Friday, February 27, 2009

Terus berGeRaK

Salam Sejahtera...


27 Feb 2009 - Gerak balik ke kg...drive sorang-sorang, huhuhu..maybe singgah kuantan jap, anta barang-barang makanan kat adik.

28 Feb 2009 - Relax kat kg

01 Mac 2009 - Kenduri kahwin kawan di kg.....hadiah kahwin tak beli lagi, huhuhu....

02 Mac 2009 - Bertolak ke Ipoh, naik bas saja... Temerloh - Puduraya - Ipoh

03 Mac 2009 - Meeting Kumpulan Pakar Parasitologi Malaysia di Veterinary Research Institute, Ipoh

04 Mac 2009 - 2nd day meeting

05 Mac 2009 - Bertolak ke KL, rewang-rewang di KL, maybe ke Serdang untuk tumpang tidur

06 Mac 2009 - Window shopping di KL with my frenz, itu pon kalau la diaorang x busy...

07 Mac 2009 - Bertolak balik ke kg, Temerloh

08 Mac 2009 - Gerak balik ke KT, drive sorang-sorang lagi... macam biasa, mesti singgah makan Big Apple Donnut, 'say cheese'... sama ada di EC Mall or Mesra Mall... hehhehe..

Muka tengah update sambil rasa sangat mengantuk...


p/s: harap-harap tempat yang di tuju nanti ada capaian internet, boleh try guna mobility streamyx


~ yoe menulis sambil tersengguk-sengguk...

Thursday, February 26, 2009

Super-Duper-Amateur Model

Tudung #1

Tudung #2

Tudung #3

Tudung #3-backside


Salam Sejahtera...

Pertamanya, gambar-gambar ini di upload setelah aku berjaya memohon keizinan dari tuan punya badan yang tak tahu niat aku untuk jadikan diorang model tudung-tudung yang aku beli untuk my mom...

Thanks gurlz...becos sporting walaupon hanya posing dalam lab kita...hahahahaha...

Tanpa make up, tanpa tunjuk ajar profesional, so aku gelar korang super-duper-amateur model....hahaha boleh gitu???? boleh la kan??!!! heheheh.....

p/s: Tudung-tudung ni maybe tak mahal, tapi harap-harap my mom suka...

~ yoe menulis lagi di petang hari sambil tengok drama Wulan

LeLaki si Pemburu TudunG

Salam Sejahtera…

Misi hari ini adalah untuk mencari beberapa helai tudung buat mak di kampung. Hasil daripada perbualan dengan mak semalam dalam hp, mak kata teringin nak pakai tudung yang belit-belit dan memang fesyen sekarang la..

So, dalam pukul 9 pg, pergi cari Rawaidah dan Anis dekat lab, sebab dah janji semalam nak pergi cari tudung sama-sama. Ye la, aku mana la tau sangat taste orang perempuan ni macam mana, so bawa orang perempuan lagi senang la kot misi ini terlaksana. Tiba-tiba, Anis sms, dia kata dia kena siapkan full paper untuk supervisor dia nak tengok hari ni juga. Rawaidah pula ada kerja di lab. Aku dah tak tau siapa lagi nak ajak, so aku sms Kak Dijah, sebab kebetulan semalam dia kata nak cari baju batik untuk her dad..tapi dia pula kata dia ada kelas sampai pukul 1 ptg.

Dengan sedikit rasa hampa, aku terus balik rumah, dan terfikir gamble je la pergi cari sorang-sorang. Tapi daripada pergi sorang-sorang, baik aku ajak Nik. Terus sms Nik, dan Nik setuju. Angah aku tak dapat ajak la, sebab tau dia ada kerja kat lab, dan kebetulan pula kat rumah, si Adli tengah siap-siap nak pergi bandar juga untuk cari tiket bas. Jadi, kami pon pergi la bertiga ke bandar dengan misi utama mencari tudung untuk mak aku dan misi-misi kecil yang lain.

