Thursday, May 28, 2009

Rasa ku rasa

Salam Sejahtera...

Menulis ketika baru lepas baca novel online tentang cinta... (kenapakah lately nih aku asyik tergila-gilakan baca novel cinta? ...padahal buku IELTS, lagi patut dibaca).


Malam gelap,
Semakin tua usianya,
Bintang dan bulan juga begitu,
Petanda siang tak sabar untuk tiba,
Rutin harian terus menerus bersilih ganti,
Hidup esok juga adalah kesinambungan hari ini,
Meneruskan kembara di bumi Al-Haq dengan sepi,
Kerana ruang yang ditinggalkan dalam hati masih kosong,
Rasa yang ku rasa berbatas tidak terkira perlukan pilihan nyata


~ yoe menulis sambil menikmati sedikit rezeki dari Sang Pencipta

Wednesday, May 27, 2009

Hati yanG merah

Salam Sejahtera...

Berseorangan... membuatkan aku teringat kepada insan-insan yang bisa membuatkan diri ini gembira walaupon sebenarnya sedang sedih... Tapi dalam masa yang sama, aku mesti ketepikan semua rasa itu untuk membulatkan tekad, melipatgandakan usaha dan menajamkan fokus ke arah niat untuk mencapai apa yang aku hajatkan dalam proses mendalami ilmu Al-Khaliq ini. Sarjana, Doktor Falsafah dan seterusnya sehingga ke liang lahadlah kita menuntut ilmu. Namun sebagai manusia yang punya hati yang pernah merasa nikmat cinta walaupon sebentar cuma, perasaan ingin memiliki dan dimiliki tidak pernah hilang dari dalam hati yang berwarna merah ini.

~ yoe menulis dengan sedikit rasa jiwang yang tak terlayan.... sambil berehat di rumah akibat flu yang datang dengan tiba-tiba.

Tuesday, May 26, 2009

Kalaulah aku... Dia

Salam Sejahtera...

Diri ini sudah biasa menjadi pendengar masalah kawan-kawan rapat.... dan adakalanya aku sendiri yang menawarkan diri untuk mendengar masalah mereka... Seronok! Kerana aku kira dengan ini, aku boleh menjadi lebih MATANG dan BERDIKARI menghadapi segala masalah mendatang di hari muka.

Menghadapi hamba Allah yang kreatif ataupun tersalah menggunakan kekreativitiannya mungkin menimbulkan rasa jelik di sanubari. Tapi menurut sumber yang autoritatif dan imperikal, unsur-unsur similariti tidak patut digunakan untuk mengahadapi perkara-perkara seperti ini...bagi mengelakkan kita kelihatan persis seperti entiti itu.

Tindakan komparatif perlu dilakukan seolah-olah kita duduk di hadapan cermin... bagi menilai pro dan kontra sesuatu tindakan sebelum kita menghighlightkan tindakan entiti di hadapan kita.

Sinikalnya, bak kata sahabat aku... "kalaulah aku...dia, tentu dah bertimbun hasil tulisan aku dalam sejarah penulisan ku" ... sebab........ dot dot dot.......

~ yoe menulis sambil cuba memengertikan kata-kata sahabatku itu... sebenarnya aku sudah lama faham dan akan terus memahami...

Monday, May 25, 2009

Mereka juga Bersedekah

Salam Sejahtera...

Semalam (spesifik: malam tadi, jam 10pm) ketika bas ekspress yang aku naiki dari Hentian Kajang berhenti di Hentian Putra untuk mengambil baki penumpang yang hendak ke Kuala Terengganu, naik lah seorang hamba Allah berpakaian jubah dan berserban memberi salam dan berkata sesuatu. Dialeknya jelas kedengaran seperti berasal dari Pattani, Selatan Thailand. Usai memberi salam, hamba Allah itu memperdengarkan hajatnya, untuk mengutip derma bagi pembinaan Madrasah Pengajian Al-Quran di tempatnya. Hajatnya itu disertai sekali dengan surat-surat berkaitan, mungkin keizinan bertulis dari pihak berkuasa Dewan Bandaraya agaknya untuk mengutip derma di kawasan hentian bas ini dan boleh naik dari satu bas kepada satu bas yang lain saat menunggu bas dipenuhkan kapasiti penumpangnya.

Bergerak dari satu kerusi ke kerusi yang lain dengan sampul untuk dimasukkan wang kutipan derma dari penumpang.... Ada yang menghulurkan, ada juga yang tidak... Aku bersangka baik..mungkin mereka tiada duit kecil atau mungkin juga mereka tertidur dan tidak sedar kehadiran hamba Allah itu.

