Monday, September 28, 2009

Memori Di Desa

Salam Sejahtera...

Sekali-sekala pulang ke kampung, membuatkan mata segar dek kehijauan sawah padi dan kebiruan langit yang memberi gandingan indah kepada petak-petak sawah yang terbentang luas di hadapan mata...3 Syawal hingga 5 Syawal yang lalu, berkesempatan membawa keluarga pulang beraya ke kampung tempat asal-usul my parent di Sekinchan Selangor. Sebetulnya di sana masih punya nenek dan sanak saudara yang menetap di sana. Seperti biasa, kelaziman kami untuk datang beraya di sini setelah beraya di rumah sendiri di Jengka, Pahang.

Untuk kali ini, aku kongsikan beberapa keping foto amatur aku yang aku kira bisa mendamaikan hati dengan warna biru dan hijau semulajadi..... Subhanallah!!!


Sawah padi sebelah rumah Pak Ngah Tarli

Bayang-bayang pokok kelapa.... cun!!!

Ada anak buah aku panggil pokok padi ni sebagai pokok beras!!! :)

Seluas mata memandang.....

Rasa macam nak frame kan pic ni!!

Tiang-tiang elektrik di celah-celah sawah..



~ yoe menulis dengan imbasan memori berada di desa...


Friday, September 25, 2009

Selamat Hari Raya

Salam Sejahtera...

Dah lama tak online.... dah lama tak update blog.... since balik beraya di kampung menjelang raya hari tu.... So, di kesempatan ini, di hari raya ke-5 ini.... aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, ampun maaf zahir dan batin, serta mohon dihalalkan segalanya!!




Suasana malam raya.... selepas selesai iron baju raya!!!


Selepasa solat, bergambar sekeluarga!


Yang seadaanya.... yang memohon keampunan!!


~ yoe menulis sambil menghirup angin petang di bandar Temerloh!


Tuesday, September 15, 2009

Keindahan sampinG sonGket

Salam Sejahtera...

Menulis dengan sedikit mood raya.... hahahaha :)

Zaman dulu-dulu masa budak-budak dan zaman belasan tahun, cukup rimas bila mak suruh pakai kain samping sekali masa raya. Macam-macam alasan aku bagi, rimas la.... susah nak bergerak la... susah nak isi duit raya dalam poket bawah baju raya tu la.... apa-apa lagi la janji tak kena pakai samping.

Tapi bila usia dah menginjak 20an ni... mood nak pakai kain samping lengkap menyaluti baju melayu yang tersarung di badan ni kunjung tiba pula. Bukan apa, teruja la tengok orang lain pakai baju melayu with lilitan kain samping yang lawa-lawa. Sementelah lagi aku sekarang ni menghijrahkan diriku untuk beberapa tahun bekerja dan menuntut ilmu di bumi Terengganu yang memang terkenal dengan keindahan kain songket nya... apa lagi, mengelinjanglah aku ke Kedai Pasar Payang tu.... jalan-jalan sambil ambil kesempatan melihat-lihat kecantikan tenunan songekt di sana, asli buatan orang Terengganu.

Pertengahan tahun hari tu, aku ada la beli sehelai samping songket warna hijau untuk hadiah birthday kepada Encik Pegawai.... baru-baru ni pulak, aku beli 2 lagi kain samping songket untuk diri aku sendiri dan untuk Encik Jurutera yang pekat slang English London nya itu!! Sekadar berkongsi keindahan songket bersama insan-insan rapat...


Warna biru untuk aku pakai masa raya nanti


Warna coklat tanah untuk hadiah raya merangkap hadiah birthday Encik Jurutera... kira in advance laa... hehehe :)



~ yoe menulis di Borders Times Square sambil tunggu encik Jurutera datang ambil barang-barang yang aku nak bagi kat dia dan tunangnya.... bingkisan kecil tak seberapa dari Terengganu.

Friday, September 11, 2009

Pesan buat aku

Salam Sejahtera...

Rasa nak tulis sesuatu, tangan ditarikan, ikut kata hati, tulis pasal pesanan. Mari kongsi.


Abah selalu pesan, katanya: Orang bodoh mencipta alasan, orang bijak mencari jawapan... Jadi adalah lebih baik untuk masa terkemudian selepas ini, aku berdiam diri jika tiada jawapan, daripada dikatakan terkial-kial memberi alasan dan kelihatan seperti sangatlah bodoh di mata orang yang lebih pandai dan beruntung dari aku. Namun, itu bukanlah tiket untuk aku kelihatan lemah dan berserah tanpa sebarang usaha mencari jawapan supaya suatu hari nanti aku juga bisa bergelar orang bijak seperti idola yang cerah sinarnya, terang kilaunya, jauh langkahannya.