Lokasi pertama, kedai tudung di Batu Enam. Masuk je kedai tu, kami dikelilingi oleh semua pelanggan kaum Hawa. Daripada yang muda sampai la makcik-makcik dan nenek-nenek yang sibuk memilih tudung pilihan hati masing-masing. Aku dan Nik juga la yang terkebil-kebil memilih mana yang sesuai. Hasil pertolongan sorang kakak pekerja kat situ, dapat la aku memilih 3 helai tudung. Heheheh… J Kelakar betul la bila lelaki kena memilih tudung untuk perempuan ni…

Selesai misi utama, pergi Pasar Payang pula, cari keropok. Keropok original from Terengganu, penting tu! Kebetulan next week kat rumah kat kampong, family nak buat kenduri sempena rumah baru siap renovate..Alhamdullilah.

Perut pon dah lapar, Tanya Nik nak makan mana, Nik diam, Adli diam…last-last diorang syorkan pergi McD. Wah, gila ahh, lama gila tak makan McD. Lagi best sebab sekarang ada Mc Value Lunch, so apa lagi, melantak la kitaorang dengan Mc D!!! Yummy!!!!

My Fav; Double Cheese Burger... yummyyyyyyy

Adli n I

Nik n I.. muka aku tgh lapar ...heheheh..

Yang habis dan yang tak habis....tapaw sajorkkk!!


p/s: gambar kat kedai tudung tak sempat nak captured, sebab sibuk memilih tudung...heheheh...so, gambar-gambar ni agak lari topik la sikit...hehehhe...

~ yoe menulis di petang hari...

Wednesday, February 25, 2009

bLades of GLory



Salam Sejahtera...


Sekadar bercerita...

Bila tengok balik poster filem ini di internet atau pon tengok iklan di tv tentang filem ini...terus teringat satu kisah lawak...(yang agak memalukan jugak la..heheheh :) ).

Ada satu malam tu, we all (my hosmet n i) keluar minum2 di sebuah cafe (nama cafe dirahsiakan). Kebetulan, skrin putih kat cafe tu tengah tayang movie ni...then, aku punya la fikir kan, ape yek tajuk movie ni...jenuh fikir ni sambil kerut-kerut dahi...

Kebetulan juga, masa mamat waiter pekerja cafe tu datang nak ambil order.... terus terkeluar dari mulut aku...

" Hah, ingat dah tajuk movie ni, GLORY OF BLADES " kata aku dengan yakinnya.

Sekali dengan selamber nya jugak....terpacul dari mulut mamat tu.....

" Bukan Glory of Blades, BLADES OF GLORY la " kata mamat waiter itu sambil tersenyum manis.

Erkkk.....kitaorang ngan mamat waiter tu terus gelak sama-sama. Aku punya la malu.. tapi cover2 je la...hehehhe ...maklum la, mamat waiter tu can do!!!! ahaksss...


p/s: kena hafal tajuk movie lepas ni...


~ yoe menulis sambil teringat kat mamat waiter itu..malu nya...... :(


bEday hosmet laGik...

Kecil-kecilan saje... yg penting dpt kumpul2..


Salam Sejahtera...

Hari ini 25hb Mac 2009, maknanya sudah 2 hari yang lepas besday hosmet aku..so,kepada hosmet aku tuh, selamat hari lahir..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah..InsyaAllah..

p/s: ini besday hosmet aku yang nama Adli itu (http://www.adliishak.blogspot.com/).


~ yoe menulis dengan rasa insaf akibat serumah dengan seorang alim ulama'... hehehe..


Sunday, February 22, 2009

Otak diPeraH unTuk beRfikiR...

Dari kejauhan, pemandangan dari kerusi juri..

Pasukan kerajaan

Kumbang-kumbang dari pasukan pembangkang

Piala yang menjadi idaman adik-adik peserta saban tahun


Salam Sejahtera...