Tapi ada satu perkara yang aku kagumi; mungkin bagi aku, mungkin tidak bagi orang lain. Apabila hamba Allah itu menghampiri sepasang penumpang berbangsa Cina yang kelihatan seperti pasangan kekasih dengan pakaian seksi mereka beserta beg besar persis mahu bercuti di Pulau Redang, dengan tidak semena-mena pasangan itu turut menyumbangkan sedikit wang dan dimasukkan ke dalam sampul tadi. Aku yang berada di kerusi belakang mereka, rasa sangat terharu dengan tindakan mereka, walaupon berlainan bangsa dan agama, tetap tidak lokek untuk mengurangkan sedikit bajet percutian mereka... walupon tidak lah besar mana pon pemberian itu... yang penting, mereka juga bersedekah.

p/s: Bersedekah lah dengan ikhlas. InsyaAllah.

~ yoe menulis dengan kepenatan dan kemengantukan akibat semalaman berada di dalam perut bas...

Sunday, May 24, 2009

Berlanggar sesama Sendiri

Salam Sejahtera...

Catatan bersandarkan rasa dan perasaan yang berlanggar sesama sendiri seperti atom-atom dan zarah-zarah.


Malam semakin menggelap..
Kesejukan angin semakin terasa..
Menambahkan ruang dan peluang kepada perasaan itu
Untuk semakin bermaharajalela di dasar hati
Oh ini tidak boleh ku biarkan...

Keliru dengan perasaan ini
Sayang..sentiasa ada...
Itu pasti

Rasa yang lain
Biarkan sahaja
Mencari makna dalam kesamaran

Sehingga nanti
Yang jelas... akan terhidang di hadapan mata
Diterangi sinar bulan dan bintang malam

Di tengah kegelapan malam

~ yoe menulis di tepi jendela yang melimpahkan kegelapan bersulam sedikit cahaya penjaga malam!

Saturday, May 23, 2009

Ringkas sebuah Catatan

Salam Sejahtera...

Sedikit catatan yang ringkas buat anda.


Terima kasih
Atas....
Sedikit ingatan yang dilayang
Sedikit waktu yang diruang
Sedikit senyuman yang dilakar
Sedikit gurauan yang disampai
Selaut.... budi dan jasa yang tidak ternilai

Kamu punya tempat di hati ini
Sungguh... aku berkata benar

Layangan ingatan.... mendamaikan
Ruangan waktu.... memeriahkan
Lakaran senyuman.... mengindahkan
Sampaian gurauan.... menceriakan
Budi dan jasa.... milik Tuhan

Doa kupanjatkan

Muzik di hatiku.....

p/s: berterima kasih juga adalah satu kemestian.... tapi kadang-kala berterima kasih terhadap sesuatu yang sukar dimengertikan juga adalah sememangnya sukar untuk dimengertikan.. kecuali insan-insan yang selalu menjadi tempat mengadu... Hanya Allah yang maha layak untuk membalasnya...

~ yoe menulis di dini hari.... masih di serdang

Thursday, May 21, 2009

Suit dan Briefcase

Salam Sejahtera...

Maaf...ini adalah berkaitan angan-angan dan hajat yang tidak kesampaian. Huhuhuhu... sambil telan air liur...

Malam tadi berjalan-jalan di Alamanda Putrajaya...sempat la juga menghayunkan kaki ke beberapa outlet dan mencuci mata dengan entiti-entiti yang tidak bernyawa yang terdapat di dalamnya.

Pertama; outlet G2000, berkenan dengan 2 suit yang di displaykan....sangat cantik.. satu warna hitam, dan lagi satu warna kelabu (sila jeling bawah). Tangan menggamit pekerja kedai dan mulut bertanyakan harga. Dengan pantas cik pekerja itu memberitahu harga setiap satu RM699.00 sahaja. Bagi orang yang sudah bekerja tetap, mungkin tidak mahal, tapi bagi aku yang bekerja tetapi masih dalam cuti belajar ini...itu adalah sebaliknya. Kesian aku!! So lupakan je la...sambil kamera hp snap snap ambil gambar suit itu!!



Kedua; ketika lalu depan outlet Orlando..mata tangkas menangkap kelibat satu briefcase yang sangat mini saiznya...cute pada pandangan aku....kawan-kawan pon kata cantik... sesuai untuk aku angkut laptop aku yang bersaiz 12 inci itu ke mana-mana.... tengok pada tag harga, tertulis RM399.00... dan mata ternampak lagi kad tertulis diskaun 40% for clearance item. Briefcase ini termasuk!!! yeah!!! selepas mencongak-congak harga setelah diskaun, lebih kurang berharga RM239.00. Alamak, kalau harganya bawah RM200, boleh la juga aku beli... makanya, terkilanlah lagi... terkilan sampai lupa nak snap snap ambil gambar briefcase itu.

p/s: Banyak benda yang teringin nak beli kan... tapi apakan daya... poket ku tidak kencang!!

