Monday, March 30, 2009

Teka Teki 1

Salam Sejahtera...


Dua bukit, satu batang
Apakah dia?



~ yoe menulis secebis cuma!

Saturday, March 28, 2009

Sayangi Bumi

Salam Sejahtera...

Sekadar berkongsi, aku baru saja melakukan sesuatu yang menyumbang sedikit sebanyak ke arah menyelamatkan bumi. Takut dengan pemanasan global!




p/s: berfikir apa pula kempen yang akan dijalankan selepas ini.


~ yoe menulis dengan rasa bersyukur dengan nikmat cahaya pemberian Tuhan selepas insaf duduk dalam kegelapan selama satu jam.

Slumdog Millionaire

Salam Sejahtera…

Sebenarnya, dah tengok movie ini lebih kurang sebulan yang lepas, kira-kira 2,3 hari selepas movie ini memenangi Anugerah Filem Terbaik di Anugerah Oscar 2009. Sebagai seorang peminat filem khasnya filem yang betul-betul menarik perhatian aku (terutama selepas membaca kritikan membina dari pelbagai laman web rasmi dan bebas) tertarik betul untuk aku menulis sesuatu tentang filem ini (dah tengok 2 kali setakat ini)

Aku juga perlu mengaku bahawa aku bukan lah seorang yg professional mahupon akademia di bidang perfileman. Jadi segala pandangan aku hanyalah berpaksikan kepada minat dan rasa kagum seorang penonton filem terhadap sesebuah filem yang ditontoninya.

“Slumdog Millionaire”

Itulah tajuk filem ini yang dikategorikan sebagai filem indie (skang ni semua benda nak indie) kerana dihasilkan dengan bajet yang rendah dan di keluarkan oleh produksi yang kecil.

Filem ini dimulakan dengan keadaan si hero yang di soal siasat di balai polis dengan keadaan yang sungguh menyakitkan mata (seksa betul) akibat tuduhan menipu ketika menjawab semua soalan dalam program Who Wants To Be A Millionair versi India. Kemudian, untuk menerangkan kepada pegawai polis itu, bagaimana beliau dapat menjawab semua soalan itu dengan tepat, maka bermulalah flashback sejarah hidupnya sejak kecil dan bagaimana semua kejadian yang berlaku terhadap dirinya adalah klu ataupon petunjuk kepada setiap soalan yang diajukan kepadanya. Itu sahaja!!! Ringkas tetapi diolah dan diperindah dengan realiti kehidupan yang agak menjijikkan. Tetapi, sememangnya yang benar itu memang sakit dan pahit untuk ditelan.

Ada beberapa perkara yang bersifat realiti tetapi diangkat sebagai ilusi perfileman bagi memantapkan roh dan manhaj susuk filem ini:

1. Seperti yang diketahu ramai, kemiskinan integriti dalam diri penjawat awam ketika melakukan tugas mereka – babak ketika anggota polis menyoal siasat watak si hero. Sungguh melanggar hak asasi manusia, saya kira!!

2. Keadaan setinggan yang amat-amatlah menyedihkan. Bayangkan dalam tahun 2009, tandas angkut masih lagi beroperasi di Negara India. Oh my God!! Patut la penyakit taun dan cirit-birit menjadi antara penyumbang terbesar kematian di Negara Ghandi itu. Rupa-rupanya bakteria Salmonella sp. dapat hidup dengan sihat walafiat di sana akibat habitat yang sungguh selesa bagi mereka menjalankan tugas memberi kesakitan dan penyakit kepada manusia yang tidak mementingkan kebersihan – babak si hero waktu kecil terperangkap dalam tandas, dan kerana terlalu ingin bertemu si Amitabh Bachan yang singgah di kawasan tersebut, sanggup terjun ke bahagian bawah tandas yang dipenuhi dengan najis manusia dan berlari menuju ke arah aktor idolanya.

