Thursday, April 30, 2009

Selesai satu Perkara

Salam Sejahtera...

Hari ini siap lagi satu perkara, urusan pendaftaran dan pembayaran untuk exam IELTS. Borang dah sent by pos laju tadi sekali dengan cek bayaran... (melayang RM550, mujur boleh claim, tapi lambat lagi lah baru dapat claim tu).


Dokuments ..get ready


Tarikh yang aku pilih untuk seat for the exam adalah 30 May or 13 June 2009... So either one dari tarikh tu..terpaksa lah menapak ke British council kat Kuala Lumpur... (melayang lagi duit).

Bermakna juga, dari tarikh ni, aku terpaksa luangkan masa yang lebih untuk study bahasa penjajah!! ohhh... bahasa inggeris saya tidaklah sehebat orang-orang itu...--------->> jeling-jeling Encik Azrin dan cik Dijah!!

Semoga berjaya dapatkan score yang tinggi dan tak perlu repeat berkali-kali..memenatkan dan membazirkan wang!!! InsyaAllah (ini adalah doa untuk diri sendiri)


p/s: Lee and Khal...sila luangkan masa pada tarikh-tarikh tersebut...dah janji nak hang out together kan after i habis exam tu kat KL!!!

~ yoe menulis tergesa-gesa nak pergi lunch then nak pergi cari hadiah kahwin bestfren!!

Friday, April 24, 2009

Conference: Tiada rezeki

Salam Sejahtera...


Kesedihan melanda...chewahhh.... :(


Sedih pon kena posing taw!!!!


Semalam jumpa Head of Dept.... bagitahu nak join scientific seminar dan nak present paper kat dua conference yg terdekat tapi jawapan HoD adalah TIDAK BOLEH.. kerana duit geran dah habis, dan geran baru belum approve lagi, manakala duit jabatan pula nak reserve untuk claim staf-staf lain dan projek final year student undergraduate. Kalau nak join juga bole je, tapi alamatnya kena pakai duit poket sendiri la...huh GILA!!! kalau aku ni anak Sultan Brunei takpe juga...hahahaha...

Sedih... :(

Sedih sebab aku memang sangat suka present paper dan sedih sebab tak dapat berjalan-jalan...

Dua conference yang aku terlepas nak join itu adalah:

1. National Conference On Agricultural and Food Mechanization 2009; at Rennaisance Hotel, Malacca, organized by MARDI - paper yang plan nak present; Comparison of _______________ Quantity by Two Different Method of Drying Process of _____________ Leaves

2. The 3rd Regional Conference on Natural Resources in the Tropics; at Hilton Hotel, Kuching, organized by UNIMAS - paper yang plan nak present; Preliminary Study of Use of ____________ as a Natural Dewormer in Goats


Tahun ni juga, ada dua conference yang aku berangan nak pergi, tapi kalau yang dalam Malaysia pon tak lepas, so yang oversea ni simpan dalam diary je la... conference itu adalah:

- World Association for the Advancement of Veterinary Parasitoloyg International Conference 2009; Calgary, Canada

- European Congress on Tropical Medicine & International Health 2009; Verona, Italy

Takpelah, takde rezeki, mungkin rezeki paper-paper tu bukan untuk conference, tapi untuk publish kat jurnal kot...heheheh (mode berangan)...



p/s: teringin nak tengok orang-orang hebat present paper.... sambil jeling Abang Ayie di London, Cik Dijah di Australia, dan Cik Anis di UMT...

~ yoe menulis sambil santai berehat-rehat di ruang tamu, di petang jumaat yang panas membara dan berharap dapat join Vet Congress 2009 di Port Dickson ogos nanti...

Thursday, April 23, 2009

Belajar buat pudinG


Salam Sejahtera...

Hari tu, ada la buat sikit puding laici dan sempat la juga bagi kawan-kawan...ada juga yang minta resepi, so aku decide untuk upload je gambar penyediaan puding ni mengikut step. Tak susah, sangat mudah, senang, dan simple!! Ok sila tengok dan baca!

1. Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Agar-agar
2. Susu cair
3. Laici dalam tin
4. Nata de coco
5. Gula pasir


2. Rebus agar-agar sampai tak nampak bentuk agar-agar


3. Masukkan 3/4 tin susu cair, kalau suka lebih berlemak, habiskan je 1 tin


4. Masukkan air laici dalam tin, tapi buah laici dia tinggal


5. Masukkan nata de coco


6. Setelah bancuhan tadi mendidih, masukkan gula pasir mengikut citarasa, biasa aku guna 2 senduk penuh kalau ikut sukatan bahan-bahan tadi


7. Sementara tu, sila racih kecil-kecil buah laici tadi dan susun dalam bekas acuan


8. Tuang bancuhan tadi dalam bekas, dan kalau ada buih-buih tu, sila buang..kalau tak, nanti permukaan puding tak cantik


9. Masukkan puding dalam peti ais selama semalaman


10. Selepas semalaman, puding boleh dikeluarkan dan sedia untuk dihidang


Ini adalah puding laici yang sedia untuk dimasukkan ke dalam mulut. Kawan-kawan, kalau ada masa terluang dan rasa boring tak tau nak buat apa-apa, silalah try resepi puding laici ni. Bukan susah pon, senang yang teramat sangat, dan boleh diubahsuai mengikut citarasa sendiri.


p/s: sambil main facebook pon sempat buat lagi tau..senang je...


~ yoe menulis sambil tengok kawan-kawan menghabiskan sebekas puding laici kat pantry makmal ni..

Wednesday, April 22, 2009

Awas!! Dia Cantek!!!

Salam Sejahtera...

Awas...orang cantek akan menyerang kawasan anda!! Kawasan-kawasan yang akan diserang dan digemparkan dengan kecantekannya adalah seperti berikut:

1. Kawasan Bangunan Makmal dekat pagar belakang UMT (saja x nak specific makmal mana. takut kena saman!!)

2. Kafe Kak Moh (Kak Moh sila cemburu dengan kecantekan orang ini!!)

3. Fakulti Agroteknologi (Kak Noni juga sila cemburu dengan kecantekan orang ini!!)

Kawasan lain akan diupdate jika ada kawasan yang ingin digemparkan oleh orang cantek ini...


Si Cantek yang meletop!!!

Hanya pandangan sisi okay..kerana pandangan hadapan, pihak kami masih lagi membuat bidaan dan betting dengan pihak bloggers yang lain untuk mendapat hak mutlak menayangkannya dalam blog siapa yang bertuah!!!


p/s: Rambut ini sangat lembut dan x berbau...suka!!!

~ yoe menulis dengan sedikit perasaan propa!!! sedikit je tau!!!

Monday, April 20, 2009

Cantek Like Me!!

Salam Sejahtera...

Sila jangan lari mahupon muntah darah akibat loya membaca tajuk entry kali ini. Tidak ada kaitan dengan sifat poyo atau pon perasan best dalam diri aku!!! Baca sampai habis kerana kolerasi tajuk entry dengan tulisan akan muncul di akhir nanti...

Ketika menulis ini, jam menunjukkan 1.10 am, dan aku baru saja sampai di rumah, setelah melepak dengan teman di bandar. Dan malam ini saja ada 3 perkara berkaitan cantek berlaku kat aku.


Kisah 1: Ditahan oleh abang polis yang cantek....

On the way ke bandar, ada roadblock la pulak...x pernah kena tahan masa roadblock ni, ni kira 1st experience la kena tahan....Yang lawaknya, boleh pula aku lupa nak pakai seatbelt sampai la kat depan polis tu...dah la dengan lampu brek ke-3 tercabut...dan aku dah campak lampu tu kat rumah tadi..huhuhu..apa lah punya malang...terus kena berhentikan kereta kat tepi,dan datanglah seorang abang polis yang cantek!!!

Abang Polis: Hah!!! ni mano lampu berek ni be ??? (dalam loghat kelate)

Aku: Alamak be..lampu cabuk!!! tercabuk!! (aku kecek kelate)

Abang Polis: Bakpo tercabuknyo???

Aku: X dok..gini be...semale, gi Koto Baghu, gi amek baghe...pastu cabuk laa hok atas ni (merujuk para penutup bonet untuk kereta wira aeroback)..pah tu tibo2 tercabuk pulok lampu berek ni...dah tu ado ja dari semale kat dale bonet ni...mano pulok lampu ni tercampok nih!!!

