Salam Sejahtera....
Sekadar meletakkan sedikit kolerasi dengan bingkisan sebelum ini, saya ingin berkongsi sedikit gambaran pemandangan yang masih terdapat di sekitar kampus tempat pengajian saya, Universiti Malaysia Terengganu (http://www.umt.edu.my)
Cuba bayangkan, dengan sekelip mata, tidak mustahil kehijauan ini boleh hilang dengan sekelip mata akibat kerakusan tangan manusia yang mengejar kemajuan tidak bertepi. Di sinilah akan timbulnya sedikit polemik antara, etika dan tanggungjawab memajukan sesuatu premis.
Besarlah harapan agar kemajuan yang dikejar akan berlaku seiring dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang suatu masa kelak akan kita pulangkan kembali kepada anak cucu kita. Adakalanya, mungkin juga ada yang berkata, usaha memelihara dan memulihara alam sekitar hanyalah bersifat hangat-hangat tahi ayam. Namun aku percaya, bahawa dengan kesedaran dan pandangan yang jauh, kita mampu menafikan semua tanggapan ini. Kita mestilah bekerjasama dan bergerak seiringan, menghulurkan tangan dan menyumbang serba sedikit apa yang kita ada atau apa yang kita mampu ke arah usaha murni ini.
Kadang-kala, kita juga sebagai manusia lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang bersifat makro daripada melihat kepada perkara-perkara yang bersifat mikro, walaupun hanya sekali-sekala. Analoginya, apabila berlaku kes-kes runtuhan lereng bukit ataupun banjir besar di negara kita, masing-masing akan cuba menuding jari dan menyalahkan antara satu sama lain secara simplistik. Ketika itu jugalah, masing-masing akan cuba menunjukkan sifat cakna terhadap isu alam sekitar secara holistik. Ironinya, dalam masa yang sama, puntung rokok di tangan ataupun tisu putih yang telah digunakan dicampak ke tanah begitu saja. Menyedihkan.
Alangkah segarnya, oksigen yang kita hirup setiap saat datangnya dari kelompok bank oksigen yang terdapat di muka bumi ini...dan mungkin beberapa peratus dari kelompok bank oksigen itu ada di sekeliling kita. Jadi seandainya kita masih memerlukan oksigen yang sama untuk meneruskan sisa baki hidup di muka bumi ciptaan Yang Maha Kuasa, marilah kita sama-sama menjaga kehijauan alam sekitar sekeliling kita. Hargailah apa yang dipinjamkan kepada kita, seolah-olah kita juga mengharapkan orang lain menjaga barang yang kita pinjamkan kepadanya.
Sesungguhnya aku juga tidak berniat untuk menuding jari kepada sesiapa ataupun jauh sekali untuk menunjuk pandai. Sekadar untuk memberi pesan kepada diri sendiri dan diri kalian, seperti yang selalu disebut oleh khatib ketika memulakan khutbah.
Insyaallah, walaupun sedikit, sekurang-kurangnya ketika untaian kata ini ditulis, semangat untuk menjaga alam sekitar semakin membara...
~ yoe menulis dengan rasa rendah diri atas nikmat Tuhan
3 comments:
(seperti laras bahasa DEBAT!! saya suk suk sukahhhh..bukan suck-ahh yer)
Besarlah harapan<< besar juga lah rasuah. kah kah kah.
Alangkah segarnya, oksigen yang kita hirup<< awas kalau kawan sebelah kentut sila jgn hirup lebih2. nanti boleh mendatangkan kemudhratan. kah kah kah.
semakin membara...<< okeh jgn hangat2 taik ayam yer. sila hangat2 api neraka sebab takkan sejuk sampai bila bila..~larikkkk terjun lombong..
eh sebelum saya menggulung hujah, apa tajuk debat alam sekitar ini? majulah oksigen untuk warga dunia kah?
pssst, i like your writing.. best.
credit for blog aznilhjnawawi...
mendapat pujian dr segenap lapisan wartawan akibat tulidsan yg baik, dibandingkan dgn blog azwanali yg ...erkkk, x sanggup nk labelkan apa....
terus termotivate untuk menulis sebaik mungkin dan memartabatkan bahasa ibunda.
saya akan menulis dgn lebih baik lagi...cuma kalo perasan kan...tentang kata ganti nama, kejap yoe guna saya, kejap yoe guna aku.. hehehe..x konsisten!! so mana yg lebih baik ???saya atau aku??
salam...caiyok abg yoe..caiyok!!..
Post a Comment