Friday, July 31, 2009

Biar masa Tentukan

Salam Sejahtera...


Kau kata kau cinta
Begitu juga aku
Kau kata kau sayang
Aku juga begitu

Kau tahu ku cinta
Kau sambut cintaku
Aku merasa cintamu
Ku dambakan selalu

Kau dan aku
Saling memberi dan merasa
Bila ku soal tentang kepastian
Kau jawab... biar masa yang menentukan...

Ya...benar...aku setuju
Masih terlalu awal untuk semua ini
Biarkan ia bergerak sendiri
Untuk hubungan ini beroleh nama


Biar ia bergerak sendiri.... jalani sahaja laluan di hadapan mata


~ yoe menulis tentang soalan kepastian dan jawapan dari mulutnya!

Thursday, July 30, 2009

Masih berasa Risau

Salam Sejahtera...


Suatu ketika dahulu,
Ketika kehilangan cinta,
Berasa risau jika diri tidak akan mendapat pengganti,
Kini apabila cinta yang baru hadir dalam hati,
Diri masih berasa risau,
Rasa itu mendatang atas satu sebab,
Risau andai cinta baru ini menghilang suatu hari nanti,
Kerana hati telah mula sayang,
Tidak sanggup menerima kehilangan lagi,
Begitulah harapan



Oooops!!!

~ yoe menulis tentang cerita seseorang...bukan cerita diri sendiri tau!! hehehehe.... larikkkkkkkk!!

Tuesday, July 28, 2009

Girang di Kuching!!

Salam Sejahtera...

Lama tidak menulis di sini....maklum la bulan ni masa banyak dihabiskan atas jalan, berulang-alik dari Kuala Terengganu ke Temerloh ke Kuala Lumpur, kemudian last week menghabiskan masa bersama encik kekanda jurutera dan sahabat yang berada di bumi kenyalang berliburan di Kuching selama 4 hari...

Pengalaman pertama ke Kuching adalah sangat menyeronokkan.... banyak tempat yang dilawati, banyak momen yang menggembirakan hati, pasti akan ke sana lagi andai ada kesempatan...

Foto-foto sangat banyak yang diambil, ada di upload di my facebook!! Tak larat nak edit guna picasa sebab saya budak baru belajar...



Baru sampai, sebelum memulakan pengembaraan dengan girang!!!!!


~ yoe menulis di Serdang sambil menikmati foto-foto di Kuching!!


Tuesday, July 21, 2009

Khao Niao MakmuanG

Salam Sejahtera...

Malam tadi meluangkan masa bersama-sama housemate... idea asal cuma ingin berbuka puasa di Secret Recipe.. kemudian... gerak kerja (wah...gerak kerja katanya!!) dilanjutkan lagi sehingga lah menjelajah sekitar Thai Market di kawasan Giant Hypermarket.... kopak jugak la duit aku yang sudah sememangnya terkopak sepanjang bulan ini (gaji lagi 2 hari nak masuk ketika entry ini ditulis). Dapat lah beli apa-apa yang nak di pakai ketika ke Kchg nanti... and.. on the way nak keluar dari market tu... ternampak dan terus terpikat dekat satu kedai (or should i say gerai??) menjual makanan tradisi Thailand... salah satunya seperti di bawah ini...



Khao Niao Makmuang (pulut pandan dimakan bersama mangga siam manis bersama curahan santan) yummy!!!


Ini lah akak yang menyediakan makanan tadi dengan pelat-pelat bahasa melayu nya!!!



Ini pulak abang Siam yang terrer memasak dengan gagahnya!!! Cool :P



~ yoe menulis dengan kesedapan dan kenikmatan pulut mangga bersantan!!! Rasa macam nak lagi la u olss....... tasty!!!

Sunday, July 19, 2009

Ada ucapan Tahniah

Salam Sejahtera...

