Friday, March 27, 2009

Cuba

Salam Sejahtera...

Ada beberapa perkara yang memerlukan aku untuk cuba melakukan beberapa perkara untuk menjadikan keadaan lebih baik dari sebelumnya. Kita kan dituntut untuk hari ini adalah lebih baik dari semalam...heheheh, so tak salah untuk cuba menjadi lebih baik keadaannya. Chewahhh (bukan nama orang, Che Wah ye) !!!!!

1. Petang tadi, baru timbang badan, dan angka yang menjadi tempat berhenti untuk jarum penimbang itu adalah pada angka di bawah ini. Dengan ketinggian aku 173cm, bacaan BMI aku adalah 21.72. IDEAL....dan MASIH IDEAL (dulu pernah mengalami underweight, malu!!). Tapi disebabkan sifat paranoid yang ada kat aku ni, aku rasa aku mesti cuba melakukan sesuatu untuk mengurangkan berat badan aku (perut dah semakin maju ke hadapan bila nafas tidak ditahan dengan baik).

- kurangkan makan nasi, memang dah lama amalkan (hanya makan nasi untuk lunch, dinner x makan nasi.

- mesti diteruskan, juga lebihkan jus buah, lebihkan sayur (saya memang peminat sayur!!!) dan lebihkan jambu batu!

- cuba untuk disiplinkan diri bersenam (saya dah lama x buat sit up dan joging petang-petang tepi pantai).... bila nak start semula ni...huhuhu :)

Berat aku sekarang...masih dalam range 62 - 65 kg


2. Labwork aku semakin lambat (mungkin juga facebook menyumbang ke arah ini), kerana duit geran xde. Geran yang dulu dah habis, sebab terpaksa share 2,3 orang..so sempat beli chemical je, sekarang nak beli white rats as animal lab pon dah xde duit. So baru saja dapat penyelesaian setelah berbincang dengan Ketua Jabatan aku yang baik hati...so, animal akan dapat setelah proses pembayaran selesai (nak kena deal dengan pihak bendahari, so x tau la nak kata boleh settle cepat or lambat).

- aku akan cuba untuk lebih disiplinkan diri, sekarang pon dah mula sebenarnya, x kan online dari jam 10am sampai 5pm. Fokus lebih pada kerja lab.

- akan cuba tabahkan diri untuk bermalam di lab seperti dulu-dulu (khasnya untuk kerja-kerja histology nanti).

- cuba buat perancangan kerja dan cuba mengikut segala perancangan.


3. Aku seorang yang boros dan bersifat agak shophoholic (agak ke, ke memang betul??). Mempunyai perancangan dan pengurusan yang teruk tentang kewangan diri sendiri. Jadi aku perlu berubah dan lebih bersifat jimat-cermat dan berhemah ketika berbelanja.

- Cuba untuk kawal nafsu membeli

- Cuba untuk kurangkan menjejakkan kaki ke shopping complex!!!

- Cuba untuk asingkan duit awal-awal pada ketika gaji masuk dan terus simpan di tempat yang susah untuk dicapai mahupon di cuit-cuit oleh tangan yang gatal ini!!

p/s: cuba dan mesti disiplin!!!


~ yoe cuba!!! cuba yoe!!

2 comments:

Alex Madina said...

hmmmm...dah nak masuk april, baru nak buat azam tahun baru ke? tak pe, biar lambat asal sampai, ala-ala kura-kura yang berlumba gaytuuuu

yoe said...

hehehhehe...yoe ni kan bang, x penah buat azam tau!!! ni kira kalo pon bole dipanggil azam, mesti sgt penting, sbb tibe2 terasa nk buat..so semangat utk tunaikan sgt tinggi!!!