Abang Polis: Doh gano ni..kalu lapu tu ado sini..biar cabuk pong...aku lepah doh mu...tapi x dok...aku nok lepah pong x beghani..gini mu keno jupo sarjan aku laa..tu gi sano (menuding jari ke arah sarjan nya)

Sarjan: Hah awak kenapa? (sarjan ini bukan orang kelantan)

Aku: Lapu berek tuan!! tercabuk!!! (aku teruskan bercakap dalam dialek kelate)

Sarjan: Salah tu..tapi xpe, kali ni saya lepaskan, bukan sebab awak x salah, salah tetap salah, tapi kali ni saya lepaskan, dan saya nak esok, terus gi baiki lampu berek tu ye!!!

Aku: Baik tuan! terima kasih!

Sambil gembira kerana selamat dan terus menuju ke arah kereta..sambil tu, sempat jugak melambai ke arah abang polis yang cantek tadi sambil buat isyarat terima kasih!!! heheheh...mujur selamat!!




Kes 2: Bertentang mata dengan adik cashier 7Eleven yang cantek!!

On the way dari bandar nak balik ke rumah, singgah kat 7E beli buah tangan ( wah, perlu ke buah tangan segala??) untuk housemate. Dah siap pilih barang yang sesuai, terus pergi bayar dan bertentang mata dengan adik cashier yang cantek. Sempat la jugak aku curi-curi pandang nama dia kat baju uniform 7E yang dia pakai... dan nama dia adalah _________________. Rahsia!!! Sila lihat pilihan jawapan di bawah. Tapi dia adalah adik cashier yang cantek!! Saya seolah-olah suka!!!

A. Irwanna (bukan ahli kumpulan Nirvana)
B. Irwanini (sambil jeling-jeling kat Nicky, mesti dia paham)
C. Irwan (macam nama jantan je!!)
D. Irwansyah (pon macam nama jantan, tapi yang ini jantan yang agak sengau!!)



Kes 3: Terdengar lagu yang ada perkataan cantek!!

Dekat-dekat nak sampai kat rumah, keluar pulak dalam radio, single terbaru lagu nyanyian Nikki...yang mana tajuknya adalah ' Cantek Like Me ' !! Wah apakah????? Tajuknya sangat cantek dan berani mati!!! hahahah... Sangat catchy!!!

Ini adalah 3 perkara yang saya x sabar nak share dengan housemate saya (dah cerita dah pon)!! Maka akan terjaga lah pakcik rumah sebelah apabila kami (ke aku sorang je yang dominan??) ketawa mendengar cerita yang aku sampaikan ini ditambah dengan sedikit tokok tambah sebagai penambah perisa!!! heheheh :)


p/s: apakah???? cantek kah???

~ yoe menulis sambil teringat kat orang yang cantek itu!!!!

Saturday, April 18, 2009

Aku terinGat dia

Salam Sejahtera...

Tadi tengah kepenatan menaip dan membuat pembacaan method-method kajian...tangan yang gatal telah meneroka segenap pelusuk laptop, dan telah terjumpa satu folder yang aku namakan 'anak sedara'. Macam yang aku letak 1 pic si Adam Haziq ni kat entry sebelum ni, aku tribute lagi satu edisi gambar-gambar kamu ye Adam!!!


Sila tidur ye dalam buaian kamu!!!

Kamu sangat bulat!!!

Kamu seperti kartun!!!

Kamu adalah masih bulat!!!

The big one is my adik bongsu, Amar and the petit one is our anak saudara, Adam

Setahun tinggal di kampung, teman atuk ngan nenek!!! :)

Kamu buat adik kamu, Adlyn Nazurah menangis yek??!!!

Sudah berusia 3 tahun, kamu kelihatan semakin nakal!!!!


