenar, tapak kejadian kami dah tolong kemaskan, so tak sempat nak snappy tapak itu)


~ yoe menulis dengan gigih, walaupon sakit-sakit, mode bergossip tetap ada... hehehe... sekali-sekala jer...

Sunday, November 22, 2009

Sakit memanG sakit II

Salam Sejahtera...


Sakit.
Ujian Tuhan.
Pasti ada hikmahnya.

Dah hari ke-5.
Sakit ini berbolak balik.
Terasa macam biskut pulak.
.....................kejap ada, kejap takde.

Pagi tadi macam dah okay.
Gagahkan diri ke Lab sambung labwork.
Tapi, postur ketika membuat kerja membuatkan sakit terasa.

Tak tahan rasanya.
Pergi klinik jumpa doktor.
Dapat ubat dan terus berehat di rumah.
Labwork tergendala lagi..................................... :(



Gigih sangat kan susun ubat nak snappy then gigih jugak update blog sebab tengah boring!!


~ yoe menulis sambil berfikir larat tak nak drive balik kampung lusa ni...:P

Friday, November 20, 2009

Sakit memanG sakit

Salam Sejahtera...


Disember 2006.
Ada satu peristiwa yang menyebabkan perkara ini.
Kesalahan postur semasa mengangkat barang.
Sangat sakit.
Kata Doktor, tulang tak patah...
... tapi otot koyak... pada bahagian pinggang.
Dan sakit itu tidak akan sembuh sepenuhnya.

Sekarang.
Sakit itu menyinggah lagi.
Mungkin kerana banyak kerja di lab.
Juga banyak duduk menulis di lappy tanpa bersandar.
Akibatnya sakit itu datang.
Sukar berdiri dan berjalan.
Rukuk dan sujud juga perit.
Hanya baring dan bersandar.
Menahan sakit.
Dan menunggu sakit ini pergi dengan sendiri.


Ya Allah, sungguh aku tak tipu... sakit memang sakit!


~ yoe menulis sambil bersandar... hari ke-2 menahan sakit... :(

Wednesday, November 18, 2009

Malu pagi Rabu

Salam Sejahtera...


Pagi rabu
Hujan lebat
Terlewat bangun sebab lepas subuh tadi tidur semula
Bila sedar terus mandi dan bersiap
Sebelum ke lab, singgah bayar bil
Then, singgah Cafe Kak Moh tapau breakfast
Masa nak ke lab....
Terpandang ke bawah...
Dan..... alamak!!!!
Aku tak zip seluar jeans aku
Damn!!!!
Malu!!!


Jangan risau, sekarang dalam lab, seluar dah zip!!!


~ yoe menulis sambil tunggu turn nak guna alat kat lab, jap lagi nak review thesis writting...chow :)

Tuesday, November 17, 2009

Habit bila Tension

Salam Sejahtera...


Aku ni
Sebenarnya ada habit
Bila aku tension..
Aku akan keluar dan makan dengan banyak
Dan selalunya rakan-rakan serumah akan jadi mangsa
Untuk jadi peneman dan makan bersama
Itulah yang terjadi malam ni


Sangat tension
Memikirkan labwork dan thesis writting
Dan borang-borang perjanjian study yang tak siap diuruskan
Tetiba ditambah pula dengan sikap someone
Someone yang tidak bersikap matang sesuai dengan usianya
Yang bersikap membabi buta
Yang menuduh aku dengan semberono
Yang suka membuat kesimpulan sendiri
Yang tidak mahu menerima penjelasan
Jelas akhirnya semua itu menambahkan tekanan di jiwa...
Yang telah sedia tertekan


Off handphone
Off laptop
Keluar dari bilik
Dan menyeru rakan-rakan serumah
"Jom keluar..... aku tension!!!!!"
Seruan aku disambut dengan.......
"Jom!!!!"



Aiyyokkk..... makanan tak sihat waktu lewat malam :-(
Jangan amalkan selalu ya!!!!


~ yoe menulis dengan rasa tension yang semakin pudar.....

Monday, November 16, 2009

Gosok tapak tanGan...

Salam Sejahtera...


Duduk di bench lab
Sambil update thesis writting
Sebab alat image analyser, labmate tengah guna
Tadi pagi turn aku
Now turn dia
Sejuk amat dalam lab ni
Aku dah menggigil-gigil
Jenuh gosok-gosok tapak tangan nak bagi panas
Nak naikkan suhu aircond tk boleh
Sebab ada alat yang perlukan suhu sesejuk ini
.........................................


Mesti kawan-kawan yang kat oversea kata...
"ala, baru 16 C, dah sejuk????"


~ yoe menulis sambil menggigil dan menggeletar...

Saturday, November 14, 2009

Perut rasa sakit!!!

Salam Sejahtera...

Lately ni macam dah lama sangat tinggal benda alah fitnes ni.... jogging dah lama tak buat, sit up dan push up pon dah lama tinggal... huhuhu..sangat menyedihkan... lack of time (sebenarnya lack of dicipline), huhuhu :-(

Dan natijahnya sangat merisaukan..... my tummy berkeadaan menyampah untuk dipandang jika tak tahan nafas.... huh... benci, benci, benci!!!!