Rasanya tak terlambat lagi nak ucap congrats kat kenalan, junior, senior dan kawan-kawan yang selamat berkonvo pada 15-16 Julai 2009 yang lalu sempena Konvo ke-7 UMT.. Antaranya adik-adik junior debat, budak-budak junior Bio. Sc, senior macam Kak Su dan Dr. Ina, dan kenalan master fizik, Lyn dan Kak Tini. Ada ucapan tahniah dari aku untuk kalian.


Lyn dan Kak Tini (dan Tini Jr. yang terselindung di sebalik jubah)

Bersama Cik Sarjana Fizik

Tetap la reporter ni nak snappy dalam dewan convo kan!!


Kalian dah selamat konvo, aku dan rakan-rakan lain masih struggle lagi menyiapkan projek dan tulisan thesis masing-masing.

~ yoe menulis dengan harapan ada doa buat kami pula agar cepat-cepat dapat konvo for our master! 2010 sempat x?? huhu..

Thursday, July 16, 2009

Kisah kemalanGan kecil!!

Salam Sejahtera...

Malam kelmarin mengalami kemalangan kecil di jalan raya....Alhamdulillah, tiada kecederaan teruk...cuma kereta la agaknya ada rosak-rosak sikit, tu pon still tak bawak masuk bengkel lagi...

Alkisahnya, pergi jemput adik-adik junior 2 orang yang datang untuk convo. Pergi jemput kat Stesyen MBKT kat bandar dalam keadaan hujan lebat sepanjang jalan. On the way nak balik, hujan dah reda, tapi jalan masih licin. Aku mengaku la salah aku masa tu, bawak kereta agak laju la... 120km/jam je...Sampai kat selekoh batu 6, macam lost control. Nak belok ke kiri, tapi x boleh nak belok, kereta belok ke kanan dan terus naik atas divider yang ada rumput..... habis la lantai bawah kereta tu bergesek dengan batu divider tu.... kuat la jugak bunyinya...huhuhu...nervous gila masa tu, terus keluar dari kereta...dan macam blur sekejap...aku tengok junior aku tu pon takut dan cuak-cuak je. Kesian pulak kat diaorang...sure diaorang trauma, dah la berlaku malam sebelum diaorang convo..huhuhuhuhu....

Terima kasih jugak kat sorang uncle tu yang slowkan kereta dia dan suruh aku buat apa yang patut, sampai la akhirnya kereta aku boleh gerak dan terus pandu sampai la ke rumah...

~ yoe menulis dengan trauma!!!

Suka ayat ini II

Salam Sejahtera...



For you see, each day I love you more,
Today more than yesterday and less than tomorrow
- Rosemonde Gerard



Ini sahaja untuk kali ini, 'curi' ayat dari alam maya dengan mood terbang ke awan.

~ yoe menulis sedikit.

Tuesday, July 14, 2009

Another kamu Berdua

Salam Sejahtera...

Semalam dah tulis pasal 2 orang insan, kamu dan kamu.... Hari ni, kebetulan sangat, ada lagi 2 orang insan yang hadir dengan tiba-tiba secara tak langsung ke dalam gelanggang kehidupan aku.... Maka nya, menjadikan sebaris pilihan yang bernama kamu, kamu, kamu dan kamu....


Kamu yang seorang ini
Pada mulanya agak menjengkelkan
Dengan usianya yang lebih muda dari aku
Bertanya itu dan ini tak henti
Lama-lama menjadi mesra
Rasa jengkel bertukar suka
Alamak apa ini...

Kamu yang seorang ini pula
Memang berani dan mesra alam
Saat kamu menegur aku
Pandangan pertama dan senyum kamu terus sampai ke hati
Wah indahnya kejadian kamu
Tapi usia kamu ke hadapan mendahului aku
Walaupon berjurang, tidaklah kelihatan sangat jurangnya



Tambahan 2 yang baru, menjadikan ada 4 yang mampir dalam masa terdekat.... fuh!!!



~ yoe menulis sambil teringat bait-bait lirik lagu Juliana Banos.