Pertama sekali, dengan rasa rendah diri, aku nyatakan di sini, aku bukan lah siapa-siapa. Pandangan ini hanyalah dari kaca mata diri sendiri yang membuat penilaian daripada pemahaman dan pengalaman sebelum ini yang tidaklah seberapa.

'Budaya Internet Menggugat Kestabilan Negara', begitulah usul yang telah dipilih oleh para juri untuk perlawanan akhir pertandingan debat PNC 2009. Berikut, sedikit ulasan mengenai usul:

Daripada 5 perkataan yang membentuk usul ini, ia dapat dipecahkan kepada 2 FRASA UTAMA. Pertama, BUDAYA INTERNET. Kedua, MENGGUGAT KESTABILAN NEGARA. Itu tentang pecahan frasa, manakala KATA KUNCI yang harus dijadikan pengukur hala tuju adalah perkataan MENGGUGAT.

Kegagalan para pendebat kali ini ada 2 perkara:

1. Gagal membezakan INTERNET dan BUDAYA INTERNET itu sendiri.
- INTERNET adalah satu entiti yang berdiri sendiri
- BUDAYA INTERNET pula adalah satu bentuk pembudayaan yang mana di dalamnya terdapat lebih dari satu entiti. Inilah yang gagal dijelaskan dengan baik oleh pihak kerajaan dan juga tidak pon dipersoalkan oleh pihak pembangkang sehingga ke akhir perdebatan.

2. Penceritaan yang tidak sampai.
- Dalam setiap fakta yang diterangkan, ia tidak dijelaskan sampai habis.
- Contoh: kes penyebaran foto bogel dan video skandal seks ahli politik; bagaimanakah perkara ini dapat menggugat kestabilan negara?? Tidak dijelaskan dengan baik. Mengecewakan!!!

Sepatutnya, dalam membina kes, pihak kerajaan perlu melihat usul ini pada asasnya secara holistik. Bagaimana kita melihat kemudahan dan manfaat yang diperoleh daripada internet yang dibudayakan oleh setiap lapisan masyarakat akhirnya disalahgunakan dan membawa kepada tergugatnya kestabilan negara. Itu sahaja!!

Manakala, pihak pembangkang pula perlu menafikan kemampuan budaya tersebut sehingga menggugat kestabilan negara. Juga, pada pendapat saya, pembangkang boleh dikira berjaya apabila memilih untuk bermain dengan aspek mekanisme kawalan dalam membina hujah bangkangan mereka.

Seperti yang disedari oleh ramai penonton, perdebatan ini agak perlahan pada mulanya dan hanya panas di pertengahan perdebatan.

Pendebat pertama kerajaan (JAMES) gagal memahamkan dewan tentang pegangan konsep mereka. Segala PENCERITAAN hanya bersifat SEPARUH JALAN. Tidak dikaitkan bagaimana segala kes itu menggugat kestabilan negara. MENYEDIHKAN dan buat aku GERAM!!!!

Pendebat pertama pembangkang (NASRUL) juga bagi aku, hilang taring pada malam ini. Entah di mana silapnya, calon peribadi aku untuk menyandang anugerah Pendebat Terbaik ini gagal meneruskan momentum persembahannya di pusingan awal. Bukaan bangkangannya agak PERLAHAN dan TIDAK YAKIN. Gagal memanfaatkan sepenuhnya kelemahan yang telah pon ditimbulkan oleh kerajaan.

Pendebat kedua kerajaan (SYAZIELA) pula meneruskan kesuraman dan keheningan perdebatan malam itu. Selaku yang kedua, aku harap seorang pendebat itu mampu membalas persoalan yang ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang dan membawa dua hujah sokongan dengan baik. TIADA PERASAAN!!!

Pendebat Kedua pembangkang (IZZUDDIN) akhirnya boleh dikatakan sebagai pencetus kehangatan malam itu apabila suaranya berjaya MEMANASKAN dewan. Sekali dengar seolah-olah, bertindak sebagai Ketua Pembangkang. Menutup segala lompang dan memimbulkan segala macam persoalan, namun agak menyedihkan juga apabila sepeti biasa, fakta kes hanya disentuh di permukaan, tidak mendalam.