3. Konflik agama masih menebal antara Hindu dan Islam di sana. Kasihan. Sedih – babak si ibu yang mati akibat dilibas dengan parang ketika sedang membasuh pakaian oleh penyerang-penyerang beragama Hindu yang membunuh siapa sahaja yang berada di kawasan penduduk Islam.

4. Industri (kalau boleh digelar industri la…) Penyalahgunaan Kanak-kanak sebagai peminta sedekah sangat berleluasa – babak kanak-kanak diculik oleh sindiket dan dikerah meminta wang dari pemandu-pemandu kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

5. Pembahagian kekayaan yang tidak sekata menyebabkan kelompok pertengahan seolah-olah tidak ada dan tidak pernah wujud di sana – babak menunjukkan rumah si kaya seolah-olah istana, sedangkan kawasan setinggan seperti kawasan pelupusan sampah.

Itulah yang ditunjukkan dalam filem ini. Realiti. Namun ada beberapa perkara yang boleh diangkat sebagai nilai moraliti yang tinggi yang mungkin boleh dicontohi dan dijadikan iktibar dalam kita menjalani kehidupan seharian:

1. Tidak putus semangat – sangat banyak babak yang menunjukkan keadaan seperti ini. Babak hero hidup sebatang kara bersama abangnya di tapak pelupusan sampah selepas kematian ibu. Babak melarikan diri daripada cengkaman sindiket. dan sebagainya.

2. Pendidikan adalah satu kemestian – babak di mana si ibu tetap menghantar anak-anaknya ke sekolah walaupon keadaan kelas yang sempit dan cuma duduk di muka pintu mendengar ajaran cikgu.

3. Berdikari dan pandai mencari peluang – babak si hero menjadi pemandu pelancong di Taj Mahal dengan berbahasa inggeris berkomunikasi dengan para pelancong.

4. Yakin dan berhati waja – babak ketika si hero menjawab soalan dalam program WWTBAM itu lah.

5. Solat adalah keutamaan – walau sejahat mana pon kita, solat tetap ditunaikan, sama ada diterima atau pon tidak, itu kerja Tuhan. Babak si abang yang tetap menunaikan solat ketika hujung-hujung filem.

6. Pasrah dan redha dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Tuhan buat kita – babak si hero menunggu si heroin ketika di stesyen kereta api lah..babak mana lagi kan??!!! Hehehhe…

Poster filem

Pelakon cilik kanak-kanak yang ketika di karpet merah Oscar 2009



p/s: Teringat satu lagi filem indie yang menang Anugerah Filem Terbaik Oscar, x ingat tahun berapa, masa filem tu kalahkan Brokeback Mountain. Tajuk filem tu, Crash. Pon sangat best dan ada dvd filem tu.


~ yoe menulis sambil dengar Lagu Terbaik Oscar, Jai Ho, tapi versi baru nyanyian Pussy Cat Dolls....

Friday, March 27, 2009

Cuba

Salam Sejahtera...

Ada beberapa perkara yang memerlukan aku untuk cuba melakukan beberapa perkara untuk menjadikan keadaan lebih baik dari sebelumnya. Kita kan dituntut untuk hari ini adalah lebih baik dari semalam...heheheh, so tak salah untuk cuba menjadi lebih baik keadaannya. Chewahhh (bukan nama orang, Che Wah ye) !!!!!

1. Petang tadi, baru timbang badan, dan angka yang menjadi tempat berhenti untuk jarum penimbang itu adalah pada angka di bawah ini. Dengan ketinggian aku 173cm, bacaan BMI aku adalah 21.72. IDEAL....dan MASIH IDEAL (dulu pernah mengalami underweight, malu!!). Tapi disebabkan sifat paranoid yang ada kat aku ni, aku rasa aku mesti cuba melakukan sesuatu untuk mengurangkan berat badan aku (perut dah semakin maju ke hadapan bila nafas tidak ditahan dengan baik).

- kurangkan makan nasi, memang dah lama amalkan (hanya makan nasi untuk lunch, dinner x makan nasi.