~ yoe menulis sambil berazam untuk mendapatkan at least satu suit yang lengkap ... dan a small briefcase untuk isi laptop... satu hari nanti..

Wednesday, May 20, 2009

sinGGah di SerdanG...

Salam Sejahtera...

Dari Skudai....sebelum pulang ke Kuala Terengganu, singgah di Serdang. Ucapan terima kasih kepada Abang Hairy dan Abang Lan, staf Inst. Integriti Malaysia yang menumpangkan kami dan mendropkan kami di Hentian Serdang. Ucapan terima kasih sekali lagi kepada Encik Pegawai yang menjemput kami dari Hentian Serdang dan menghantar kami ke Kolej17, UPM....dan terima kasih juga atas belanjaan air minuman Encik Pegawai di Bangi Kopitiam itu.

Kalian sangat baik!!! Terima kasih!!

So, berada di UPM Serdang ini...mungkin akan memanfaatkan masa untuk bertemu dan bermesra dengan yang lain....

Mungkin akan....

Menziarahi co-supervisor; Prof. Rehana di Fakulti. Vet UPM

Mendapatkan peluang bertemu rakan-rakan Facebook yang berada di area KL... kalian tahu siapa kalian kann....

Merapatkan silaturrahim dengan sahabat-sahabat lama.... Dahlan dan Afiq... of cos la kan.. sebab tumpang bilik diaorang...

Melihat perkhabaran sahabat baik bersama cik Isterinya... terima kasih atas lawatan tidak rasmi kamu sebentar tadi wahai sahabat...

Melawat tokey-tokey gudang-gudang jualan yang berselerakan di kotaraya ini... Oh ya, aku amat rindukan Cik Alamanda, Encik Midvalley, Encik Times Square, Tuan The Garden dan Puan Pavillion!!!!


Serdang...tempat persinggahan!

~ yoe menulis di Serdang!

Tuesday, May 19, 2009

InteGriti di Selatan

Salam Sejahtera...

Berada di UTM Skudai dari hari Jumaat lepas dan sekarang jam 1.00am, hari Selasa. Hari terakhir berada di sini selepas beberapa hari melibatkan diri dalam Pertandingan Debat Perdana Integriti 2009, anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM)

15 - 19hb Mei 2009 - Berada di Skudai
19hb Mei 2009 - Tumpang kenderaan IIM untuk ke Kuala Lumpur; setelah tamat perlawanan akhir beberapa jam lagi menemukan UiTM dan UKM
19 - 20hb Mei 2009 - Berada di UPM Serdang dan sekitar KL
21hb Mei 2009 - InsyaAllah akan pulang semula ke Kuala Terengganu

Banyak cerita.... banyak pengalaman...ada kenalan....
Tapi nanti lah cerita.... kemudian hari....bukan sekarang ye....sekarang dah lewat sangat...



Sekeping kad yang menuntut amanah dan pengamalan integriti


p/s: Team Integriti 2006; Zen, aku, Yla dan Mai...

~ yoe menulis sambil teringat memori Debat Integriti 2006... kisah lama... syukur!!

Thursday, May 14, 2009

BenGanG....BorinG....BosaN

Salam Sejahtera...

Rasa sangat bengang!!!!

Khidmat TM yang sangat lambat menyelesaikan masalah kerosakan internet wireless di rumah aku!

Bila internet tidak berfungsi...maka rasa boring dan bosan pon menjelma dan memenuhi segenap ruang dalam diri ini...

Dilanda keboringan....

~ yoe menulis di kopitiam sambil melayari internet free...maklum la internet kat rumah buat hal!!

Wednesday, May 13, 2009

You; A Teacher

Salam Sejahtera...

Hari ini 13 Mei , lagi 3 hari sebelum 16 Mei. Lagi 3 hari untuk sambutan hari guru di Malaysia. Memandangkan on that day, maybe aku takkan berpeluang dan tiada masa untuk menulis seperti sekarang, jadi aku teringin nak layangkan tulisan ini pada hari ini, awal 3 hari...hehehhe :P

Sebenarnye tadi masa tengah online kat facebook... ternampak kat status abg rudy, dia tulis pasal teringatkan para guru dia masa zaman sekolah....dengan tidak semena-mena membuatkan aku pon teringat sama kat cikgu-cikgu zaman sekolah aku dulu-dulu.