Pendebat ketiga kerajaan (JIJAH) seperti biasa MENGUASAI dewan. Dengan gayanya yang bersahaja dan mimik muka yang agak nakal, dia berjaya mempengaruhi majoriti juri untuk mengangkatnya (terangkat ke??) sebagai Pendebat Terbaik. Namun, agak lewat dan memang lewat pon bagi dia untuk membela segala pendirian kerajaan.

Pendebat ketiga pembangkang (HELMY) boleh dikatakan agak TERDESAK dan mencuba bersungguh-sungguh untuk menandingi Jijah. Inilah yang akhirnya membuatkan dia kelihatan agak KETERLALUAN ataupon agak OVER!!! Sedangkan segala bidasan tidak menjurus terus kepada penafian sesuatu fakta itu. Ini BAHAYA ye adik!


p/s: teruskan usaha dan teruskan menimba ilmu..


~ yoe menulis dengan tergesa-gesa akibat ingin keluar minum-minum sempena besday hosmet malam ini!!!

Debat PNC UMT 2009; LaGi pAndanGan Si kErDiL..

Selamat datang!!

Johan Kategori Bahasa Melayu

Johan Kategori Bahasa Inggeris yang cute-mute

Para juri pusingan awal dan akhir

Juri sedang bertugas, tanpa kelibat aku yang mengambil gambar ini....

Serius membuat keputusan..


Pening kepala...

Semak, jangan tak semak...


Salam Sejahtera...

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, sedikit ulasan dan bingkisan mengenai perlawanan akhir Pertandingan Debat Piala Naib Canselor UMT 2009 ingin sekali aku coretkan.


Sebelum:

Dua pasukan yang memenangi perlawanan peringkat separuh akhir dan seterusnya layak ke peringkat akhir hanya diketahui pada jam 2 ptg. Tahniah diucapkan pada pasukan HavoTech (Sarjana Muda Agroteknologi Lepas Tuai) dan pasukan Double Helix (Sarjana Muda Sains Biologi). Sedar atau pon tidak, perlawanan ini seakan-akan ulangan perlawanan akhir tahun lepas yang menyaksikan kemaraan dua pasukan yang sama. Pasukan HavoTech selaku johan menunggu masih menampilkan pendebat yang sama pada tahun lepas, manakala, pasukan Double Helix untuk tahun ini mencari kelainan dengan menampilkan pendebat baru yang masih 'setahun jagung', adik-adik 1st year. Sedikit taklimat dan pengumuman usul telah dibuat dan kedua-dua pasukan telah diberi masa yang secukupnya untuk membuat persediaan. Aku dan alumni yang lain pula menghadiri mesyuarat alumni debat melayu dan seterusnya sesi 'makan-makan' di Pantai Teluk Ketapang. Hanya selepas itu, aku berpeluang untuk untuk melihat-lihat persediaan adik-adik dan AJK di lokasi perlawanan akhir malam ini. Sampai di lokasi, mata terlihat pasukan HavoTech sedang berkumpul bersama beberapa orang reseachers mereka untuk persediaan. Aku menghampiri mereka, dan ayat pertama yang keluar dari mulut mereka:

"Abang Azrul, kami blank la....macam mana ni???"
Kasihan juga, tapi aku cuma bagi sedikit kupasan saja mengenai usul debat itu dengan harapan mereka lebih bebas untuk membuat pendirian mereka malam ini. Mata mencari -cari pasukan lagi satu, tapi aku dikhabarkan mereka telah balik ke hostel untuk iron baju kot!!! Kaki melangkah naik ke tingkat atas, memasuki ruang auditorium, melihat dua orang pengacara sedang berlatih dan cik pengarah program yang keletihan sambil sekali-sekala menjerit akibat tensi yang melampau,katanya! Banyak juga lompang yang aku kesan untuk persediaan AJK kali ini. Jangan buat lagi ye adik-adik, kurang raptai rasanya. Huhu....Raptai itu satu keperluan ya adik-adik!!! Wajib ada raptai penuh!!! Jam 6.40 ptg, aku balik untuk persediaan diri sendiri la pula!!!! :)


