Friday, February 20, 2009

Debat PNC UMT 2009; pAndanGan Si kErDiL...


Salam Sejahtera..

Hari ini dan esok, 20 dan 21 Feb 2009, universiti tempat aku berada ini, menganjurkan Pertandingan Debat Piala Naib Canselor buat ke sekian kali nya, dan buat ke sekian kalinya juga aku dijemput untuk menjadi hakim untuk pertandingan ini. Alhamdulillah. InsyaAllah, dengan penuh rasa rendah diri dan dengan sedikit pengalaman yang ada, aku tidak ada masalah untuk menyumbangkan masa dan tenaga untuk program universiti ini.

Untuk hari ini, aku ingin berkongsi serba sedikit tentang pusingan awal yang telah berlangsung sepanjang hari pertama tadi.

Walaupon agak lewat sampai di tempat perlawanan (akibat salah faham, ingatkan pertandingan pada hari esok, rupa-rupanya hari ini dan esok, terima kasih kepada saudari Intan yang menghubungi aku di rumah). Jadi, aku sampai selepas berakhirnya perlawanan pertama, bermakna ada lagi 3 perlawanan pusingan awal.

Sedikit komentar dan luahan hati terhadap perjalanan program ini (setakat hari ini):


1. Perkara yang paling ketara, kekurangan ahli jawatankuasa untuk melakukan kerja (kesian tengok pengarah program yang terpaksa ke hulu ke hilir untuk pastikan segalanya berjalan lancar)

2. Perjalanan program memang lambat dan agak kucar-kacir (aku tak salahkan adik-adik, mungkin ini pengalaman pertama mereka tanpa bantuan dari alumni, aku pula bukan x mahu tolong, tapi untuk tahun ini, pertama kali aku langsung tidak diminta untuk memberi bantuan, cuma diminta menjadi hakim, jadi tak kan lah aku nak pandai-pandai sibuk pula kan!!!)

3. Yang ke-3 apakah??? ermmm....takpe la...tak ingat :(


Okay, selesai pasal perjalanan program, sedikit ulasan pasal persembahan perdebatan adik-adik untuk pertandingan tahun ini. Sebelum itu, aku sedia maklum bahawa, debat ini melibatkan banyak muka baru, maksudnya, ramai yang tidak pernah berdebat, dan hanya bersandarkan pada minat semata-mata dan sedikit ilmu yang di kutip semasa bengkel pada minggu lepas, katanya. Jadi, aku tidaklah meletakkan sebarang tahap atau pun 'benchmark' kepada perdebatan ini. Tahniah buat adik-adik yang berani tampil ke hadapan mewakili program ijazah masing-masing. Mana la tau, ada rezeki, dapat mewakili UMT pula ke peringkat lebih tinggi....Amin!!! Sekadar berkongsi rasa, ini lah pemerhatian aku:


1. BERDEBAT, bukan MEMBACA atau pon MENGHAFAL, tetapi ia adalah lebih kepada MENYAMPAIKAN dan MEMAHAMKAN audien.

2. BERDEBAT, secara BERKUMPULAN, bukan PERSEMBAHAN SOLO.

3. BERDEBAT, secara RASIONAL, bukan EMOSIONAL.

4.BERDEBAT, memerlukan fakta yang IMPERIKAL dan AUTORITATIF, bukan SIMPLISTIK.

5. BERDEBAT, jika boleh, di selangi lawak jenaka yang MENGHIBURKAN, bukan MEMPERBODOH diri sendiri.

6. BERDEBAT, apabila kita berdebat dalam debat bahasa melayu, maka BAHASA MELAYU lah yang WAJIB digunakan, bukan DIALEK KELANTAN atau TERENGGANU yang digunakan (tanpa sedikit pon rasa prejudis).

7. BERDEBAT, komunikasi DUA atau LEBIH HALA, bukan SATU HALA.

8. BERDEBAT, MEMPERTAHANKAN FAHAMAN KUMPULAN, bukan MERUNTUHKAN FAHAMAN KUMPULAN dan TERIKUT-IKUT FAHAMAN LAWAN.

9. BERDEBAT, harus dan wajib dengan YAKIN, bukan dengan TAKUT-TAKUT dan TIDAK YAKIN.

10. BERDEBAT, dengan SUKARELA, bukan TERPAKSA.


Sesungguhnya, aku sangat takut dan gusar jika tulisan ini salah dimengertikan. Ketahuilah, bahawa tiada sedikit pon rasa riak, jauh sekali ingin menunjuk pandai. Sebetulnya, aku hanya lah si kerdil yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman berdebat yang cuma sedikit ini. Benarlah kata orang, kalau minat itu memang ada, sampai bila-bila pon akan ada. Kalau dulu, aku seronok menjadi pendebat, kini aku cuma boleh menikmati keseronokan menonton dan menghakimi perdebatan sahaja.

Berdebatlah dengan ilmu, bukan tipu (kalau nak tipu pon, agak-agak la...hehehhe...).


~ yoe menulis dengan rasa penat selepas sehari suntuk menghakimi debat....


3 comments:

NoraHisham said...

Dulu masa kat skolah pernah jgk msk debate. bukan sbb hebat berckp or hebat kluarkan fakta, tp sbb yg nombr 10 tu la. haha... kucar kacir + haru biru ungu kuning hijau jdnya..

Khadijah said...

Dari point satu sampai 10, takde satu pon ciri yg akak berjaya penuhi. Thats why I cant be a great debater.ahaks

yoe said...

heheheh,skang jam menunjukkan pukul 12.15am, hari ahad, 22hb feb 2009. baru saje balik dr perlawanan akhir...dan rase mcm nak tulis tentang perlawanan akhir td...tp mcm ngantuk...so esok la yek...heheheh...