Di kalangan 4 orang uncle dia; Ayah Ngah, Ayah Chik (aku), Pak Lang dan Pak Su, aku la yang paling jarang sekali balik kampung dan jarang sekali budak Adam ni tengok muka aku. So, tak hairan la ada satu masa tu, masa aku balik kampung untuk raya puasa, punya la excited nak peluk dia...tapi dia terus lari belakang my mom sambil buat muka x kenal kat aku... kurang ajar punya anak saudara!!! huh!!!



p/s: Aku sangat tak suka dengan budak-budak yang comot!!! Ulang suara; comot!!!


~ yoe menulis dengan tujuan merehatkan diri sambil mendokumentasikan foto anak buah!!!

Ini Kerja Saya

Salam Sejahtera...

Kerja banyak dan jadual pon padat. Diri perlu sentiasa diperingatkan agar diri tidak leka dan lalai. So, plan perlu didokumentasikan supaya boleh menjadi rujukan kelak. As i wrote in my planner:


20 April 2009 - 03 May 2009 - 14 days acute oral toxicity studies

03 May 2009 - My Best Friend Wedding Day

30 April 2009 - Last day; to sent extended abstract to NCAFM 2009

04 May 2009 - 17 May 2009 - 14 days recovery period/post-treatment observation

09 May 2009 - Last day for IELTS payment

20 May 2009 - Euthanization of white rats, collect liver and kidney; histology work!

30 May 2009 - IELTS exam at KL <Not enough preparation yet!!!>

31 May 2009 - Last day; to sent abstract for NRT 2009

23 June 2009 - 25 June 2009 - NCAFM 2009 at Rennaisance Malacca

30 June 2009 - Last day; to sent full paper for NRT 2009

July 2009 - MSc registration!!!

23 July 2009 - 26 July 2009 - Trip to Kuching with Abg Ayie

3 August 2009 - 5 August 2009 - NRT 2009 at Hilton Kuching

7 August 2009 - 9 August 2009 - VAM Congress 2009 at Port Dickson

Training for in vitro techniques at VRI - when????

Arghhhh......cepatnya masa berlalu!!! Aku yang lambat atau masa yg bergerak terlalu cepat????



p/s 1: Sila abaikan cara penulisan tarikh yang salah di atas!!!

p/s 2: Cik Dijah selaku supervisor x rasmi...sila respon!



~ yoe menulis sambil melihat foto anak saudara sulung; ......... Adam Haziq yang masih kecil dan tak payah nak pikir buat semua kerja...sebab semua kerja dia..ada orang tolong buatkan!!!!!!

Friday, April 17, 2009

Perjalanan menGambil Cik Ti

Salam Sejahtera...

Dua hari lepas, aku bergerak ke Kota Bharu, Kelate..untuk mengambil tikus makmal di USM Kubang Kerian. Mulanya, nak ajak Suvik dan Aisyah, untuk tunjuk jalan ke sana..maklumlah aku x pernah lagi drive seorang diri ke Kelate sebelum ni. Tapi aku rasa sebab diaorang ada hal, so pening juga kepala aku nak ajak siapa buat teman aku ke sana pagi tu. So, aku teringat my housemate, Nik, aku try tanya dia..ajak dia teman, dia okay je, tapi dia kata dia x familiar sangat jalan ke USM, so dia ajak member dia, Amy dan Lin yang menurut dia, sangat pakar jalan ke sana..so, tanpa membuang masa, bergerak lah kami ke sana.

Memulakan perjalanan dalam keadaan hujan lebat

Selamat datang ke Kelantan

Makan tengahari; nasi kukus pengkalan chepa...sangat sedap!

Jangan tiru aksi ini....aksi sangat dahaga!!!

Gadis-gadis litar...eh bukan, gadis-gadis penunjuk jalan!!

Bersama Nik, eh maksud saya...si tukang ambil gambar!!

Telah sampai di USM Kelantan

Selesai proses pembayaran, tunggu untuk ambil tikus!!

Tikus-tikus yang sedia berpindah ke Kuala Terengganu!!!

Lin cuba nasib pegang tikus!!

Lagi aksi cuba nasib oleh Amy!!

Sebelum berisi...sangkar kosong!!

Selepas berisi....sangkar penuh, sedia bergerak!

On the way ke Kuala Terengganu

So, perjalanan pergi balik mengambil Cik Ti ini berjalan dengan lancar, walaupon sepanjang jalan ditemani titis hujan yang kadang kala lebat, kadang kala gerimis manja. Terima kasih Nik, dan kawan-kawan kerana sudi teman aku dan tolong tunjuk jalan.