Semasa:

Tepat jam 8.40mlm, majlis dimulakan. Perarakan masuk piala pusingan, Yang Dipertua Dewan dan para pendebat ke pentas utama. Debat dimulakan!!!! Agak perlahan di peringkat permulaan, dan hanya panas apabila sampai ke pertengahan perdebatan. (Ulasan lengkap dari perspektif diri saya yang kerdil ini bukan untuk kali ini, lepas ini la ye!!)


Selepas:

Para juri sudah mencapai kata sepakat untuk sebulat suara, maknanya keputusan penuh, 9-0. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pusat Kokurikulum, Dr. Mohd Razali yang mewakili TNC, Prof. Dr. Abd. Majid Mohd Isa. Dimulakan dengan kategori bahasa inggeris, naib johan, pasukan HavoTech, dan johan, pasukan Biodiversiti (Sarjana Muda Sains Biodiversiti). Persembahan yang mantap dari pasukan underdog mengalahkan pasukan favourite, HavoTech, menurut ketua juri kategori bahasa inggeris laa.. Seterusnya, pengumuman kategori bahasa melayu, pendebat terbaik perlawan akhir dan pendebat terbaik liga disandang oleh orang yang sama, cik Jijah kita...Wan Mahfuzah dari pasukan HavoTech. Dengan margin 3.4, juri 9-0:

"Usul 'Budaya Internet Menggugat Kestabilan Negara' adalah ditolak" kata pengacara majlis. Pengumuman ini disambut gegak gempita oleh para penyokong pasukan Double Helix. Para pendebat pasukan pembangkang dihujani ucapan tahniah dan sekaligus menafikan peluang johan menunggu tahun lepas, HavoTech untuk mengulangi kejayaan dua tahun berturut-turut.


p/s: memikirkan ulasan yang ingin ditulis tentang usul perdebatan...


~ yoe menulis dari penglihatan mata pemberian Yang Maha Kuasa...

Friday, February 20, 2009

Debat PNC UMT 2009; pAndanGan Si kErDiL...


Salam Sejahtera..

Hari ini dan esok, 20 dan 21 Feb 2009, universiti tempat aku berada ini, menganjurkan Pertandingan Debat Piala Naib Canselor buat ke sekian kali nya, dan buat ke sekian kalinya juga aku dijemput untuk menjadi hakim untuk pertandingan ini. Alhamdulillah. InsyaAllah, dengan penuh rasa rendah diri dan dengan sedikit pengalaman yang ada, aku tidak ada masalah untuk menyumbangkan masa dan tenaga untuk program universiti ini.

Untuk hari ini, aku ingin berkongsi serba sedikit tentang pusingan awal yang telah berlangsung sepanjang hari pertama tadi.

Walaupon agak lewat sampai di tempat perlawanan (akibat salah faham, ingatkan pertandingan pada hari esok, rupa-rupanya hari ini dan esok, terima kasih kepada saudari Intan yang menghubungi aku di rumah). Jadi, aku sampai selepas berakhirnya perlawanan pertama, bermakna ada lagi 3 perlawanan pusingan awal.

Sedikit komentar dan luahan hati terhadap perjalanan program ini (setakat hari ini):


1. Perkara yang paling ketara, kekurangan ahli jawatankuasa untuk melakukan kerja (kesian tengok pengarah program yang terpaksa ke hulu ke hilir untuk pastikan segalanya berjalan lancar)

2. Perjalanan program memang lambat dan agak kucar-kacir (aku tak salahkan adik-adik, mungkin ini pengalaman pertama mereka tanpa bantuan dari alumni, aku pula bukan x mahu tolong, tapi untuk tahun ini, pertama kali aku langsung tidak diminta untuk memberi bantuan, cuma diminta menjadi hakim, jadi tak kan lah aku nak pandai-pandai sibuk pula kan!!!)