- mesti diteruskan, juga lebihkan jus buah, lebihkan sayur (saya memang peminat sayur!!!) dan lebihkan jambu batu!

- cuba untuk disiplinkan diri bersenam (saya dah lama x buat sit up dan joging petang-petang tepi pantai).... bila nak start semula ni...huhuhu :)

Berat aku sekarang...masih dalam range 62 - 65 kg


2. Labwork aku semakin lambat (mungkin juga facebook menyumbang ke arah ini), kerana duit geran xde. Geran yang dulu dah habis, sebab terpaksa share 2,3 orang..so sempat beli chemical je, sekarang nak beli white rats as animal lab pon dah xde duit. So baru saja dapat penyelesaian setelah berbincang dengan Ketua Jabatan aku yang baik hati...so, animal akan dapat setelah proses pembayaran selesai (nak kena deal dengan pihak bendahari, so x tau la nak kata boleh settle cepat or lambat).

- aku akan cuba untuk lebih disiplinkan diri, sekarang pon dah mula sebenarnya, x kan online dari jam 10am sampai 5pm. Fokus lebih pada kerja lab.

- akan cuba tabahkan diri untuk bermalam di lab seperti dulu-dulu (khasnya untuk kerja-kerja histology nanti).

- cuba buat perancangan kerja dan cuba mengikut segala perancangan.


3. Aku seorang yang boros dan bersifat agak shophoholic (agak ke, ke memang betul??). Mempunyai perancangan dan pengurusan yang teruk tentang kewangan diri sendiri. Jadi aku perlu berubah dan lebih bersifat jimat-cermat dan berhemah ketika berbelanja.

- Cuba untuk kawal nafsu membeli

- Cuba untuk kurangkan menjejakkan kaki ke shopping complex!!!

- Cuba untuk asingkan duit awal-awal pada ketika gaji masuk dan terus simpan di tempat yang susah untuk dicapai mahupon di cuit-cuit oleh tangan yang gatal ini!!

p/s: cuba dan mesti disiplin!!!


~ yoe cuba!!! cuba yoe!!

Tuesday, March 24, 2009

Birokrasi atau Prosedurisasi???

Salam Sejahtera...


Kes 1:


Masalah pendaftaran sambung belajar di Sekolah Sisiwajah (bukan nama sebenar). Walaupon nak sambung di tempat sendiri (bukan jauh ke luar negara pon) tapi tetap berhadapan dengan masalah-masalah yang memerlukan aku turun naik bertemu seorang pegawai demi seorang pegawai dari satu pejabat ke satu pejabat.


Peg. Sisiwajah: Awak x boleh daftar ni Azrul, sebab awak x serahkan surat pengesahan tanggungan pengajian dari Kementerian Pengajian Tertinggi (KPT) (bukan kementerian sebenar).


Aku: Tapi encik, Pihak Pendaftarina (bukan nama sebenar) kan dah bagi surat pengesahan yang menyatakan saya memang akan ditanggung oleh KPT. Cuma pihak KPT x boleh serahkan lagi surat tu selagi saya belum ambil exam IELTS. Exam IELTS pula saya hanya boleh ambil pada pertengahan bulan Mei nanti, sebab ramai orang dh line up for that exam. Masa tu, offer letter saya ni dah x valid sebab valid sampai sem ni je. Sem ni kan abes hujung bulan April. Macam mane ni encik?

Peg. Sisiwajah: Saya memang x bole buat ape-ape..sorry!! (kedengaran suara yang agak fed up melayan panggilan aku)


Kemudian menelefon seorang pembantu pentadbiran di Pejabat Pendaftarina, Kak Zuzu (bukan nama sebenar).


Aku: Kak, macam mane ni? (sambil menceritakan keadaan sebenar)


Kak Zuzu: Entah la Azrul, akak pon x tau. Patutnya, sesama staf ni, staf yang nak sambung belajar di tempat sendiri, x payah la berkira sangat. bukannya kita nak lari ke mana-mana pon, lagi pon kita kat Pejabat Pendaftarina dah keluarkan surat pengesahan kan....macam ni la. Azrul datang sini, kita jumpe bos besar..