Cikgu Zaman Tadika; Tadika Kemas Jengka 19 (1990)

1. Cikgu Nani - lemah lembut orangnya, anak orang kampung sendiri yang kerja bawah KEMAS.

Cikgu Zaman Sekolah Rendah; Sekolah Kebangsaan Jengka 19 (1991-1996)

1. Cikgu Azmi - tinggi lampai, baik orangnya dan banyak belajar dari dia!!
2. Cikgu Mazlan - kadang-kala garang, kadang-kala baik...best...rindu...nak cari cikgu ni... teringat selalu kena pukul dengan pembaris kuning yang panjang tu setiap kali dia pulangkan kerja rumah kami semua
3. Cikgu Syahidan - masih ada dan masih jumpa dia kalau balik kampung..banyak ajar tentang moral dan agama walaupon dia bukan ustaz
4. Datin Hasnah - guru besar masa darjah 6, banyak belajar tentang kepentingan kamus kalau nak pandai bahasa 'Omputih'
5. Ustazah Jamilah - dah bersara katanya sekarang, banyak ajar tentang seni khat dan tulisan jawi

Cikgu Zaman Sekolah Menengah; Sekolah Dato' Abdul Razak (1997-2001):

1. Mr. Shazreen - sayang cikgu ni... best gila ngan dia... selalu bersama.. cikgu bahasa 'Omputih' yang hot!!! hahahhaa.. thanks sir... (bila nak belanja minum sir??)
2. Cikgu Khalijah @ Pn. Kelly - cikgu BM yang gempak, penyokong kuat PAS, suka bergossip, mesti berdiri kat tepi meja aku time classmate yang lain tengah sibuk siapkan kerja yang dia bagi
3. Pn. JayaLetchumi - cikgu sejarah yang seolah-olah buku teks sejarah itu dah sebati dalam cecair otak dia....akan masuk ke kelas dengan sebatang ranting pokok bunga ros sambil mengibas-ngibas sari nya yang vogue itu!!
4. Miss Audrey - cikgu BI masa form 1, lawak nak mampos!!
5. Mdm Habibah @ Mama Bosan - walaupon geng-geng yang lain panggil dia mama bosan, bagi aku dia tetap cool dan best!
6. Miss Hasni - cikgu disiplin yang vogue dengan rambut blonde nya itu dan skirt pendek nya sebelum ditegur oleh Encik Pengetua dan menukar stail pakaian kepada berkain pario seakan-akan berjalan di tepi pantai.
7. Cikgu Sahak - cikgu Geografi yang tegas...tapi caring macam seorang bapak....bapak yang handsome!!!
8. Ustazah Noraziah - ya ampun...seorang wanita yang tak pernah marah agaknya dia ni...dah la cun tahap dewi...
9. Ustaz Syed - sporting gila!!! memang cool!!
10. Ustaz Bagak - bagak tu nickname dia sebab aku lupa nama betul dia... Ustaz yang otak kuning sikit...eh bukan sikit...banyak...mentang-mentang la kami ni semua lelaki dalam sekolah 'all boys'... melucah je kerja si Bagak ni...huhuhu...dah la garang nak mampos!
11. Mr. Wong - cikgu kimia yang baik..best...x kan keluar kelas selagi kami tak paham apa yang dia ajar
12. Mr. Pang - cikgu fizik, seorang cina Kelantan yang sangatlah melayu cara dan perwatakannya...perkataan feveret: ooiii lembu kau!!! tak study ke???
13. Pn. Farihah - i love her!!! best!!! rindu la kat dia....dia lah yang menanam rasa cinta dalam diri ku terhadap BIOLOGY!!!
14. Mdm. ShantaDevi - cikgu bahasa perancis...banyak bagi galakan, dan merci beaucoup to u sebab bersusah payah nak tolong carikan biasiswa untuk aku sambung linguistik in french languange, walaupon aku akhirnya tidak menyahut cabaran itu..huhuhuh....tiada rezeki!
15. Cikgu Yazid - cikgu Add Math merangkap sepupu bila dia kahwin dengan akak sepupu aku. Kalau dekat sekolah mulutnye laser x ingat, tapi bila kat kampung..terus cover...hehehehe...

A Teacher with a student

Ucapan terima kasih tidak terhinggan kepada kalian wahai guru-guru ku... Tidak mampu untuk aku membalasnya...Hanya Yang Maha Kuasa lebih indah balasannya dan punya anugerah buat kalian suatu saat nanti. Kepada cikgu-cikgu lain yang tidak tertulis nama nya, tidaklah bermakna aku melupakan jasa kalian, tetapi ini adalah antara yang masuk dalam senarai FEVERET!!!

p/s: ucapan selamat hari guru selalunya adalah juga diucapkan pada abah..sebab bufday abah aku pon 16 Mei....hehehehe...

~ yoe menulis sambil terkenangkan cikgu-cikgu yang best.....

Sunday, May 10, 2009

Saya Rindu Mak

Salam Sejahtera...