Mak selalu pesan, katanya: Belajar rajin-rajin, pastikan usaha sampai dapat sesuatu apa yang sudah diazamkan dan dibulatkan tekad ke arah itu.... Maka lambat atau cepat, sesuatu sasaran itu adalah wajib dicapai. Seandainya cepat, syukur Alhamdulillah di atas segala kelancaran yang Dia berikan, sebaliknya jika lambat, maka ucapkan jua syukur kerana sekurang-kurangnya Dia telah berikan masa yang lebih buat kita bagi menilai kekurangan diri dan lebih berusaha di masa akan datang.

Teman selalu pesan, katanya: Jaga diri, jangan sedih-sedih, ketepikan kesedihan untuk kuatkan diri menempuh dugaan mendatang.... Kelihatan ringkas pesannya, namun padat dan lengkap siratan isinya. Jalan setiap manusia di muka bumi Tuhan ini dalam menuju ke setiap destinasi adalah berlainan rentaknya. Ada yang mudah dan yang sukar juga ada. Andai kita asyik memikirkan bahawa beruntungnya orang lain atas kemudahan yang dikecapi, maka kita akan terus mencemburuinya dan terus mengeluh, sebaliknya jika kita memikirkan orang yang kesukarannya berlipat kali ganda dari yang kita tempuhi, maka pastinya ucapan syukur akan terbit dari mulut dengan kerapnya kerana nasib kita tidak seburuk mereka.

Dalaman selalu pesan, bisiknya: Jangan jatuh kerana kritikan, tetapi jadikan ia sebagai cabaran... Penciptaan telinga sebagai deria pedengaran seharusnya digunakan dengan baik tanpa sekelumit rasa kufur nikmat... Setiap apa yang dikatakan oleh orang lain, dengar dengan teliti jika rasanya mereka berniat baik kepada kita. Apa salahnya mengutip segala teguran dan menterjemahkannya dengan tindakan susulan... namun kadang kala, untuk bersikap terus terang, ayat yang digunakan perlu tidak berlapik lagi, agar maksudnya sampai. Terus. Tanpa bersimpang siur. Itu bagus bagi aku yang ku akui lidah ku juga tajam hujungnya dan sinis hasilnya.

Realiti telah pesan, akuinya: Kita tetap manusia, kau manusia, aku manusia, mereka jua manusia, hamba Tuhan.... punya mata yang bisa titiskan air jernih...tidak berwarna, tapi berjiwa. Rupa biasa, ada bernama. Air mata. Itulah dia. Selembut wanita, air mata menjadi peneman suasana. Segagah lelaki, air mata penghapus selaput egois. Air mata atau mata air.... Keduanya punya erti, linguistik mahu pon semantik. Bisa mengalir ketika gembira berkunjung tiba, apatah lagi tika kesedihan menyelaput jiwa, pasti deras alirannya. Namun bila ia seakan mahu jatuh, tetapi tidak pula ia jatuh-jatuh, hanya bergenanglah ia di dalam takung mata.... adakah suasana berada di tengah-tengah, maka ia jua tergantung di tengah-tengah, antara mahu jatuh mengalir atau pon tidak.... begitu juga lah rasa di hati gamaknya.


Lembapkah aku??? Mungkin aku tidak sehebat orang lain hasilannya, mungkin juga aku tidak selincah orang lain langkahannya, namun aku bersyukur atas peluang yang Tuhan berikan sehingga kini dan doa akan terus seiring usaha untuk pastikan hajat di hati terlaksana suatu hari nanti, walaupon aku terpaksa merangkak seorang diri dan menebalkan telinga mendengar tohmahan mereka atas kelembapan aku di mata mereka. Aku masih punya Tuhan dan pada Dia lah aku berdoa setiap selepas solat agar dijauhi aku dari sifat lagha dan dipermudahkan jalanku menuju cita.... InsyaAllah.


~ yoe menulis dengan hati yang lembut tanpa sekelumit rasa dendam... adalah benar.

Wednesday, September 9, 2009

Lima cerita pendek!!

Salam Sejahtera...

Cerita-cerita pendek ni kalau digabungjalinkan pasti menjadi satu rantaian cerita yang menarik, walaupon ada ketidakfahaman ataupon ketidakkaitan antara satu sama lain, bagi yang tidak memahami atau membaca dengan kasarnya mata, bukan dengan lembutnya hati. Mari kita selusuri beberapa cerita pendek buat memori manis insan-insan terlibat. Kemudian kita cuba membuat konklusi atau memberi kata kunci kepada cerita-cerita di bawah ini.