Saya pon bergerak ke sana.


En. Zaizaididi (bukan nama sebenar): Hah, ye Azrul ape cerita?


Aku: Gini encik......bla...bla....bla....bla....bla.....


En. Zaizaididi: Buat surat...bla..bla..bla..bla....




Kes 2:


Masalah kerosakan modem streamyx di rumah sewa aku dan berurusan dengan TM


Rosak pada hari sabtu.


Bermula hari Ahad, laporan telah dibuat pada pihak TM.


TM: Okay encik Azrul, petang ni kami akan datang dalam pukul 2 atau pukul 3 ptg. En.Azrul tunggu ye.


Aku: Ok. Saya tunggu. Tolong hubungi no hp saya sebelum nak dtg.


Dari pukul 2 sampai la pukul 4 ptg aku tercongok tunggu kat rumah, TM x datang-datang juga.


Hari Isnin, aku call lagi pihak TM. Bila aku balik rumah dalam pukul 5.10 petang, ade satu memo dari pihak TM dekat pagar rumah. Memo itu berbunyi:

" Pelanggan tiada di rumah ketika kami datang. Sila hubungi kami semula dari jam 5.00 hingga 5.20 petang". Memandangkan masa tu, baru jam 5.10 petang, aku pon terus call no yang ada pada memo itu.


TM: Ye encik, ada ape?


Aku: Saya baru sampai ni, dan ada memo...bla...bla...bla...Kenapa x call saya dulu sebelum nak datang, kan saya dah kata sebelum nak datang call saya dulu. Awak assume saya nk ada di rumah setiap masa tunggu awak datang??? suruh orang yang datang tadi, datang sekarang.


TM: Maaf encik, dioarang dah balik ke office agaknya, dan diaorang x bawa hp. So, esok je la ye! (terus meletakkan telefon).

Aku Geram!!!


Hari ini selasa, aku call lagi. Selepas bertegang urat, akhirnya bersetuju untuk datang ke rumah aku.


Lepas datang, masalah masih belum selesai, kerana barang sparepart x cukup, x sesuai dengan kehendak aku. Aku nak modem wireless, yang dia bawa modem biasa, sedangkan dah dilaporkan masa membuat laporan.


Orang yang datang baiki: Encik kena pegi bandar ni, pergi office sana.


Memenatkan!


Sampai kat kaunter.


Orang di kaunter: Encik kena naik tingkat 1 ye.


Orang tingkat 1: Maaf encik, encik duduk dulu.


Aku duduk.


Orang tingkat 1: Maaf encik. Kami xde stok. Encik kena pergi HQ kami di Jalan Air Jernih. Encik jumpa dengan Tengku Halim kat sana.


Sampai di HQ.


Aku: Boleh kami jumpa Encik Tengku Halim?


Orang HQ: Adik duduk dulu, Encik Tengku tengah enganged kat telefon.


Aku tunggu.


Akhirnya, Encik Tengku Halim muncul...dan telah menggantikan modem wireless yang baru, siap tolong macam-macam lagi...for the setting and so on!!

Mujurlah encik sorang ni x lekang dari senyuman dan cakap pon lemah lembut, terus sejuk hati!



p/s: memang macam ni ye urusan sekarang ni....merumitkan dan sangat mencuri masa kita!!! Cerita di kedua-dua kes ini tersangat-sangat lah telah diringkas dan dipendekkan akibat x larat nak menaip dengan panjangnya.


~ yoe menulis setelah kepenatan turun naik tangga dan berjumpa segala macam orang di beberapa tingkat!!!

Seronok bersama kawaN-kawaN

Salam Sejahtera...