3. Yang ke-3 apakah??? ermmm....takpe la...tak ingat :(


Okay, selesai pasal perjalanan program, sedikit ulasan pasal persembahan perdebatan adik-adik untuk pertandingan tahun ini. Sebelum itu, aku sedia maklum bahawa, debat ini melibatkan banyak muka baru, maksudnya, ramai yang tidak pernah berdebat, dan hanya bersandarkan pada minat semata-mata dan sedikit ilmu yang di kutip semasa bengkel pada minggu lepas, katanya. Jadi, aku tidaklah meletakkan sebarang tahap atau pun 'benchmark' kepada perdebatan ini. Tahniah buat adik-adik yang berani tampil ke hadapan mewakili program ijazah masing-masing. Mana la tau, ada rezeki, dapat mewakili UMT pula ke peringkat lebih tinggi....Amin!!! Sekadar berkongsi rasa, ini lah pemerhatian aku:


1. BERDEBAT, bukan MEMBACA atau pon MENGHAFAL, tetapi ia adalah lebih kepada MENYAMPAIKAN dan MEMAHAMKAN audien.

2. BERDEBAT, secara BERKUMPULAN, bukan PERSEMBAHAN SOLO.

3. BERDEBAT, secara RASIONAL, bukan EMOSIONAL.

4.BERDEBAT, memerlukan fakta yang IMPERIKAL dan AUTORITATIF, bukan SIMPLISTIK.

5. BERDEBAT, jika boleh, di selangi lawak jenaka yang MENGHIBURKAN, bukan MEMPERBODOH diri sendiri.

6. BERDEBAT, apabila kita berdebat dalam debat bahasa melayu, maka BAHASA MELAYU lah yang WAJIB digunakan, bukan DIALEK KELANTAN atau TERENGGANU yang digunakan (tanpa sedikit pon rasa prejudis).

7. BERDEBAT, komunikasi DUA atau LEBIH HALA, bukan SATU HALA.

8. BERDEBAT, MEMPERTAHANKAN FAHAMAN KUMPULAN, bukan MERUNTUHKAN FAHAMAN KUMPULAN dan TERIKUT-IKUT FAHAMAN LAWAN.

9. BERDEBAT, harus dan wajib dengan YAKIN, bukan dengan TAKUT-TAKUT dan TIDAK YAKIN.

10. BERDEBAT, dengan SUKARELA, bukan TERPAKSA.


Sesungguhnya, aku sangat takut dan gusar jika tulisan ini salah dimengertikan. Ketahuilah, bahawa tiada sedikit pon rasa riak, jauh sekali ingin menunjuk pandai. Sebetulnya, aku hanya lah si kerdil yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman berdebat yang cuma sedikit ini. Benarlah kata orang, kalau minat itu memang ada, sampai bila-bila pon akan ada. Kalau dulu, aku seronok menjadi pendebat, kini aku cuma boleh menikmati keseronokan menonton dan menghakimi perdebatan sahaja.

Berdebatlah dengan ilmu, bukan tipu (kalau nak tipu pon, agak-agak la...hehehhe...).


~ yoe menulis dengan rasa penat selepas sehari suntuk menghakimi debat....


Tuesday, February 17, 2009

pErLu LebiH kuaT...











Salam Sejahtera...

Kesejukan yang teramat sangat akibat suhu buatan manusia yang dijana melalui penggunaan alat pendingin hawa di makmal tempat aku melakukan kerja ini memaksa aku merehatkan diri sebentar. Keluar dari makmal dan melabuhkan diriku buat sementara waktu di ruang rehat makmal, lalu terfikir untuk menulis sesuatu di ruangan ini.