Hari ini Hari Ibu...
Tidak bermakna cuma hari ini saja aku teringatkan mak
Tapi hari ini kadar ingatan adalah berlipat kali ganda dari hari-hari biasa...
Mak adalah segalanya...
Mak adalah ibu, tempat mengadu dan tempat bermanja
Mak juga tempat bergurau jenaka...tapi perlu ada batas hormatnya
Mak juga adalah salah satu sebab untuk aku mengejar cita-cita...
Kerana bila aku sudah berjaya mengejar cita-cita, mak pasti akan bahagia...
Aku pasti tidak dapat membalas segala jasa mak...
Sedikit yang aku beri selama ini tidak setanding dengan apa yang mak bagi
Jadi hanya kepada Mu Tuhan aku berserah dan memohon
Agar dianugerahkan kepada mak sebesar anugerah di dunia dan juga di Akhirat kelak..



Mak; Pn. Salmiah Hj. Absar

Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan Pn. Salmiah
Allah selamatkan kamu....


p/s: semalam borak panjang ngan mak dalam telefon...heheheh sempat jugak sentuh pasal hal kahwin...hehehehe :)

~ yoe menulis sambil teringat mak pasti akan cium aku di dahi dan pipi setiap kali nak berpisah, dari dulu sampailah sekarang... cute!!!

Saturday, May 9, 2009

Rasa sanGat suNyi

Salam Sejahtera...

Malam ini masih berasa sunyi.... masih bersendiri...rakan-rakan serumah masih belum muncul. Ruang rumah hanya dimeriahkan dengan suara dari kaca televisyen..... Pen dan kertas aku capai... lalu membiarkan ia menari di atas helaian putih itu, menukilkan untaian kata yang sederhana.... inilah:


Duduk di ruang tamu
......seorang diri
Melihat...kipas siling berputar laju
Mendengar...kisah anak wayang di kaca televisyen
Merasa...hidup yang sunyi
Merindui...

Angin menderu
Menerjah masuk
Melalui pintu hadapan yang terbuka luas
Sejuk...
Hujan mula turun

Renyai...rintik-rintik
Hujan...berubah rentak
Lebat...membasahi bumi
Hembusan bayu laut...seiring

Beginilah hidup
Ada kala rasa sunyi
Ada masa rasa sepi

Kesunyian mencengkam
Suara sang cengkerik...jelas kedengaran
Bersahutan..

Benarlah...
Kesunyian mengajar kita
Untuk menghargai insan sekeliling
Ketika mereka ada...




~ yoe menulis sambil melihat titis-titis hujan..... kesejukan menambah mood kesunyian di malam hari...

Thursday, May 7, 2009

Aku rasa bosaN

Salam Sejahtera...

Saat ini, aku keseorangan. Di rumah tiada orang kerana rakan-rakan serumah ada agenda mereka:

1. Nicky - pulang ke kampung yang jauh......di Setiu; selepas lama tidak pulang ke sana.

2. Angah - juga pulang ke kampung yang lagi 'jauh'..... di Kuala Bekah, daerah Kuala Terengganu; selepas 'lagi lama' tidak pulang ke sana.

3. Azan - semalam dia ada bagitahu nak pergi mana entah..aku tak ingat.. huhuhu..


Mereka tiada...tapi aku ada...tetap ada di sini..di rumah sewa kami.. seorang diri...aku rasa sangat bosan dan boring.....

Yang telah aku lakukan dan bakal aku lakukan serta perlu aku lakukan buat masa ini:

1. Dah makan nasi goreng dengan sambal udang..masak sendiri masa nak buka puasa tadi..

2. Tadi tengok cerita hantu Keliwon kat tv3 sorang-sorang...gila berani!! hahahah...

3. Main facebook dan chatting

4. Study untuk exam IELTS; tarikh exam yg dah confirm adalah pada 20 Jun 2009

5. Hilangkan rasa boring dan bosan....buat kerja-kerja berfaedah...

6. Dekatkan diri pada Tuhan.... kerana Tuhan itu sentiasa ada menemani kita... InsyaAllah..


Main songkok dan main ambil gambar dekat webcam.... adakah ini perkara yang perlu dilakukan??? hehehehe :p


~ yoe menulis kerana bosan.... plus boring

Wednesday, May 6, 2009

Kisah dua burunG

Salam Sejahtera...

Kali ni nak cerita tentang kisah dua ekor burung...dari pandangan dan lirikan mata Sang Manusia..

Tadi sangat panas...terik bahangnya
Ku ayunkan langkah kaki
Sebatang pokok dengan ranting-ranting kecil....
Menjadi tempat berteduh daripada panas sinar mentari

Angin sepoi-sepoi menderu
Mendesir dan menyapu telinga.... damai rasa
Telinga menangkap bunyi
Mendecit-decit...
"Itu bunyi burung" kata hati kecilku
Mata memandang ke atas
Sepasang burung kelihatan bertenggek di ranting kayu

Berduaan..mesra..manja..
Tafsiran dari kaca mataku

Tiba-tiba... seekor burung itu menguakkan sayapnya..
Terbang ke ranting lain..
Meninggalkan yang seekor lagi..

