Thursday, March 12, 2009

Berterima KasiH

@ The Garden

@ Alamanda

Nasi beriani gam putrajaya, tq lalan...

Erkkk, Alhamdulillah...

Nematode sampel at VRI ipoh

Tengah tunggu Cikgu Meor jemput ke rumah dia

Padang ragut UPM

Aksi Cik Dijah ber'kongsi ilmu'

Kenapa muka saya macam terkejut???

Dr. Chandra yang baik hati..

Ahli-ahli mesyuarat


Salam Sejahtera...


Kurang sihat, tapi rasa macam nak menulis...bukan sesuatu yang serius, sekadar untuk berterima kasih kepada beberapa orang yang sudi menghulurkan bantuan kepada aku sepanjang berada di beberapa tempat dua tiga minggu yang lepas.

1. Cik Puan Dijah Saad

Terima kasih kerana membantu saya dalam menyediakan slaid pembentangan untuk mesyuarat kumpulan penyelidikan kita di VRI Ipoh, menguruskan bilik penginapan saya dan sudi mendengar masalah saya ketika di sini dan ketika di sana... hehehhe..juga teman bergossip!!!

2. Dr. Chandrawatani

Terima kasih Dr atas segala perhatian dan nasihat Dr selama saya mengenali Dr. Indahnya Malaysia. Walaupon berlainan agama dan bangsa, namun jasa dan tunjuk ajar Dr tidak bersempadan. Terima kasih atas buku-buku dan tesis PhD yang Dr bagi itu.

3. Cikgu Meor

Terima kasih kerana sudi menjemput saya dan menghantar saya ke stesyen bas Ipoh... juga sudi mengajak saya datang bertandang ke rumah keluarga kamu (sedap sungguh masakan ibu kamu yang berjiwa politik itu).

4. Encik Dahlan

Terima kasih kerana sudi menumpangkan saya di bilik hostel kamu di Kolej 17 UPM. Juga sudi membawa saya berjalan-jalan ke Kl, Putrajaya, dan sebagainya. Sedap betul nasi beriani gam putrajaya yang kamu belanja itu. Juga kerana sudi melayan kerenah saya untuk bergambar sakan di padang ragut UPM petang itu. Dan juga berpenat lelah menemani saya window shopping ke Midvalley, The Garden, Times Square dan Alamanda.

p/s: berkawan biar seribu....lagi senang kalau ada ramai kawan di mana-mana sekali pun..


~ yoe menulis sambil berdoa semoga Tuhan merahmati kalian...


4 comments:

Khadijah said...

gituh...........
Selamat kembali dan jangan asik main FB sajer..hiks *pesanan penaja*

artisticklytouch said...

oi...ai-hong kat Kolej 17!!!

kat padang ragut tuh pun nak bergambar ke??? 4 tahun sengah aku duk situ, tak tergamak aku berbuat demikian he he

yoe said...

ai-hong??? ape tu??

ala abg art..sbb saye x dpt study kt situ la...saye teringin nk begambo kt situ...hahahah...

Encik Ayie Yang Garang said...

pellamakkkkk! sangat intelektual la incik azrul! saya suka lah!!