Friday, September 11, 2009

Pesan buat aku

Salam Sejahtera...

Rasa nak tulis sesuatu, tangan ditarikan, ikut kata hati, tulis pasal pesanan. Mari kongsi.


Abah selalu pesan, katanya: Orang bodoh mencipta alasan, orang bijak mencari jawapan... Jadi adalah lebih baik untuk masa terkemudian selepas ini, aku berdiam diri jika tiada jawapan, daripada dikatakan terkial-kial memberi alasan dan kelihatan seperti sangatlah bodoh di mata orang yang lebih pandai dan beruntung dari aku. Namun, itu bukanlah tiket untuk aku kelihatan lemah dan berserah tanpa sebarang usaha mencari jawapan supaya suatu hari nanti aku juga bisa bergelar orang bijak seperti idola yang cerah sinarnya, terang kilaunya, jauh langkahannya.

Mak selalu pesan, katanya: Belajar rajin-rajin, pastikan usaha sampai dapat sesuatu apa yang sudah diazamkan dan dibulatkan tekad ke arah itu.... Maka lambat atau cepat, sesuatu sasaran itu adalah wajib dicapai. Seandainya cepat, syukur Alhamdulillah di atas segala kelancaran yang Dia berikan, sebaliknya jika lambat, maka ucapkan jua syukur kerana sekurang-kurangnya Dia telah berikan masa yang lebih buat kita bagi menilai kekurangan diri dan lebih berusaha di masa akan datang.

Teman selalu pesan, katanya: Jaga diri, jangan sedih-sedih, ketepikan kesedihan untuk kuatkan diri menempuh dugaan mendatang.... Kelihatan ringkas pesannya, namun padat dan lengkap siratan isinya. Jalan setiap manusia di muka bumi Tuhan ini dalam menuju ke setiap destinasi adalah berlainan rentaknya. Ada yang mudah dan yang sukar juga ada. Andai kita asyik memikirkan bahawa beruntungnya orang lain atas kemudahan yang dikecapi, maka kita akan terus mencemburuinya dan terus mengeluh, sebaliknya jika kita memikirkan orang yang kesukarannya berlipat kali ganda dari yang kita tempuhi, maka pastinya ucapan syukur akan terbit dari mulut dengan kerapnya kerana nasib kita tidak seburuk mereka.

Dalaman selalu pesan, bisiknya: Jangan jatuh kerana kritikan, tetapi jadikan ia sebagai cabaran... Penciptaan telinga sebagai deria pedengaran seharusnya digunakan dengan baik tanpa sekelumit rasa kufur nikmat... Setiap apa yang dikatakan oleh orang lain, dengar dengan teliti jika rasanya mereka berniat baik kepada kita. Apa salahnya mengutip segala teguran dan menterjemahkannya dengan tindakan susulan... namun kadang kala, untuk bersikap terus terang, ayat yang digunakan perlu tidak berlapik lagi, agar maksudnya sampai. Terus. Tanpa bersimpang siur. Itu bagus bagi aku yang ku akui lidah ku juga tajam hujungnya dan sinis hasilnya.

Realiti telah pesan, akuinya: Kita tetap manusia, kau manusia, aku manusia, mereka jua manusia, hamba Tuhan.... punya mata yang bisa titiskan air jernih...tidak berwarna, tapi berjiwa. Rupa biasa, ada bernama. Air mata. Itulah dia. Selembut wanita, air mata menjadi peneman suasana. Segagah lelaki, air mata penghapus selaput egois. Air mata atau mata air.... Keduanya punya erti, linguistik mahu pon semantik. Bisa mengalir ketika gembira berkunjung tiba, apatah lagi tika kesedihan menyelaput jiwa, pasti deras alirannya. Namun bila ia seakan mahu jatuh, tetapi tidak pula ia jatuh-jatuh, hanya bergenanglah ia di dalam takung mata.... adakah suasana berada di tengah-tengah, maka ia jua tergantung di tengah-tengah, antara mahu jatuh mengalir atau pon tidak.... begitu juga lah rasa di hati gamaknya.


Lembapkah aku??? Mungkin aku tidak sehebat orang lain hasilannya, mungkin juga aku tidak selincah orang lain langkahannya, namun aku bersyukur atas peluang yang Tuhan berikan sehingga kini dan doa akan terus seiring usaha untuk pastikan hajat di hati terlaksana suatu hari nanti, walaupon aku terpaksa merangkak seorang diri dan menebalkan telinga mendengar tohmahan mereka atas kelembapan aku di mata mereka. Aku masih punya Tuhan dan pada Dia lah aku berdoa setiap selepas solat agar dijauhi aku dari sifat lagha dan dipermudahkan jalanku menuju cita.... InsyaAllah.


~ yoe menulis dengan hati yang lembut tanpa sekelumit rasa dendam... adalah benar.

5 comments:

wantong said...

aku pun sedang berusaha mengejar cita2 ku itu, walaupun kadang2 tak pasti dapat atau tidak.. Tapi hati ini sentiasa mengharap rahmat dan pertolongan dari Dia ke arah yang betul... Sentiasa bersangka baik dan yakin.. InsyaALLAH berjaya.. Bulatkan hati.. Bak kata cikgu aku yang lebih kurang ayatnya, 'pekak kan telinga, terus jalan kedepan'...

AL-FAQEER MUHAMMAD AZMIE DAHLAN IBNU DAUD AL-JAWLEY AL-MALIZI said...

Meneka dikejauhan, menjawab diperbatasan..itulah ia segumpal hati dan sesyaitan nafsu..namun jawapan yang pasti tetap dtangan Allah Pencipta Alam..truskan dengan Doa, Usaha, Istiqamah! dan TAwakal dlam setiap perjalanan kehidupan!!!!

EdwarD FirdauS HaikaL said...

teruskan usaha...insyaAllah pintu kejayaan sentiasa ada...berdoalah pada yang ESA sebab dia selalu ada.

Anonymous said...

abah shade pun slalu pesan sejak form 0ne smpi skang...

' duit tuh simpan...xcukup kol'

oh abah...duit simpanan xdah cukup!

yoe said...

buat semua yg di atas: terima kasih ya..