Thursday, April 23, 2009

Belajar buat pudinG


Salam Sejahtera...

Hari tu, ada la buat sikit puding laici dan sempat la juga bagi kawan-kawan...ada juga yang minta resepi, so aku decide untuk upload je gambar penyediaan puding ni mengikut step. Tak susah, sangat mudah, senang, dan simple!! Ok sila tengok dan baca!

1. Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Agar-agar
2. Susu cair
3. Laici dalam tin
4. Nata de coco
5. Gula pasir


2. Rebus agar-agar sampai tak nampak bentuk agar-agar


3. Masukkan 3/4 tin susu cair, kalau suka lebih berlemak, habiskan je 1 tin


4. Masukkan air laici dalam tin, tapi buah laici dia tinggal


5. Masukkan nata de coco


6. Setelah bancuhan tadi mendidih, masukkan gula pasir mengikut citarasa, biasa aku guna 2 senduk penuh kalau ikut sukatan bahan-bahan tadi


7. Sementara tu, sila racih kecil-kecil buah laici tadi dan susun dalam bekas acuan


8. Tuang bancuhan tadi dalam bekas, dan kalau ada buih-buih tu, sila buang..kalau tak, nanti permukaan puding tak cantik


9. Masukkan puding dalam peti ais selama semalaman


10. Selepas semalaman, puding boleh dikeluarkan dan sedia untuk dihidang


Ini adalah puding laici yang sedia untuk dimasukkan ke dalam mulut. Kawan-kawan, kalau ada masa terluang dan rasa boring tak tau nak buat apa-apa, silalah try resepi puding laici ni. Bukan susah pon, senang yang teramat sangat, dan boleh diubahsuai mengikut citarasa sendiri.


p/s: sambil main facebook pon sempat buat lagi tau..senang je...


~ yoe menulis sambil tengok kawan-kawan menghabiskan sebekas puding laici kat pantry makmal ni..

8 comments:

♥ v 3 r m i L i 0 n ♥ said...

waseeyh! chef dia dasyat...siap p0se lg...entry yg bagus! kak zieyla da salin resipi! ;D thanks br0!! hehe

ang said...

selepas tengok chef yg seksi...
tertiba terpkir...
kalu la bulu keti** jatuh kan...
ahakssss...
hihihihihihi...;p

azrullokman said...

kak zila: u must try okay dan bole bagi adek kenit rasa...oopsss!!!

ang: chef yg seksi..ahakss...terkedu!
keti** chef xde bulu okay, well-trimmed everytime... jgn risau, konpon bersih!

♥ v 3 r m i L i 0 n ♥ said...

baik! harus cube! soh kak dijah cube laa :p *dijah..s0wwiii..*

-gweENappLe- said...

bla ku perhatikan....bersihnya petti ais ittew....tahniah....pti ais pon tau makeup bla nk msok blog!!!!huahuhahuha....kim slm kt pti ais ittew...ade eskrim klape x di dlm nyeh?

azrullokman said...

mmg la..peti ais kiteorg skang ni dh berevolusi taw!!! chumel gile...bersih dan suci!!!

~ sambil memandang seplastik eskrem kelapa!!!

dijahsaad said...

kena bookmark page nih..keke

azrullokman said...

wajib!!! ko harus cuba dan bg atiq, dharma dan abg2 omputeh rasa!!!