Maka 2,3 hari lepas dah start sit up semula, lewat malam before tidur dan awal pagi after solat subuh...tapi malam tadi tiba-tiba perut rasa sangat sakit di bahagian bawah pusat...rasa perut sangat tegang dan memang tak boleh nak teruskan sit up tu!! Mengecewakan...

Kalau la kat area aku ni ada gym yang proper macam kat KL, for sure aku dah lama join. Nak masuk gym kat my campus pula macam tak berapa menarik je.... nak tunggu gym baru tu entah bila la nak siapnya.. so terpaksa la buat kat rumah je, based on magazines je - and... without a professional trainer which is i really need!!!


Akan terus gigih untuk fit!!


~ yoe menulis sambil menahan rasa sakit di bahagian perut...

Thursday, November 12, 2009

Spontan dan Sentap

Salam Sejahtera...


Ada dua kisah.... cerita pendek... pelakonnya sama... adegannya berbeza...
Kalau nak tahu, sila skrol terus ke bawah ye...


Cerita 1; Spontan
Aku ada di lab, buat labwork.
My supervisor (sv) aku masuk ke lab.
Membawa beberapa orang visitors dari luar.
Aku teruskan labwork tanpa bising.
My sv bagi sedikit penerangan kepada visitors.
Selesai penerangannya.
Sv menjenguk ke bahagian aku buat labwork.
Tegurnya "eh Azrul ada sini....lama tak nampak awak Azrul?"
Jawabku " eh saya memang ada kat sini selalu Dr, Dr. yang busy, sampai tak perasan saya kat lab!!!"
Tiada respon lagi antara keduanya.
Saling tersenyum dan memandang.
Maksud senyuman dan pandangan, sendiri yang tahu.
Sungguh deras jawapanku tadi.
Spontan.


Cerita 2; Sentap
My sv tolong my labmate observe sampel.
Aku bergegas mahu turut serta menimba ilmu.
Bertentang mata dengan sv.
Katanya "hah Azrul, saya dah dapat slip registration awak, under lab kita".
"eh awak buat dengan siapa ye??? Prof. R ye??"
Aku tergamam.
Dia lupa aku student dia dan sedang buat projek under dia.
Jawabku setelah beberapa saat "Dr, saya buat projek yang dulu la...."
"Oooo ye ye.... kalau macam tu, awak kena buat begini...begitu...." katanya.
Sesudah selesai, aku dan labmate yang lain berpandangan.
"Dr. lupa...... biasa la tu...dia sangat busy.
Kerja dia banyak.
Kami pon dia lupa jugak, kadang-kadang" kata labmates.
Tapi....aku sedikit terkesima.
Sentap.


Hajatnya nak letak pic sendiri ketika tersandar di dinding lab.... tapi laptop tak dapat detect mmc dari digicam, so pinjam saja pic abang ni ye!!! kira okay la.... posing tetap menyandar kepala di dinding kannnn.... Apakah mode??
sila fikirkan sendiri.... :-P


~ yoe menulis bukan untuk mengundang sebarang pengaduan domba atau sebagainya, sekadar berkonsi cerita.. senyum ahh!


Monday, November 9, 2009

Itu hanya Mimpi..

Salam Sejahtera...


Malam semalam hujan lebat,
Tidurku dengan nyenyak sekali,
Mujur lah tak terlepas waktu subuh,
Ingat sesudahnya nak terus bersengkang mata,
Tapi ternyata mata gagal bertahan,
Godaan selimut ternyata lebih kuat,
Terus lelapkan mata dan tidur sampai ke siang...
Sesudah bangun, ahhhh....ada mimpi tadi rupanya,
Tapi bila ingat balik mimpi dalam tidur siang tadi...
Membuatkan aku beristighfar panjang....
Memang la seronok...tapi ishkk.... memang gila la..
Memang mustahil dan di luar batasan fikiran,
Terasa nak kongsi dengan orang yang ada dalam mimpi itu,
Bila fikir-fikir balik.....ishkk tak mahu lah...
Sama ada orang itu gelak besar,
Atau pon orang itu pandang serong kat aku...
Sudahnya, simpan rapat-rapat bawah bantal je la...
Lagi pon, itu hanya mimpi kan...
Hehehehehehe..... :-)


Pleaseeeeeee...jangan snap pic i masa tengah tidur....
i malu..... :-P


~ yoe menulis sambil senyum sorang-sorang teringat mimpi mustahil tadi.... kalau la betul................... hehehehehehe :-)

Friday, November 6, 2009

Aku selepas Graduate

Salam Sejahtera...

Sekadar menulis dan berkongsi pengalaman.