Sunday, July 12, 2009

Kamu Berdua Best!!!

Salam Sejahtera...

Ini adalah tulisan yang langsung tidak bersifat akademik.... dan aci tak kalau tak nak mengaku bukan aku yang tulis...hahahahha :P


Kamu best
Dekat pon tak dekat
Jauh pon tak la jauh sangat
Macam okay je..
Tapi ada rival la pulak
Huhuhuhu... :(
Macam kalah sebelum bertanding je aku ni

Kamu pulak
Pon best jugak
Masih belum berpunya katanya
Yang ini takde rival
Tapi memang tak dekat langsung laa
Jauh yang teramat sangat
Bab serasi memang lebih sikit



So, apakah??? adakah??? Bagaimanakah???


~ yoe menulis sambil angkat banner besar yang tertera ayat 'INI BUKAN AKU YANG TULIS'!!!!! - terus lari lintang pukang...............

Saturday, July 11, 2009

Mode nak shoppinG

Salam Sejahtera...

Siapa kata kaum Hawa je suka shopping, orang laki pon suka shopping juga tau!! Bukan kehendak, tapi keperluan... hehehehe :P

Mode: Nak shopping!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Nak beli:

Jeans
Kemeja n T-shirt
Short pants
Perfume
Jam tangan
Sneakers

~ yoe menulis sambil buat kira-kira duit gaji..... ngehehehehe :P

Tulis sedikit sahaja

Salam Sejahtera...

Sunyi sepi....
Tiada orang di sekeliling...
Yang ada cuma bunyi batuk dari kerongkong sendiri...
dan serok serek bunyi mukus tersumbat di lohong hidung yang masih ada...
serta lagu instrumental jepun dari sebuah blog yang ku biarkan terpasang tak henti...

Itu sahaja..

~ yoe menulis sedikit.

Thursday, July 9, 2009

Masa.... Masalah MenunGGu

Salam Sejahtera...

Bila sebut tentang masa... yang paling cepat menangkap ke minda kita sudah tentu kata-kata ' Masa itu emas' kan..... Masa itu emas... hmmmm.... maksudnya, masa itu nilainya seperti emas, dan seperti mana kita sayangkan emas, begitu juga lah kita sepatutnya sayangkan masa...

Tidak bermaksud untuk menghukum sesiapa, hanya berniat suci untuk mengingatkan diri sendiri dan sesiapa yang sudi membaca tentang peri pentingnya nilai sebuah masa...

Kalau dah berjanji untuk sesuatu pertemuan, sila lah tepati janji. Kalau pon ada masalah yang membuatkan kita terlewat, tolonglah berasa bersalah sedikit.... Hubungi setiap masa untuk memaklumkan kelewatan kita dan jangan lah sampai orang yang menunggu pula terpaksa terhegeh-hegeh untuk bertanya....

Sebagaimana kita terseksa ketika menunggu seseorang dan memikirkan tentang masa kita yang terbuang, begitu juga lah perasaan orang yang menunggu kita seandainya kita terlewat dan sangat-sangat terlewat tambahan pula kelewatan itu tidak sedikit pon disusuli dengan rasa kesal...

Sama-samalah kita berubah dan andai kesalahan ini aku jua ada melakukannya, tegur dan ingatilah aku juga...tidak mengapa, aku pasti bisa menerimanya...

~ yoe menulis tentang masa sambil teringat tafsiran ayat dari surah Al-Asr...

Wednesday, July 8, 2009

Kek Untuk Adam

Salam Sejahtera...

Dialog antara aku dan mak ketika di kampung.

Suasana: terkejut melihat sekotak kek white choc macadamia secret recipe masih ada dalam peti ais walaupon selepas seminggu aku membelinya.

Aku: mak, ada lagi kek ni?? dah seminggu dah kan achik belikan.... kenapa abah ngan mak tak makan??

