Sunday, December 20, 2009

Pendengar yang Setia

Salam Sejahtera...



Aku punya sahabat
Bercerita tentang masalah hubungan cintanya
Reaksi aku..
Terkejut dan terkesima
Kerana perlu mengambil masa
Untuk menghadamkan tindakan kekasihnya itu
Kasihan sahabat aku
Pandangan ku diminta
Berhati-hati ku melantunkan kata
Risau jua
Andai pandangan ku nanti
Bisa tambah keruh yang sedia ada
Namun setelah itu
Aku rasa lebih lega
Melihat dia melepaskan semua
Sekurang-kurangnya dia punya tempat untuk bercerita
Dan aku pula beroleh tempias semangat jiwa
Untuk mengharungi segalanya
Esok-esok lusa....




Kasut si pencerita dan sandal si pendengar yang setia...
di Kopitiam Bangi malam tadi..




~ yoe menulis sambil mengunyah ferrero rocher pemberian sahabat baik aku itu.. semoga kamu baik-baik sahaja... :)

4 comments:

sYukCurz said...

ceh! aku da balik penang baru ckp lepak kopitiam bangi lak. siot la ko. dekat sgt ng umah aku da tu pape nnt nk kluar lepak roger2 r

Anonymous said...

bro!! giler suke gamba ni!!!
keep it up!
2 legs.. sgt retro

iyllienaz said...

nk ferrero rocher!!

yoe said...

syuk: aku lepak malam semalam kt oldtown bangi tu with a friend of mine..... sampai jam 12 tgh mlm tau....

sis red:retro yek sis.... ahakss...

illi: meh sini amek... hehehehe... nak tlg suap pon boley....