Kepenatan drive....manakala Nik pula kepenatan mengambil gambar sehinggakan gambarnya satu pon xde...huhuhuh....


p/s: Sorry Angah sebab x ajak u, bukan x nak ajak, tp sebab tergesa-gesa dan Nik kata u nak teman Sudau sampling dan lagi u nak prepare kerja umtas u kan!!!


~ yoe menulis sambil teringat ketika memandu dalam hujan ke Kelantan..mungkin akan memandu lagi untuk pergi kenduri kahwin my bestfren x lama lagi...

Tuesday, April 14, 2009

Fizik itu Ilmu

Salam Sejahtera...

Baru tadi, sebelum pergi makan, on the way ke kedai makan tu, aku pergi teman my housemate, Nicky masuk lab dia kejap. Nicky (sila tengok si dia dalam pic di bawah ini) adalah seorang pelajar Master dalam bidang Fizik. Dia adalah seorang pelajar postgrad yang sangat rajin dan cemerlang, gemilang dan terbilang (sambil jeling lagi sorang housemate yang bernama Angah, juga memiliki sifat-sifat yang sama seperti Nicky, tambah sifat bonus; indah dan memiliki vokal mantap ketika berkaraoke).




Fizik adalah salah satu cabang ilmu sains. Sedar atau tak, tadi masa masuk Lab Fizik, sedikit sebanyak telah mendatangkan rasa kerdil dalam diri aku. Manakan tidak, satu habuk pon aku tak tahu benda alah yang kelihatan depan mata aku kat atas meja lab tu. Untuk kawan-kawan yang senasib dengan aku, yang memiliki penyakit 'buta fizik', sila lihat foto-foto di bawah dan insafkanlah diri. Sesungguhnya, ilmu yang kita miliki hanyalah sekelumit cuma, jika ingin dibandingkan dengan ilmu pemberian Allah yang mencakupi segala aspek dan perspektif di muka bumi ciptaan-Nya ini.

Walaupon mungkin ada yang akan kata, " Alah, x kan benda-benda alah macam tu pon tak tahu dan nak feeling-feeling over, kagum dan sebagainya", namun aku tak malu untuk mengaku memang aku tak tahu langsung bab-bab fizik ni... (walaupon ada ambil subjek fizik ni masa SPM dulu-dulu)..





Sebahagian sahaja...ada banyak lagi sebenarnya...tapi x larat nak ambil gambar semua alat-alat kat situ... heheheheh :)

Semoga kawan-kawan yang sedang membuat master dalam bidang fizik akan terus maju jaya! Berkongsilah ilmu walaupon sedikit, sesungguhnya ilmu yang dikongsi akan terus bergerak nilai pahalanya walaupon kita telah tertanam di dalam perut bumi. Contohilah Ibnu Haitham, tokoh Islam dalam bidang fizik yang masyhur. Setinggi mana ilmu di dada, di atas sejadah tetap bersujud.



p/s: Nicky, halal yek aku snap and letak pic ni semua tanpa minta izin..heheheh :)


~ yoe menulis dengan rasa kagum terhadap ilmu fizik!

Segerakan yang terGendala!!!

Salam Sejahtera...

Semalam aku dapat panggilan dari seorang staf Pejabat Bendahari, untuk mempastikan nama si penerima cek yang aku minta diaorang sediakan tu. so aku just confirmkan yang sepatutnya dan sempat juga aku tanya bila cek tu bole siap untuk aku ambil.

Staf: Kalau saya sempat siapkan petang ni, awak bole ambil petang ni la, nanti bila dah siap, saya call no hp awak.

Aku: Okay, terima kasih kak.

Petang semalam aku x dapat apa-apa panggilan telefon, so pagi ni, aku cek kat intra, tapi intra macam bengong je, x bole display penerima cek. So, aku pergi terus ke kaunter Pejabat Bendahari, dan ternyata cek itu dah siap pon..

So, esok boleh la aku pergi USM Kelantan untuk ambil tikus makmal.




p/s: Harap-harap segala yang tergendala sebelum ini akan dapat disegerakan dengan adanya sampel kajian aku nanti...