Mak: saja...mak simpan untuk Adam (anak saudara aku)..dia kan nak balik hujung minggu ni..

Aku: mak... budak Adam tu duduk kat KL tu, area Mutiara Damansara.... kat situ lebih dari kek secret recipe ni pon ada mak.... tak payah la mak susah-susah simpan...puas dah kot mak ayah dia bagi dia makan benda-benda macam ni......

Mak: .......... (terdiam dan tersenyum)

Moral of the story: sayangnya seorang nenek pada cucunya... hehehehe :)

~ yoe menulis sambil mengidam kek kegemaran....white choc macadamia la...apa lagi kan....

Friday, July 3, 2009

Mood tak sedap!!

Salam Sejahtera...

Mood tak berapa nak sedap ketika ini...

Mujur ada sahabat-sahabat yang sudi membuat diri ini bergelak ketawa..... (sambil jeling Encik Steward yang sedang stand by), thanks spent masa kat McD tadi sambil berkongsi cerita dan membuat orang sekeliling di situ memandang kita..hahahhaha...

Tadi agak stress dan down!! Tapi sekarang dah okay dah.... mungkin ada benarnya kata Cik Biri-biri dari Armidale yang menghubungi ku sebentar tadi, katanya, ada hikmah atas semua ni... yang penting cuba lagi... dan lebih gigih next time!

Encik Abang Jurutera dari London pula memberikan teguran ikhlas kepada ku yang mana aku terima dengan hati terbuka lantas mencabar diri sendiri untuk buat yang lebih baik di masa akan datang. Katanya; There is always second chance, and in this case, there is many chances..... eh betul ke ayat ni?? hehehe...  takut salah type!!

Esok pula seperti yang dirancang, akan berliburan lagi ( mode merawat kesedihan dan ketensionan), akan menonton Ice Age 3 di Pavilion bersama Encik Juruaudit dan Encik Yang Baru Mendapat Kerja... sayangnya, Encik Steward dan Encik Abang Pegawai tidak dapat join sama.... 


~ yoe menulis Bahasa Melayu.... Kalau la Bahasa Inggeris senang macam ni...

Thursday, July 2, 2009

Jantung yanG berdebar

Salam Sejahtera...

Mungkin akan ada yang berkata aku overreact or what ever la kan...tapi aku tak boleh nafikan sememangnya aku sangat takut dan berdebar menunggu hari esok. Esok 3hb Julai 2009, selepas jam 9pg, result exam IELTS yang aku duduki 2 minggu lepas sudah boleh disemak. Tuhan sahajalah yang tahu bagaimana berdegup kencangnya jantung saat ini... dan pastinya kadar degupan ini akan bertambah laju tika aku berada di Kuala Lumpur esok pagi untuk mengambil sendiri keputusannya.... Ya Allah, bantulah aku...

Justifikasi kepada perasaan berdebar ini adalah kerana sememangnya aku telah lama meninggalkan sesuatu perkara yang berorientasikan peperikasaan..Sementelah lagi tahap penguasaan aku terhadap bahasa penjajah ini tidak lah sehebat orang lain (sambil jeling insan-insan yang berada di Armidale dan kota London itu). Namun itu tidak bermakna aku tidak yakin. Keyakinan tetap ada, tapi tidak lah sehingga overconfident!!! Dan seandainya aku berjaya, insyaAllah ada nazar yang aku wajib tunaikan... apa dia?? Oh itu, biarlah antara aku dan Dia sahaja...

Petang ini akan bertolak ke kampung di Temerloh, dan esok pagi akan menuju ke Kuala Lumpur untuk urusan ini. Doakan aku beroleh apa yang diingini untuk memudahkan segala perancangan aku. Sesungguhnya mendoakan kejayaan orang lain dengan ikhlas adalah amat bermakna, kerana dalam masa yang sama pasti para malaikat juga akan mendoakan untuk kejayaan kita. InsyaAllah...

~ yoe menulis dengan jantung yang berdebar!!!