Kali ni aku nak menulis tentang perjalanan aku dalam menjalani kehidupan selepas graduate B.Sc aku pada tahun 2006 dulu. After grad, aku antara yang tak keluar terus dari my campus ni... tak macam bebudak batch dan coursemate aku yang lain. Adalah lagi beberapa kawan aku yang turut berada di UMT ni dengan plan untuk menyambung study di peringkat master. Aku pula masa tu rapat dengan Dr. E, yang kebetulan masa tu just appointed as a Director untuk Institute of Marine Biotech yang baru saja set up kat sini. So dia offer aku jadi RA under IMB, bukan GRA yang dibayar dengan duit geran tapi terus direct bawah SPA dengan gaji SPM. Aku just grab je chance tu, sebab excited juga nak timba pengalaman.

Skop kerja masa tu bantu pegawai sains kat IMB buat reseach marine microbes. Habis setahun kontrak kerja, then Prof mintak sambung lagi setahun kontrak kerja aku kat situ. Dalam masa sama, Dr. E dah mula bagi main idea untuk projek master dan aku lengkapkan semua planning untuk menuju ke arah itu, termasuklah pergi menuntut dengan Prof Rehana UPM dan Dr. Chandra VRI. Tapi sampel marine microbes kat makmal masa tu gila banyak, sampai kan projek master aku hanya boleh touch sikit-sikit je, tak macam kawan-kawan yang lain terus fokus dengan projek master diaorang straight after grad! Then dalam masa yang sama juga, aku try apply jawatan tutor kat UDM, tapi gagal, then aku cuba nasib kat UMT. Alhamdulillah, habis je kontrak tahun ke-2 sebagai RA, aku terus daftar jadi felo akademik under FASM pula. Alhamdulillah.

So start dari September 2008, masa tu offer letter untuk daftar master kat Graduate School (GS) memang dah dapat. Then bila nak daftar dengan pengecualian yuran, GS nak surat pengesahan dari KPT yang mengatakan bahawa diaorang memang akan sponsor aku. KPT pula tak boleh nak keluarkan surat tu sebab aku tak submit lagi result IELTS. So mula lah aku study untuk IELTS. Then, aku buat pendaftaran untuk seat for that exam on Jan 1009, tapi disebabkan dh fully booked, so aku telah di dragkan sehingga ke bulan Mei 2009. Makanya menunggu lah aku sehingga bulan Mei dan result keluar on June 2009. Bila dah serahkan result tu kat KPT, tunggu punya tunggu baru-baru ni je la baru dapat surat pengesahan dari KPT dan terus turun naik turun naik ke GS untuk daftar as a master student. Alhamdulillah, punya la lama tunggu sampai dah ramai orang tanya bila nak daftar, dan ada pula yang kata, dah lama tengok awak kat sini, awak buat apa sebenarnya ye?? huh..sedih :(

Agak panjang membebel kali ni, tapi bukan lah mahu membela diri atas tohmahan orang, atau memberi seribu satu alasan, cuma mahu menjelaskan keadaan sebenar. Ada juga orang kata kenapa kau tak siap-siap lagi, aku tengok dah lama muka kau kat UMT ni since kau grad... Kadang-kadang aku dah malas nak jawab, aku cuma senyum saja. Mungkin diaorang tak paham, diaorang ingat masa aku jadi RA, aku run kerja master, tapi kerja RA aku adalah totally different dengan kerja master sekarang. Dulu masa RA, buat bakteria, sekarang masa master buat pasal cacing. So kiranya, boleh dikatakan dari bakteria ke cacing la sekarang ni, heheheh......Apa-apa pon, aku redha dan terus redha. Cepat atau lambat, Tuhan maha tahu segalanya. Sesungguhnya perancangan Tuhan adalah sebaik-baiknya dan tiada yang lebih baik dari itu.


Salah aku kerana aku lambat bertindak... dan ini adalah beg pendaftaran master student yang membawa banyak makna kepada aku... mungkin hanya buat aku, orang lain aku tak tahu laa...


~ yoe menulis depan tv, tadi tengok nurkasih (katrina dah mati dan sarah semakin bertanduk), now tengok separuh akhir muzik-muzik pula!

Thursday, November 5, 2009

Saya tak Larat

Salam Sejahtera...

Now dah 5 hari masuk ke bulan November 2009.... rasa sangat terkejar-kejar.... sampai terkadang perlukan satu saat untuk lupakan semua dan rasa ingin menulis di blog seperti sekarang... tapi buat masa ni sangat lah exhausted (kalau ada siapa-siapa yang ingin berkata "eleh, baru sikit kerja dah exhausted beria-ia" maka anda adalah dipersilakan berkata sedemikian rupa, seenak rasa...kerana itu hak anda, sama sekali saya tidak berhak menghalangnya)..... ada beberapa perkara nak tulis just nak mengurangkan beban di jiwa,...tapi seriously at this time, sangat-sangat tak larat.... so nanti lah ye..


Walaupon warna kulit tangan dan dahi adalah berbeza kecerahannya, tapi percayalah yang itu adalah tangan aku, bukan tangan siapa-siapa yang cuba mengapa-apakan aku!!


~ yoe menulis sedikit...lepas gian nak blogging je sebenarnya..sebab entry Nov masih belum ada...