Kenapa ye?
Aku panjangkan tengkuk...jinjangkan leher..
Melihat-lihat ranting di sana..
Oh rupa-rupanya ada seekor burung lain di situ..
Indah bulunya...tersusun rapi
Cantik paruhnya...terukir seni

Kini di hadapanku ada dua ranting yang dihinggap burung
Ranting itu..seekor burung kesepian, ada
Ranting itu pula..sepasang burung bertemu, ada

Sekarang sudah redup..tidak panas terik lagi
Aku sambung langkah kakiku..
Sambil menoleh ke belakang
Melihat burung-burung tadi..
Sesekali burung-burung yang berada di ranting berbeza..
Tetap berpandangan sesama mereka..

Hati berkata
Indahnya ciptaan Tuhan
Indah juga Kuasanya
Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mengetahui
Melebihi dari apa yang kita tahu


~ yoe menulis dan membayangkan burung-burung di ranting itu... sambil berkata "saya akan menulis lagi"

Monday, May 4, 2009

My Bestfriend's Wedding - a full story edition

Salam Sejahtera…

p/s: ps kali ini diletakkan di bahagian atas, untuk memberi AMARAN bahawa tulisan ini agak panjang dan mungkin agak membosankan….tapi ini lah yang berjaya menyusur di helaian putih Microsoft Word di paparan laptop aku ini…… Kalau sudi, silalah baca sampai habis...kalau nak tengok gambar, sila refer entry sebelum ini.

Perkahwinan merupakan suatu perkara yang cukup indah. Dalam Islam, perkahwinan merupakan suatu sunnah nabi dan dituntut agar dapat mengembangkan zuriat secara halal dan sekaligus mengelakkan maksiat. Tapi perkahwinan yang dimaksudkan hanyalah perkahwinan yang memenuhi tuntuan syarak, terutamanya ia wajib melibatkan pasangan yang berlainan jantina.; LELAKI dan PEREMPUAN. Tidak bermaksud untuk bersifat homophobia, tetapi inilah hakikat yang perlu dipegang oleh kita dalam memenuhi fitrah kejadian manusia.

Tidak berniat memberi ceramah tentang alam perkahwinan; kerana aku bukan lah orang yang alim dan arif tentang perkara ini, tulisan kali ini hanyalah bersifat santai dan menunjukkan apresiasi aku kepada seorang teman, sahabat dunia akhirat aku, Daus yang baru melangsungkan pernikahan dan perkahwinan.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah Rabbul Jalil, pada 1 Mei 2009, hari Jumaat, tepat jam 11.50pg, sahabat aku dunia akhirat, Firdaus Hj. Nawi selamat dinikahkan dengan pilihan hati Wan Nadilah Adibah Wan Ahmad. Alhamdulillah juga, akad sah diterima hanya dengan sekali lafaz. Sekelip mata sahaja, sahabat aku telah bertukar status dari anak teruna kepada suami orang. Tanggungjawab besar menanti anda wahai sahabat!

Aku antara yang hadir dan melihat peristiwa bersejarah itu. Doa dibaca tanda syukur atas sepasang lagi anak cucu Adam yang mengikut sunnah nabi dan menghalalkan apa yang haram di sisi Tuhan. Selesai makan tengahari di rumah pengantin perempuan, kak Na (panggilan aku pada pengantin perempuan) jemput naik ke rumah untuk mengajar aku memakaikan kain samping ikatan bunga untuk hari persandingan esok; kerana aku ditugaskan untuk menyiapkan pengantin lelaki tanpa bantuan juruandam professional. (Mati lah aku, jadi bidan terjun….mak aku pon gelak masa aku bagitahu tentang perkara ini). Tapi takpelah untuk cari pengalaman dan untuk hari penting sahabat aku, aku rela dengan hati terbuka dan senang hatinya. Apa salahnya membantu orang. InsyaAllah satu masa aku pula perlukan bantuan orang, siapa yang tahu kan???...

