Saturday, April 16, 2011

Ikhlas dari Hati (i)

Salam...



Kita dah macam adik beradik
Sangat rapat
Terangat dekat
Adakala aku jadi pendengar masalah kamu
...dan adakala aku mengadu masalah ke kamu
Sampai suatu saat aku ter'suka' ke kamu
Perasaan itu tidak dibuat-buat
Ia datang dengan sendirinya
Tapi kamu sudah punya dia
Dia tau aku suka kamu
Hinggakan antara aku dan dia macam plastik bila bersua muka
Tapi aku sikit pon tak pernah berniat nak merampas kamu dari dia
Asalkan dia menjaga kamu dengan baik
...dan itu adalah suatu perkara yang dia tidak lakukan
Aku bukan hanya melihat
Tetapi juga mendengar sendiri pengakuan kamu bahawa kamu sering terluka kerana dia
Kalian sudah sering putus, tetapi masih aja berbaik semula
Kata2 maaf seperti berada di pinggir bibir nya
Hanya senang ditabur, tetapi tidak pernah dikota
Kesalahan yang pertama kali adalah kesilapan
Tetapi kesalahan yang berulang kali adalah kebodohan
Aku marah kamu kerana kamu membiarkan diri kamu terus dilukai
Aku geram kerana kamu tidak bertegas dalam hal ini
...dan membiarkan diri kamu terus terluka dan diinjak gara2 cinta
Kalau menurut kamu penderitaan itu adalah sebuah cinta yang membahagiakan
Aku akan sentiasa menyokong kamu
Walaupun setiap saat melihat kamu terluka dan berduka memberi kesan kepada aku
Namun apalagi yang bisa aku lakukan
Kerana aku sudah berterus-terang dan cuba menyedarkan kamu
Tapi tetap juga kamu berpaut pada dinding yang tidak berpaku itu
Tidak mengapalah...
Selagi kamu masih punya kekebalan di atas penderitaan
Aku sentiasa bersedia untuk menyambut kamu andai suatu saat kamu tidak mampu lagi berpaut kepada nya
...........












~ Yoe menulis di Excelso Sun Plaza Kota Medan.... sambil ngopi dan menunggu John :)


No comments: