Salam Sejahtera…
Sebenarnya, dah tengok movie ini lebih kurang sebulan yang lepas, kira-kira 2,3 hari selepas movie ini memenangi Anugerah Filem Terbaik di Anugerah Oscar 2009. Sebagai seorang peminat filem khasnya filem yang betul-betul menarik perhatian aku (terutama selepas membaca kritikan membina dari pelbagai laman web rasmi dan bebas) tertarik betul untuk aku menulis sesuatu tentang filem ini (dah tengok 2 kali setakat ini)
Aku juga perlu mengaku bahawa aku bukan lah seorang yg professional mahupon akademia di bidang perfileman. Jadi segala pandangan aku hanyalah berpaksikan kepada minat dan rasa kagum seorang penonton filem terhadap sesebuah filem yang ditontoninya.
“Slumdog Millionaire”
Itulah tajuk filem ini yang dikategorikan sebagai filem indie (skang ni semua benda nak indie) kerana dihasilkan dengan bajet yang rendah dan di keluarkan oleh produksi yang kecil.
Filem ini dimulakan dengan keadaan si hero yang di soal siasat di balai polis dengan keadaan yang sungguh menyakitkan mata (seksa betul) akibat tuduhan menipu ketika menjawab semua soalan dalam program Who Wants To Be A Millionair versi India. Kemudian, untuk menerangkan kepada pegawai polis itu, bagaimana beliau dapat menjawab semua soalan itu dengan tepat, maka bermulalah flashback sejarah hidupnya sejak kecil dan bagaimana semua kejadian yang berlaku terhadap dirinya adalah klu ataupon petunjuk kepada setiap soalan yang diajukan kepadanya. Itu sahaja!!! Ringkas tetapi diolah dan diperindah dengan realiti kehidupan yang agak menjijikkan. Tetapi, sememangnya yang benar itu memang sakit dan pahit untuk ditelan.
Ada beberapa perkara yang bersifat realiti tetapi diangkat sebagai ilusi perfileman bagi memantapkan roh dan manhaj susuk filem ini:
1. Seperti yang diketahu ramai, kemiskinan integriti dalam diri penjawat awam ketika melakukan tugas mereka – babak ketika anggota polis menyoal siasat watak si hero. Sungguh melanggar hak asasi manusia, saya kira!!
2. Keadaan setinggan yang amat-amatlah menyedihkan. Bayangkan dalam tahun 2009, tandas angkut masih lagi beroperasi di Negara India. Oh my God!! Patut la penyakit taun dan cirit-birit menjadi antara penyumbang terbesar kematian di Negara Ghandi itu. Rupa-rupanya bakteria Salmonella sp. dapat hidup dengan sihat walafiat di sana akibat habitat yang sungguh selesa bagi mereka menjalankan tugas memberi kesakitan dan penyakit kepada manusia yang tidak mementingkan kebersihan – babak si hero waktu kecil terperangkap dalam tandas, dan kerana terlalu ingin bertemu si Amitabh Bachan yang singgah di kawasan tersebut, sanggup terjun ke bahagian bawah tandas yang dipenuhi dengan najis manusia dan berlari menuju ke arah aktor idolanya.
3. Konflik agama masih menebal antara Hindu dan Islam di sana. Kasihan. Sedih – babak si ibu yang mati akibat dilibas dengan parang ketika sedang membasuh pakaian oleh penyerang-penyerang beragama Hindu yang membunuh siapa sahaja yang berada di kawasan penduduk Islam.
4. Industri (kalau boleh digelar industri la…) Penyalahgunaan Kanak-kanak sebagai peminta sedekah sangat berleluasa – babak kanak-kanak diculik oleh sindiket dan dikerah meminta wang dari pemandu-pemandu kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
5. Pembahagian kekayaan yang tidak sekata menyebabkan kelompok pertengahan seolah-olah tidak ada dan tidak pernah wujud di sana – babak menunjukkan rumah si kaya seolah-olah istana, sedangkan kawasan setinggan seperti kawasan pelupusan sampah.
Itulah yang ditunjukkan dalam filem ini. Realiti. Namun ada beberapa perkara yang boleh diangkat sebagai nilai moraliti yang tinggi yang mungkin boleh dicontohi dan dijadikan iktibar dalam kita menjalani kehidupan seharian:
1. Tidak putus semangat – sangat banyak babak yang menunjukkan keadaan seperti ini. Babak hero hidup sebatang kara bersama abangnya di tapak pelupusan sampah selepas kematian ibu. Babak melarikan diri daripada cengkaman sindiket. dan sebagainya.
2. Pendidikan adalah satu kemestian – babak di mana si ibu tetap menghantar anak-anaknya ke sekolah walaupon keadaan kelas yang sempit dan cuma duduk di muka pintu mendengar ajaran cikgu.
3. Berdikari dan pandai mencari peluang – babak si hero menjadi pemandu pelancong di Taj Mahal dengan berbahasa inggeris berkomunikasi dengan para pelancong.
4. Yakin dan berhati waja – babak ketika si hero menjawab soalan dalam program WWTBAM itu lah.
5. Solat adalah keutamaan – walau sejahat mana pon kita, solat tetap ditunaikan, sama ada diterima atau pon tidak, itu kerja Tuhan. Babak si abang yang tetap menunaikan solat ketika hujung-hujung filem.
6. Pasrah dan redha dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Tuhan buat kita – babak si hero menunggu si heroin ketika di stesyen kereta api lah..babak mana lagi kan??!!! Hehehhe…

p/s: Teringat satu lagi filem indie yang menang Anugerah Filem Terbaik Oscar, x ingat tahun berapa, masa filem tu kalahkan Brokeback Mountain. Tajuk filem tu, Crash. Pon sangat best dan ada dvd filem tu.
~ yoe menulis sambil dengar Lagu Terbaik Oscar, Jai Ho, tapi versi baru nyanyian Pussy Cat Dolls....
2 comments:
salm,tertarik dgn ini..huhu..so rse nk comment since x body comment yet..
5. Solat adalah keutamaan – walau sejahat mana pon kita, solat tetap ditunaikan, sama ada diterima atau pon tidak, itu kerja Tuhan. Babak si abang yang tetap menunaikan solat ketika hujung-hujung filem.
yea..btul tu tpi my opinion lah..personal opinion la..kat babak tu dier cam 'maen2x lak ngan agama', still remember his dialogue..
'oh Lord forgive me, i know this a sin...blablalaa'
bukan ker, syariat ckp aper tu??Matlamat tak menhalalkan cara..huhu..for me lah..if i wrong..let me knoe..peace =)
tq cik ika..
sudi masuk ke sini dan sudi memberi komen..
ye la, betul la tu, sebab kita kan tau, kalo seseorang tu solat, tapi masih melakukan maksiat, itu bermakna solatnya tidak sempurna sehingga solat itu tidak mampu menjadikan dia menjauhi maksiat.
by the way, sama ada solat itu diterima atau tidak, bukan la hak seseorang manusia untuk menentukannya. itu adalah hak mutlak Yang Maha Kuasa.
tentu kita masih ingat, kisah seorang pelacur yang diberikan Syurga oleh Allah Rabbul Jalil hanya semata-mata memberi minum kepada seekor anjing dengan memasukkan air ke dalam kasutnya dan menuang ke dalam mulut anjing itu.
sesungguhnya, keredhaan Allah adalah segala-galanya!!
Senyum!!!
Post a Comment