Selesai belajar dengan beberapa kali praktikal dengan kak Na, aku drive balik ke rumah Daus dengan ditemani Nik, housemate aku. Daus pon ada sekali. Sampai kat rumah Daus di Binjai, KB, Kelantan…macam biasa..rehat-rehat..sempat juga tidur sebab mengantuk drive. Daus pon kata, dia tak rasa apa-apa lagi, tak rasa macam suami orang. Aku balas kat dia, biasa lah, baru-baru lagi..tak rasa kemanisan dia lagi….Daus pon sering kali tersasul sebut kak Na as his awek, instead of his wife….. heheheh… so funny and cute la mamat ni….hahahaha…

Malamnya, kitaorang berehat macam biasa. Sempat berjalan-jalan di Bandar KB, tengok Sua Rasa kat Stadium Negeri. Dalam jam 11.30mlm pula, ikut family Daus, pergi beli barang-barang mentah untuk persiapan masak lauk pengantin dan hantaran, untuk final preparation dekat Wakaf Che Yeh. Jam 2pg baru balik ke rumah, perut lapar la pula..masuk dapur nampak ada nasi arab dari rumah kak Na tadi. So kami bertiga pon melantaklah sepuasnya sebelum masuk tidur. Esok pagi kena bangun awal untuk siapkan pengantin laki.

Hari Sabtu, 2 Mei 2009, hari ini majlis perkahwinan di rumah kak Na. Dalam jam 10pg, aku dah siap pakai baju melayu dan bersamping. Lepas Daus siap mandi, aku siapkan Daus pula..pakaikan baju luar saja, sebab pakaian lengkap akan aku siapkan di rumah persinggahan rombongan pihak lelaki di Kuala Besut nanti on the way ke rumah kak Na. Semua dah siap, dalam 10 buah kereta kalau aku tak silap, kami memulakan perjalanan ke rumah pengantin perempuan. Campur dengan sesat dan tersekat dengan jalan yang sedang dibaiki, dalam kul 12.30 sampai di rumah Paksu Daus kat Kuala Besut. Kat situ makcik-makcik semua buat final touch up kat dulang hantaran, aku pula siapkan Daus dalam bilik dengan kain samping, keris, tanjak, baju sarung luar, bedak muka dan gincu bibir sikit-sikit. Kemudian teruskan perjalanan, jam1ptg, sampai di rumah pengantin perempuan. Majlis persandingan mula jam 1.15ptg. Berpeluh-peluh juga lah aku mengapit pengantin ni bersama adik kak Na, nama Najwa as a pengapit pengantin perempuan. Selesai adat mengenal, makan-makan di meja pengantin dan sesi bergambar, tukar-tukar baju pon mula. Sementara keluarga Daus dan rombongan dah bertolak balik, aku dan Nik pula stay di chalet yang kak Na dah book. Malamnya, Daus bermalam di rumah isteri dia.

Hari Ahad, 3 Mei 2009, majlis di rumah pengantin lelaki pula. Dalam jam 7pg, kitaorang dah bertolak balik ke rumah Daus di Binjai, KB, Kelantan. Sampai je kat sana, terus tolong-tolong orang kampong…siapkan tempat masak, angkat periuk dan kawah, kacau daging dalam kawah, dan macam-macam lagi. Penat gila!!!! Tapi takpe, apa salahnya tolong sikit-sikit. Jam 11pg, makcik dah bising, suruh aku siapkan Daus. Aku pon siap-siap dulu, dah siap, baru aku suruh Daus mandi..then, baru siapkan Daus. 1st baju kat rumah Daus color kuning, lebih kurang macam color kat rumah baju kak Na, tapi fesyen dia lain sikit.

Jam 12 tgh, rombongan pengantin perempuan sampai..terus majlis persandingan start. Tapi majlis hari ni simple je, just bersanding dekat pelamin tanpa ada acara tepung tawar macam semalam, bergambar dengan family, lepas tu pengantin turun makan di meja pengantin. Tugas mengapit pon sekejap je hari ni..Cuma aku jadi org tengah sebab makcik asyik pesan kat aku suruh segerakan majlis. Sementara tunggu pengantin makan, aku lepak-lepak dengan kawan-kawan yang datang. Kawan dari UMT, kawan-kawan dari UPM pon ada termasuk Prof. Zamri dan Dr. Sabri. Siap makan, majlis bergambar pula di pelamin bersama keluarga dan kawan-kawan.

Then, siapkan Daus untuk 2nd baju pula, color merah maroon…cantik baju ni, aku suka! Lepas siapkan Daus, sediakan meja untuk acara potong kek, Makcik suruh aku sediakan kek kat meja tu. Lepas dah ready, acara potong kek pon mula. Lepas family kak Na balik, kami kawan-kawan sambung sesi bergambar dalam bilik pengantin pula…hehehehehe… syok!!!

Dah siap semua, dalam jam 3ptg, baru aku sempat makan dengan Nik, kak Na dan Daus teman makan. Lepas tu makan kek kat runag tamu sambil tunggu kalau-kalau ada lagi tetamu dan waris keluarga pengantin yang datang. Dah siap semua, Daus layan keluarga dia..so aku yang kepenatan ni..ambil kesempatan tidur dalam bilik; bilik pengapit ye, bukan bilik pengantin…heheheheh…Nik pon tidur juga, sian Nik, sure dia penat kemas tempat makan, angkat meja, angkat kerusi, lap semua kerusi..sian dia!