Saya seronok bersiar-siar di malam hari di tengah bandaraya (bandaraya ke?) Kuala Terengganu baru-baru ini, actually hajat utama, Nik nak beli digi cam untuk adik perempuan dia. Lepas tu Amy belanja kitaorang mamam Kay Ef Cee ( bukan KFC okay!!). Then, jalan-jalan kat expo Dataran Syahbandar, sambil tengok Kajol Kelate dan Zaidi Buluh Perindu (artis tempatan) nyanyi, 1st time tengok ok...heheheh...
Slurpppp..air oren!

Nicky

Amy

Kita minum lagi......

Belek-belek kamera baru..

Merenung bulan u olllsss!!

Saya suka lagi hasil kerja saya ini....

"cantik kalau buat gelang ni" kata amy.

Amy borong tudung!!

Pilih-pilih kereta kesukaan anda!!!


p/s: Seronok bersama kawan-kawan...nanti kita keluar lagi nak?? kita tangkap gambar banyak-banyak lagi...

~ yoe menulis selepas pulih dari sawan bergambar.


Monday, March 16, 2009

Berjalan-jalan di Cameron hiGhlands

Salam Sejahtera...


Yuhuuuu.....

Pagi yang cerah..

With nicky

With Syafie

Seronok tengok tourist japan ni melukis..

Lalalalala.....

Saya suka hasil kerja saya ini...puas hati!!

Rumah no.3,



p/s: tak larat nak letak semua pic...yang lain ada kt my facebook page!


~ yoe menulis dengan tiada perasaan...

Thursday, March 12, 2009

Berterima KasiH

@ The Garden

@ Alamanda

Nasi beriani gam putrajaya, tq lalan...

Erkkk, Alhamdulillah...

Nematode sampel at VRI ipoh

Tengah tunggu Cikgu Meor jemput ke rumah dia

Padang ragut UPM

Aksi Cik Dijah ber'kongsi ilmu'

Kenapa muka saya macam terkejut???

Dr. Chandra yang baik hati..

Ahli-ahli mesyuarat


Salam Sejahtera...


Kurang sihat, tapi rasa macam nak menulis...bukan sesuatu yang serius, sekadar untuk berterima kasih kepada beberapa orang yang sudi menghulurkan bantuan kepada aku sepanjang berada di beberapa tempat dua tiga minggu yang lepas.

1. Cik Puan Dijah Saad

Terima kasih kerana membantu saya dalam menyediakan slaid pembentangan untuk mesyuarat kumpulan penyelidikan kita di VRI Ipoh, menguruskan bilik penginapan saya dan sudi mendengar masalah saya ketika di sini dan ketika di sana... hehehhe..juga teman bergossip!!!

2. Dr. Chandrawatani

Terima kasih Dr atas segala perhatian dan nasihat Dr selama saya mengenali Dr. Indahnya Malaysia. Walaupon berlainan agama dan bangsa, namun jasa dan tunjuk ajar Dr tidak bersempadan. Terima kasih atas buku-buku dan tesis PhD yang Dr bagi itu.

3. Cikgu Meor

Terima kasih kerana sudi menjemput saya dan menghantar saya ke stesyen bas Ipoh... juga sudi mengajak saya datang bertandang ke rumah keluarga kamu (sedap sungguh masakan ibu kamu yang berjiwa politik itu).

4. Encik Dahlan

Terima kasih kerana sudi menumpangkan saya di bilik hostel kamu di Kolej 17 UPM. Juga sudi membawa saya berjalan-jalan ke Kl, Putrajaya, dan sebagainya. Sedap betul nasi beriani gam putrajaya yang kamu belanja itu. Juga kerana sudi melayan kerenah saya untuk bergambar sakan di padang ragut UPM petang itu. Dan juga berpenat lelah menemani saya window shopping ke Midvalley, The Garden, Times Square dan Alamanda.

p/s: berkawan biar seribu....lagi senang kalau ada ramai kawan di mana-mana sekali pun..


~ yoe menulis sambil berdoa semoga Tuhan merahmati kalian...


Monday, March 9, 2009

Nak balik Kuala Terengganuuuu

Salam Sejahtera...

Setelah agak lama travel...(chewah..mcm jauh je pon) hahahah...


