Tuesday, March 24, 2009

Birokrasi atau Prosedurisasi???

Salam Sejahtera...


Kes 1:


Masalah pendaftaran sambung belajar di Sekolah Sisiwajah (bukan nama sebenar). Walaupon nak sambung di tempat sendiri (bukan jauh ke luar negara pon) tapi tetap berhadapan dengan masalah-masalah yang memerlukan aku turun naik bertemu seorang pegawai demi seorang pegawai dari satu pejabat ke satu pejabat.


Peg. Sisiwajah: Awak x boleh daftar ni Azrul, sebab awak x serahkan surat pengesahan tanggungan pengajian dari Kementerian Pengajian Tertinggi (KPT) (bukan kementerian sebenar).


Aku: Tapi encik, Pihak Pendaftarina (bukan nama sebenar) kan dah bagi surat pengesahan yang menyatakan saya memang akan ditanggung oleh KPT. Cuma pihak KPT x boleh serahkan lagi surat tu selagi saya belum ambil exam IELTS. Exam IELTS pula saya hanya boleh ambil pada pertengahan bulan Mei nanti, sebab ramai orang dh line up for that exam. Masa tu, offer letter saya ni dah x valid sebab valid sampai sem ni je. Sem ni kan abes hujung bulan April. Macam mane ni encik?

Peg. Sisiwajah: Saya memang x bole buat ape-ape..sorry!! (kedengaran suara yang agak fed up melayan panggilan aku)


Kemudian menelefon seorang pembantu pentadbiran di Pejabat Pendaftarina, Kak Zuzu (bukan nama sebenar).


Aku: Kak, macam mane ni? (sambil menceritakan keadaan sebenar)


Kak Zuzu: Entah la Azrul, akak pon x tau. Patutnya, sesama staf ni, staf yang nak sambung belajar di tempat sendiri, x payah la berkira sangat. bukannya kita nak lari ke mana-mana pon, lagi pon kita kat Pejabat Pendaftarina dah keluarkan surat pengesahan kan....macam ni la. Azrul datang sini, kita jumpe bos besar..

Saya pon bergerak ke sana.


En. Zaizaididi (bukan nama sebenar): Hah, ye Azrul ape cerita?


Aku: Gini encik......bla...bla....bla....bla....bla.....


En. Zaizaididi: Buat surat...bla..bla..bla..bla....




Kes 2:


Masalah kerosakan modem streamyx di rumah sewa aku dan berurusan dengan TM


Rosak pada hari sabtu.


Bermula hari Ahad, laporan telah dibuat pada pihak TM.


TM: Okay encik Azrul, petang ni kami akan datang dalam pukul 2 atau pukul 3 ptg. En.Azrul tunggu ye.


Aku: Ok. Saya tunggu. Tolong hubungi no hp saya sebelum nak dtg.


Dari pukul 2 sampai la pukul 4 ptg aku tercongok tunggu kat rumah, TM x datang-datang juga.


Hari Isnin, aku call lagi pihak TM. Bila aku balik rumah dalam pukul 5.10 petang, ade satu memo dari pihak TM dekat pagar rumah. Memo itu berbunyi:

" Pelanggan tiada di rumah ketika kami datang. Sila hubungi kami semula dari jam 5.00 hingga 5.20 petang". Memandangkan masa tu, baru jam 5.10 petang, aku pon terus call no yang ada pada memo itu.


TM: Ye encik, ada ape?


Aku: Saya baru sampai ni, dan ada memo...bla...bla...bla...Kenapa x call saya dulu sebelum nak datang, kan saya dah kata sebelum nak datang call saya dulu. Awak assume saya nk ada di rumah setiap masa tunggu awak datang??? suruh orang yang datang tadi, datang sekarang.


TM: Maaf encik, dioarang dah balik ke office agaknya, dan diaorang x bawa hp. So, esok je la ye! (terus meletakkan telefon).

Aku Geram!!!


Hari ini selasa, aku call lagi. Selepas bertegang urat, akhirnya bersetuju untuk datang ke rumah aku.


Lepas datang, masalah masih belum selesai, kerana barang sparepart x cukup, x sesuai dengan kehendak aku. Aku nak modem wireless, yang dia bawa modem biasa, sedangkan dah dilaporkan masa membuat laporan.


Orang yang datang baiki: Encik kena pegi bandar ni, pergi office sana.


Memenatkan!


Sampai kat kaunter.


Orang di kaunter: Encik kena naik tingkat 1 ye.


Orang tingkat 1: Maaf encik, encik duduk dulu.


Aku duduk.


Orang tingkat 1: Maaf encik. Kami xde stok. Encik kena pergi HQ kami di Jalan Air Jernih. Encik jumpa dengan Tengku Halim kat sana.


Sampai di HQ.


Aku: Boleh kami jumpa Encik Tengku Halim?


Orang HQ: Adik duduk dulu, Encik Tengku tengah enganged kat telefon.


Aku tunggu.


Akhirnya, Encik Tengku Halim muncul...dan telah menggantikan modem wireless yang baru, siap tolong macam-macam lagi...for the setting and so on!!

Mujurlah encik sorang ni x lekang dari senyuman dan cakap pon lemah lembut, terus sejuk hati!



p/s: memang macam ni ye urusan sekarang ni....merumitkan dan sangat mencuri masa kita!!! Cerita di kedua-dua kes ini tersangat-sangat lah telah diringkas dan dipendekkan akibat x larat nak menaip dengan panjangnya.


~ yoe menulis setelah kepenatan turun naik tangga dan berjumpa segala macam orang di beberapa tingkat!!!

7 comments:

Alex Madina said...

biasa berlaku bila ada oligopoli(dlm kes TM), maklum lah tak ada pesaing lain, layan pengguna macam anjin*....

azrullokman said...

terima kasih kerana sudi bace entry ini ye bang!! heheheh...betul la bang, terasa seperti bola plak, di golek ke sana dan ke mari!! huhuhuh....

Rahyla Rahmat said...

wah...tetiber terbayang muka azrul ketika menjadi pendebat terbaik untuk mempertahankan premis....kihkihkih...weeeeeeeeeeee!!!

art said...

nasib baik harituh ko tak pakai heelskan!!! Lumrahlah ni kalau nak berurusan dengan sesetengah jabatan yang masih belum masuk Buletin Utama. Ko buat je komplen dalam media...harus perbaiki keadaan...Jabatan Pendaftaran, imigresen dah berubah

azrullokman said...

amboi yla...xde maknanye pendebat terbaik...saye biase2 jer...

azrullokman said...

betul la abg art....kalo mcm ni kan...mane la org ramai x fed up!!!

Anonymous said...

takder maknernyer...masih ingat ketika kamu berhibernate sebentar kemudian terus masuk pertandinga "debat alam sekita" antata geng2 IT...dan Geng2 Demi...hehehe!!!
azrul dinobatkan pendebat terbaik wokeh....weeeeeeeeeeeeee

yla