Di tengah-tengah kekusutan waktu yang mendesak, aku perlu lebih kuat.

Ketika diri mula berasa malas untuk meneruskan kerja-kerja
Aku perlu lebih kuat...
Kuat untuk apa?
Kuat untuk mendisiplinkan diri

Ketika mata mula mendesak untuk minta di tutup sebentar
Aku perlu lebih kuat...
Kuat untuk apa?
Kuat untuk menahan rasa mengantuk itu

Ketika tangan dan kaki mula mengadu penat dan keletihan melakukan kerja
Aku perlu lebih kuat...
Kuat untuk apa?
Kuat untuk menyalurkan tenaga kepada tulang empat kerat ku ini

Ketika orang-orang di sekeliling mula bertanya bilakah aku boleh menyempurnakan tugasku
Aku perlu lebih kuat...
Kuat untuk apa?
Kuat untuk memberikan satu jawapan yang konkrit dan imperikal

Ketika semangat ini kadang-kala seperti terpesong dan lemah hala tujunya
Aku perlu lebih kuat...
Kuat untuk apa?
Kuat untuk menadah kedua belah tangan memohon petunjuk dan kekuatan dari Ilahi


~ yoe menulis dengan harapan mendapatkan sokongan teman-teman....


Saturday, February 14, 2009

meneranGi maLam yanG GeLap


Salam Sejahtera


Sekadar berkongsi rasa yang bercampur baur...



Orang kata cinta itu indah..
Betul kah??

Orang kata cinta itu mendamaikan..
Sungguh kah?

Orang kata cinta itu membahagiakan..
Benar kah?

Betul, sungguh dan benarkah orang kata cinta itu bisa menerangi malam yang gelap?
Entah lah...

Sesungguhnya..
Aku tiada jawapan..
Atau pon aku telah kehilangan jawapan..
Yang pernah ku miliki suatu ketika dahulu..

Sesungguhnya juga..
Selama mana bulan masih sudi menjalankan tugas hakikinya menerangi malam..
Selama itu jugalah cinta masih lagi boleh diharap..

Untuk apa??
Untuk mengindahkan, mendamaikan dan membahagiakan
hidup kita..


~ yoe menulis dengan sedikit luka di hati akibat kenangan lama :(


Wednesday, February 11, 2009

menGharGai keHIJAUan, menjauhi penCEMARan








Salam Sejahtera....


Sekadar meletakkan sedikit kolerasi dengan bingkisan sebelum ini, saya ingin berkongsi sedikit gambaran pemandangan yang masih terdapat di sekitar kampus tempat pengajian saya, Universiti Malaysia Terengganu (http://www.umt.edu.my)

Cuba bayangkan, dengan sekelip mata, tidak mustahil kehijauan ini boleh hilang dengan sekelip mata akibat kerakusan tangan manusia yang mengejar kemajuan tidak bertepi. Di sinilah akan timbulnya sedikit polemik antara, etika dan tanggungjawab memajukan sesuatu premis.

Besarlah harapan agar kemajuan yang dikejar akan berlaku seiring dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang suatu masa kelak akan kita pulangkan kembali kepada anak cucu kita. Adakalanya, mungkin juga ada yang berkata, usaha memelihara dan memulihara alam sekitar hanyalah bersifat hangat-hangat tahi ayam. Namun aku percaya, bahawa dengan kesedaran dan pandangan yang jauh, kita mampu menafikan semua tanggapan ini. Kita mestilah bekerjasama dan bergerak seiringan, menghulurkan tangan dan menyumbang serba sedikit apa yang kita ada atau apa yang kita mampu ke arah usaha murni ini.