Kuala Terengganu - Temerloh
Temerloh - Kuala Lumpur
Kuala Lumpur - Ipoh
Ipoh - Serdang
Serdang - Putrajaya
Putrajaya - Temerloh
Temerloh - Kuala Terengganu

Banyak betul cerita nak share..tp masa x sempat ni...nanti la bila free kat rumah sewa di KT...baru nk menulis...

p/s: byk pic...tp x sempat nk upload lagik...nanti laaa...


~ yoe menulis sambil nak tunggu lalan anta ke stesyen komuter, then naik bus ke temerloh...see yaa!!

Wednesday, March 4, 2009

TraGik ker TraGis???

Salam Sejahtera...

1st day:

Sampai di ipoh, tggu member amek di stesyen bas...terus check in, dan keluar semula dgn member tadi yang setia menunggu di lobi...

Urusetia tetapkan satu bilik share dua orang, dan aku share dengan staf dari agensi X (bukan agensi sebenar), dan kunci satu bilik, satu; maknanya, kena share! Aku yang tergesa-gesa lepas letak beg ni. terus keluar, tanpa sempat pon tanya nama ataupon minta no hp dia, in case apa-apa kan...

So, pergi makan-makan, pastu tengok astro kat rumah member tu kat bercham, dalam kul 10.15pm, he sent me back. Sampai je kat bilik...episod tragedi bermula....

1. Ketuk punya ketuk, xde orang buka pintu...so aku assume dua benda, sama ada dia dah tidur ataupon dia belum balik lagi sebab tadi petang dia sempat bagitau, dia pon keluar juga dengan member perempuan dia...<> Tunggu punya tunggu, kul 11.45pm baru dia sampai....dan dengan selamba dia berkata... " dah lama tunggu, sorry la..mesti dah lama kan..hehehehe... "... argggghhhhhhhh gerammmm!!!!

2. Perut saya kelaparan yang teramat sangat...petang tu dinner awal sangat..dan stok makanan satu habuk pon xde...lepas member sent balik, terus sms dia...ingatkan dia nak pusing balik amek aku or sent kan makanan ke,,,tp dia pulak sms " erkk, aku dah naked atas katil dah ni...apsal x bagitau masa dalam keta tadi, bole drop by kat drive through McD ".... huhuhu...entah, tadi x rasa lapar pulak..alamat nya, kena la tunggu breakfast pagi esok...TIDUR DALAM KELAPARAN!!!

2nd day:

Selesai meeting 1st day, terus balik bilik....then, tanggal semua pakaian, pakai towel dan baju putih je, keluar bilik jap, tiba-tiba,pintu terauto-locked !!!!! Oh My God!!! dh jd macam cerita Mr. Bean pulak...ingat x adegan Mr. Bean bogel kt luar bilik sebab kunci tinggal dalam bilik...huhuhu..mujur aku pakai towel n baju putih ketat!!! hp pon tertinggal kt dalam bilik...macamane ni...tengok kat bawah, nampak En.Zaini dan En. Nik...terus minta diaorang call urusetia nak kunci spare...En.Zaini baru nak call, bateri pulak kong...mujur En. Nik ada, call...dan dapat...Kak Tristris (bukan nama sebenar) datang dan bagi kunci spare sambil pura-pura tutup mata dengan jari tengok aku yang cuma bertowel itu!!!

Malam pula, tengah nak caj hp, tiba-tiba charger patah!!! arghhhhhhhh tension nya!!!!!!!! hp terus off sebab weak dari siang tadi...huhuhuh...dah la plan malam ni x jadi...cancel!!! lagi la tension!!!!huhu.... TIDUR DALAM KEKECEWAAN!!!

3rd day:

Meeting dah habis, presentation pon ok...so, harap xde apa-apa yang berlaku..cuma agak kecewa sebab plan yang dirancang x menjadi...kerana kesibukan katanya!!! huhuhu....TERKILAN!!!

~ yoe menulis sambil menunggu jam 6.30 ptg