>>
Salam Sejahtera...agak lama tidak menulis sesuatu yang baru di sini..akibat aktiviti-aktiviti yang lain.
Kali ini, sekadar mahu berkongi sesuatu yang agak mengjengkelkan dan menyedihkan.
Petang sabtu yang lepas, aku bersama rakan serumah menghidupkan enjin kereta dan bergerak melalui jalan pesisir pantai Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu untuk merehatkan diri menikmati angin pantai dan desiran ombak di Pantai Teluk Ketapang yang sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan di sini.....ya, mungkin terkenal dengan aktiviti berkuda di pesisir pantai, menikmati ikan celup tepung, menguyah setongkol jagung bakar yang masih panas dan juga 'merehatkan mata' dengan SAMPAH SARAP yang memenuhi segenap kawasan pantai.
Keadaan ini sungguh menyedihkan....sungguh tidak dapat dibayangkan bagaimana masyrakat mungkin bukan semua, tapi masih ramai yang bersifat 'TAKPE'. Mungkin kita selalu mendengar, ayat-ayat seperti yang selalu diungkapkan oleh orang-orang di sekeliling kita, antaranya:
1. Ala, takpe la, bukan banyak sangat pon, pembungkus gula-gula je....
2. Ala, takpe la, kalau aku tak buang sampah ni, nanti pekerja majlis perbandaran takde kerja pulak....
3. Ala, takpe la, bukan aku sorang je yang buat macam ni, ramai lagi, kalau kau nak tegur, tegur la semua orang yang buat macam ni...
Jadi, sedarlah bahawasanya walaupon sekadar sekeping pembungkus gula-gula yang kita buang, tanpa kita sedari kita telah pon menyumbang kepada ber kilo-kilo atau pon ber tan-tan sampah-sarap yang dihasilkan.
Kita juga tentu pernah mendengar pesanan aktivis alam sekitar bahawa sesungguhnya, kita bukanlah mewariskan alam sekitar ini kepada anak cucu kita, sebaliknya, kita meminjam alam sekitar ini daripada anak cucu kita....
Dan sesungguhnya, dalam Islam, kebersihan itu sebahagian dari iman :)
~ yoe menulis dengan rasa cintakan alam sekitar
7 comments:
terus tunduk malu.. aduyai masyarakat madani..
baru plan nak coti2 pantai malaysia..
sekian, karam singh azrul melaporkan dari pantai teluk ketapang.ahaha
abg ayie, jgn la sampai gambar2 kali ini membantutkan hasrat untuk dtg bercuti ke trgganu ye!!! masih ade lagi pantai2 yg cantik dan indah serta bersih...atau pon kalo nak lebih elok, kita lajakkan saje plan kite ke pulau2 terdekat...redang is the best choice for me!!!
tahun 1998 ada pernah ke pantai timur, pantai cantik tapi dicemari dengan sampah sarap, dah lebih 10 tahun berlalu nampaknya keadaan tak berubah. mungkin kah nak tunggu 2020 baru dapat lihat pantai yang bersih?
kalau sikap tak berubah, sampai kiamat pon takkan bersih sampah sarap tu..
aku sedih dengan pantai di negeri ku...org ramai terlalu ambil sikap acuh tak acuh..nak kata tong sampah tak ada ada..walau 2,3 langkah jln dah sampai..tp still tak nak buang dlm tong sampah...kene semaikan rasa cinta pd alam kita....ingatlah suatu hari nanti kita semua akan ditanam didalam bumi gak..klau sekarang anda rosakkan bumi..bila anda meninggal dunia...jgn salahkan bumi untuk menghukum anda..renung2kan lah...
terima kasih sudi membaca dan memberi komen ye encik syuk..
Post a Comment