Kadang-kala, kita juga sebagai manusia lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang bersifat makro daripada melihat kepada perkara-perkara yang bersifat mikro, walaupun hanya sekali-sekala. Analoginya, apabila berlaku kes-kes runtuhan lereng bukit ataupun banjir besar di negara kita, masing-masing akan cuba menuding jari dan menyalahkan antara satu sama lain secara simplistik. Ketika itu jugalah, masing-masing akan cuba menunjukkan sifat cakna terhadap isu alam sekitar secara holistik. Ironinya, dalam masa yang sama, puntung rokok di tangan ataupun tisu putih yang telah digunakan dicampak ke tanah begitu saja. Menyedihkan.

Alangkah segarnya, oksigen yang kita hirup setiap saat datangnya dari kelompok bank oksigen yang terdapat di muka bumi ini...dan mungkin beberapa peratus dari kelompok bank oksigen itu ada di sekeliling kita. Jadi seandainya kita masih memerlukan oksigen yang sama untuk meneruskan sisa baki hidup di muka bumi ciptaan Yang Maha Kuasa, marilah kita sama-sama menjaga kehijauan alam sekitar sekeliling kita. Hargailah apa yang dipinjamkan kepada kita, seolah-olah kita juga mengharapkan orang lain menjaga barang yang kita pinjamkan kepadanya.

Sesungguhnya aku juga tidak berniat untuk menuding jari kepada sesiapa ataupun jauh sekali untuk menunjuk pandai. Sekadar untuk memberi pesan kepada diri sendiri dan diri kalian, seperti yang selalu disebut oleh khatib ketika memulakan khutbah.

Insyaallah, walaupun sedikit, sekurang-kurangnya ketika untaian kata ini ditulis, semangat untuk menjaga alam sekitar semakin membara...


~ yoe menulis dengan rasa rendah diri atas nikmat Tuhan


Friday, February 6, 2009

aMaLan TAKPE yg enTah aPe-Ape...










>>

Salam Sejahtera...agak lama tidak menulis sesuatu yang baru di sini..akibat aktiviti-aktiviti yang lain.

Kali ini, sekadar mahu berkongi sesuatu yang agak mengjengkelkan dan menyedihkan.

Petang sabtu yang lepas, aku bersama rakan serumah menghidupkan enjin kereta dan bergerak melalui jalan pesisir pantai Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu untuk merehatkan diri menikmati angin pantai dan desiran ombak di Pantai Teluk Ketapang yang sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan di sini.....ya, mungkin terkenal dengan aktiviti berkuda di pesisir pantai, menikmati ikan celup tepung, menguyah setongkol jagung bakar yang masih panas dan juga 'merehatkan mata' dengan SAMPAH SARAP yang memenuhi segenap kawasan pantai.

Keadaan ini sungguh menyedihkan....sungguh tidak dapat dibayangkan bagaimana masyrakat mungkin bukan semua, tapi masih ramai yang bersifat 'TAKPE'. Mungkin kita selalu mendengar, ayat-ayat seperti yang selalu diungkapkan oleh orang-orang di sekeliling kita, antaranya:

1. Ala, takpe la, bukan banyak sangat pon, pembungkus gula-gula je....

2. Ala, takpe la, kalau aku tak buang sampah ni, nanti pekerja majlis perbandaran takde kerja pulak....

3. Ala, takpe la, bukan aku sorang je yang buat macam ni, ramai lagi, kalau kau nak tegur, tegur la semua orang yang buat macam ni...


Jadi, sedarlah bahawasanya walaupon sekadar sekeping pembungkus gula-gula yang kita buang, tanpa kita sedari kita telah pon menyumbang kepada ber kilo-kilo atau pon ber tan-tan sampah-sarap yang dihasilkan.

Kita juga tentu pernah mendengar pesanan aktivis alam sekitar bahawa sesungguhnya, kita bukanlah mewariskan alam sekitar ini kepada anak cucu kita, sebaliknya, kita meminjam alam sekitar ini daripada anak cucu kita....

Dan sesungguhnya, dalam Islam, kebersihan itu sebahagian dari iman :)

~ yoe menulis dengan rasa cintakan alam sekitar