Jam dah menunjukkan 6ptg, aku dan Nik dah siap-siap nak balik ke KT. Daus panggil makan lagi sebelum balik. Makcik pula siapkan lauk-lauk kenduri, dan door gift untuk kami. Dah siap masukkan barang-barang dalam kereta, salam makcik dan pakcik, salam Daus dan ucap selamat kat kak Na juga….kami pon berangkat balik ke KT tepat jam 6.30ptg... masa nak balik ni rasa nak nanges pulak..hehehehe... touching la pulak kan...

Dalam jam 8mlm lebih, kami sampai kat rumah kami di KT. Alhamdulillah satu misi membantu hari bersejarah seorang sahabat telah berjaya aku lalui dengan jayanya. Terima kasih juga Nik sudi luangkan masa teman aku, tak pasal-pasal ko pon penat sama…sorry!

yoe with F&N; Firdaus & Nadilah


~ yoe menulis dengan merasai manisnya erti persahabatan... Alhamdulillah Syukur Ya Allah Rabbul Jalil!

My Bestfriend's Wedding - photo edition

Salam Sejahtera...

Untuk kawan-kawan yang tak dapat datang, ini gambar-gambar majlis pernikahan dan perkahwinan my bestfren dunia akhirat; Firdaus Hj. Nawi


Daus get ready for akad nikah

Kak na sabar menunggu...

Akad nikah...Alhamdulillah sekali lafaz

U r already a husband rite now dude!!!

Posing with cek hantaran ..

Both of u r my bestfrens

Sesi siapkan pengantin

"Jgn ketat sangat yoe..x bernafas aku atas pelamin nanti" kata encik pengantin.

" Hensem x aku???" kata encik pengantin lagi.

A sweet mempelai

Tepung tawar oleh ibu pengantin perempuan

Renjisan air mawar oleh ibu pengantin lelaki

Jom turun makan

"Meh abang suap kan sayang" kata encik pengantin lelaki.

"Abang makan bang" kata cik puan pengantin.

Rakan-rakan yang memeriahkan majlis

Sama cantik sama padan kannnn??!!

Jangan risau..now dah halal!!!

Gurlz ambil berkat pengantin perempuan

All boyzz!!!

A lovely wedding cake!!


p/s: for a full story...refer next entry...


~ yoe menulis (mengupload gambar sebenarnya) sambil teringat ketika berada di meja makan pengantin dan tidak lalu makan akibat kepenatan....

TunGGu dan tunGGu

Salam Sejahtera...

Oleh kerana dalam blog nik (http://www.zoncapriku.blogspot.com) ada menyebut, bahawa jika nak tau lebih lanjut cerita dan berita pasal perkahwinan Saudara Firdaus dan Saudari Nadilah, sila layari blog saya ini....maka saya minta maaf kerana sampai ketika dan saat ini, saya masih belum sempat untuk mengarang dan post cerita dan gambar-gambar berkaitan peristiwa manis ini.

Update akan menyusul selepas saya agak free tidak lama lagi..InsyaAllah!

p/s: dah 3 hari tak masuk lab..perlu selesaikan labwork terlebih dahulu... maaf ye.

~ yoe menulis dengan rasa penuh kelegaan!

Friday, May 1, 2009

Aku ada tuGas

Salam Sejahtera...

Esok pagi, 1hb Mei, 2hb dan 3hb adalah hari penting for my bestfrenz... dan aku ada tugas untuk membantu dia.

Esok akan bertolak ke Besut, untuk majlis akad nikah dia dan lepas tu jadi pengapit dia di kedua-dua majlis; rumah pengantin perempuan dan pengantin lelaki - 1st time jadi pengapit ni

Malam ni dah siapkan semua...dan esok,awal-awal pagi dah kena bertolak untuk sempat sampai di Besut sebelum pukul 10pg. Hopefully everythin' will be okay!

Wedding present (yang ala kadar) dah siap bungkus...


Dua helai baju melayu mengikut tema di kedua-dua rumah pengantin dah siap iron..



Kain samping dah siap lipat dan songkok hitam..get ready dengan beg!




So hopefully esok tak terlewat bangun... barang semua dah siap..esok tinggal nak drive je, only with Nicky.....sebab Angah tak jadi ikut.....(so boring sebab takde orang nak bising-bising dalam kereta)


p/s: segera tidur...jangan terlewat bangun ye!! (pesan kat diri sendiri!!)


~ yoe menulis sambil menikmati muffin manis 'buatan' Nicky dan dibantu oleh Mr. Giant bukan Mr. Mydin okay!!!