Thursday, April 2, 2009

Ini bukan April FOOL!!!

Salam Sejahtera...

Sedang tension!!!



Tertekan dengan beberape procedur yang berbeza-beza yang melambatkan kerja aku!!!

Daripada satu pihak A, aku kena minta pihak B sediakan segala macam RO, dan buat PO untuk urusan pembelian tikus bagi tujuan research aku.

Tapi bila aku tanya pihak C, diaorang kata x perlu RO dan PO segala, cuma perlu sediakan cek atas nama pihak C, dan bawa cek itu ketika ambil haiwan itu nanti di tempat mereka.

Mungkin salah aku, sebab x periksa procedur awal-awal dengan pihak C (USM kelantan ke ni???)

Jumpa pihak A semula, terangkan keadaan dan aku diminta sediakan surat dan pihak A akan tandatangan sebelum surat boleh dihantar ke pihak D; Bendahari la tu…

Tapi sebelum surat boleh dihantar ke pihak D, aku perlukan pengesahan dari pihak C iaitu surat pengesahan cek perlu dibayar atas nama mereka. Tunggu punya tunggu, masuk hari kelima baru dapat fax dari pihak diaorang walaupon aku dah minta awal dan terpaksa call hari-hari…

Salah aku atau salah diaorang?? Dah tau ada cuti 2 hari sempena keputeraan sultan negeri diaorang, settle kan la sebelum cuti tu, bukan susah pon, aku cuma minta fax saja dari pihak diaorang…

Bila dah dapat, surat pon dah settle, terus aku hantar ke pihak D. sampai je kat tangan pihak D, dia kata, surat mohon cek ni x valid, sebab kena ada tandatangan dari Dekan.

Pelik betul, orang kat pihak A kata x perlu tandatangan Dekan, cuma tandatangan Head of Dept je….Terus balik semula jumpa S/U Dekan, Dekan pula xde pergi oversea, dan surat hanya boleh disettlekan pada hari ahad minggu depan, apabila Timbalan Dekan ada, dan akan tandatangan bagi pihak Dekan.

Tension!!

Kerja lab masih tertangguh kerana perkara-perkara seperti ini. Salah aku kot sebab lambat bertindak atau tidak berurusan dengan perkara secara proaktif. Mungkin aku terlalu reaktif…

Geram!!!

p/s: untuk mengisi masa, hanya pergi sampling sample daun untuk research aku, walaupon dalam keadaan hujan rintik-rintik…..dan kemudian duduk rumah writing la apa-apa yang boleh …

~ yoe menulis untuk meluahkan ketensionan!!!

3 comments:

zixol said...

begitulah karenahnye birokrasi..haha

yoe said...

ye la gjul...tp xpe, i take it as a lesson la...

Ejaylicious said...

HI..thanks singgah blog ..