~ yoe menulis sambil jeling-jeling baucer bayaran berbentuk cek di sebelah laptop!

Monday, April 13, 2009

Cemburu itu Ada...

Salam Sejahtera...

Kawan-kawan...teman-teman...sahabat handai...rakan taulan,

Mesti kita semua pernah dengar perkataan cemburu...ataupon bak kata orang Banjar...jealous... hehehehehehe.... Cemburu ni, biasanya, bila kita sebut atau pon kita dengar, selalunya 1st impression yang hadir dalam benak kepala kita mestilah pengertian yang bersifat antagonis seterusnya membawa kepada kejelikan dan ketidakbaikan sesuatu keadaan ataupon situasi... Tapi ada juga rasa cemburu yang mendatangkan kebaikan...ye la kan, rasa cemburu terhadap sesuatu perkara atau situasi, lantas berusaha lebih dan bersemangat waja untuk menjadi seperti sesuatu yang dicemburui itu!




Seperti gambar di atas ini, adakah menggambarkan kecemburuan aku terhadap sesuatu??? oohh, tidak..gambar di atas adalah hiasan semata-mata yang tidaklah bersifat dekoratif sangat pon...hehehhee.... :)

Lately ni, ada lah beberapa perkara yang bisa menghadirkan rasa cemburu dalam hati aku.

Cemburu itu ada apabila melihat kelancaran dan kemudahan kawan-kawan dalam menjalankan projek MSc mereka, sedangkan aku sangkut sana..sangkut sini...(kadang-kadang ada juga masa-masa sengaja menyangkutkan diri dengan sengaja). Tapi aku tidak boleh berputus asa dan membiarkan masa yang bersangkutan ini berlalu begitu sahaja tanpa berbuat apa-apa yang bermanfaat. Justeru, selain daripada berfacebook sekali-sekala, beberapa chapter dalam MSc thesis harus aku tulis sedikit demi sedikit. Aku berharap masalah yang melanda aku (seperti yang aku tulis dalam entry-entry sebelum ni) akan ada hikmahnya. Siapa la tahu, selepas ni projek aku akan berjalan atau pon berlari seperti kuda..Kudaku lari gagah berani!!!

Cemburu itu ada juga apabila melihat kawan-kawan, seniors dan juniors yang telah atau pon akan berterbangan ke negara orang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD dalam masa terdekat. Sekadar menyebut beberapa nama, cik Dijah baru saja selamat menjejakkan kakinya ke Australia dan Aimi, my junior telah pon selamat berada di Wales....(yang kat Aimi ni malu sket la...dulu aku ajar dia dalam kelas makmal, tengok sekarang dia dulu yang fly ke oversea doing her PhD meninggalkan aku di belakang).

Kadang-kadang, terlintas juga dalam hati, kenapalah aku x buat master by course je dulu kan?? Sah-sah dalam masa setahun, dah ada MSc dan boleh segera fly ke oversea for PhD pula..Tapi bak kata Abang Ayie yang sekarang sedang menyiapkan PhD di Imperial College (saya minta semangat abg sket boleh??) x baik menyesali apa yang berlaku dan yang sedang dilalui. Apa yang aku perlu buat adalah, aku perlu menyiapkan segera apa yang telah aku mulakan...

Sesungguhnya, meninggalkan kerja separuh siap sungguh tidak jantan bagi aku!!! Lambat atau cepat, juga bergantung kepada nasib selain daripada kadar usaha kita sendiri.

Sesusah mana pon kita, aku sedar masih ramai lagi yang ada nasib yang lagi susah pada aku..Jadi adalah tidak wajar untuk aku berasa lemah, apatah lagi patah semangat..Tekad mesti dibulatkan, semangat mesti dikentalkan, usaha mesti dilipatgandakan, dan DOA wajib dipanjatkan kepada Sang Maha Pencipta.....


p/s: A warm of luck to sis Dijah di University of New England, Armidale, Australia for your PhD kebiri-birian dan kecacingan!!!




~ yoe menulis bertemankan entiti-entiti yang berselerakan dan bersepahan seperti figura di atas