Cerita 1
Kamu pandai bermain kata-kata dengan mengungkapkan ayat ini; kamu menggembirakanku sayang.

Cerita 2
Kamu kata aku seperti ustaz, kerana aku tidak pernah menipu kamu lalu kamu percaya kepada aku.

Cerita 3
Kalau aku tanyakan apakah lagu kita, kamu rasa lagu 'Dari kerana mata' sesuai.

Cerita 4
Kalau dia memanggilnya Baby, kamu rasa kamu boleh panggil aku Budak, budak yang baik, dan aku pasti sayangkan kamu budak; kata kamu.

Cerita 5
Aku bertanya kepada kamu, adakah kamu mencintai aku, dan kamu menjawab; Siapa yang tak pernah jatuh cinta pada kamu?


Kata kunci cerita-cerita tadi adalah ___________________ (biar kamu tentukan), sambil-sambil itu sila bayangkan kenikmatan menghirup iced blended green tea dan sepotong kek chocolate.


~ yoe menulis cerita pendek.... dengan rasa saja-saja.

Monday, September 7, 2009

Seseorang untuk Dirindui

Salam Sejahtera...

Di kesejukan waktu dinihari ini sambil mendengar bunyi kipas siling berputar laju, ingin ku berkongsi sedikit kata-kata nasihat yang diberikan oleh sahabat baik ku malam tadi.


Seandainya kita berasa sedih dan terseksa kerana rindukan seseorang,
bersyukurlah kita kerana sekurang-kurangnya kita punya seseorang untuk dirindui,
daripada orang yang terseksa kerana tidak punya sesiapa pun untuk dirindui.

- dari mulut Incik Juruaudit


~ yoe menulis sambil menahan rasa rindu itu!

Saturday, September 5, 2009

Happy : Cemburu : Rindu

Salam Sejahtera...


Jiwa tak tenteram, resah gelisah, mungkin di luar nampak okay bergelak ketawa, tapi hati di dalam gundah gulana. Ada 3 rasa serangkai menghuni jiwa tatkala ini.



HAPPY
Rasa happy sangat dan tumpang gembira kerana ada orang itu baru bertemu jodoh.


CEMBURU
Rasa cemburu sangat melihat orang itu asyik berkepit dengan yang tersayangnya.


RINDU
Rasa rindu membuak-buak dalam dada sebab dah lama tak bertemu dengan si dia.



Maka di sebalik senyum dan hilai tawa aku di kejauhan ini bersama teman-teman serumah dan sekampus, inilah 3 rangkai rasa yang menyinggah di hati, menyubur di jiwa, melara rasa...


~ yoe menulis selepas mendapat phone call dari si dia......

Ilham oh ilham....

Salam Sejahtera....

Hati terasa amat untuk mengarang puisi...memandangkan telah lama tak tulis puisi.... tapi malangnya idea takde langsung yang menyinggah ke kepala kebelakangan ini... huhuhu.... ilham oh ilham.... muncul la ilham!!!!


~ yoe menulis sambil memanggil-manggil ilham!!!

Thursday, September 3, 2009

Yoe uLanG aLik

Salam Sejahtera...

Lately ni banyak betul berjalan.... asyek ulang alik ke Kuala Lumpur je.... dan biasanya aku akan drive dari tempat aku mencari rezeki di Kuala Terengganu ke Temerloh, which is my hometown. Akan park kereta di rumah my parent, dan biasanya juga akan bermalam semalaman di kampung. Esok pagi baru teruskan perjalanan ke KL by bus, the reason is malas nak drive ke KL dan juga tak biasa dengan jalan di KL. So lagi senang naik bas then guna public transport je kat sana....

Akibat dari kerap kali ke luar dan berjalan ulang alik dari KT - Temerloh - KL.... maka setiap kali balik ke KT.... mesti ada je sakit-sakit yang menyinggah di badan... huhuhu.... sakit tekak la, selsema la... panas-panas badan la... huhuuhh... mujur la bukan virus yang berbahaya itu...

Walaupon penat, tapi tetap seronok..... dan kerana kerap berulang-alik juga la.... maka Nik, housemate ku itu menggelar ku YOE ULANG ALIK!!!! Hahahaha ...sentap taw!!!


KT


Temerloh


KL


Berjalan-jalan juga, tapi kerja lab tetap kena jaga dan ambil cakna setiap masa.... oleh itu, aku akan pastikan kalau pon aku berada jauh dari lab, sekurang-kurangnya aku akan sambung menulis my thesis, walaupon sedikit....


~ yoe menulis sambil teringat...... rindunya!!!