Monday, June 22, 2009

Jasa tidak Terkira

Salam Sejahtera...

Peristiwa di hadapan mata aku zahirkan di sini..........

Ketika singgah solat zohor di surau Suria KLCC tengahari tadi, ada pemandangan yang menyentuh hati... Ada 3 beranak; seorang bapa dan 2 orang anak yang solat berjemaah. Seusai solat mereka, maka berdoalah mereka anak beranak... Sebaik saja tangan dipekup ke muka maka bersalam-salaman lah mereka anak beranak lalu berciuman lah mereka dengan penuh kemesraan antara bapa dan anak, kucupan hormat singgah di pipi serta dahi dengan bersulam kasih dan sayang yang aku kira tidak ternilai harganya. Tanpa mempedulikan apa kata orang, mereka seronok melakukan itu semua walaupon mungkin ada yang segan untuk melakukannya antara bapa dan anak di hadapan orang, tetapi mereka anak beranak itu tidak.... Aku sungguh seronok melihat itu.... sejuk mata melihat mereka....

Lantas teringat kepada bapa di kampung yang ku panggil Abah...

Abah..jasanya tidak terkira... pagi menoreh getah, petang ke ladang sawit, mencari rezeki demi isteri dan kami 5 orang adik beradik.... sungguh tidak mampu untuk aku membayar segala jasa abah walau tidak pernah sekali pon abah minta, justeru kepada Allah Rabbul Jalil jua ku panjatkan doa agar dianugerahkan sebesar-besar rahmat dan syurga buat abah kelak... InsyaAllah.....

Buat abah, Tn. Hj. Lokman Samsuri.... seribu penghargaan buatmu.... Semoga panjang umur...

~~ yoe menulis tentang abah ketika berada di Serdang.... Selamat Hari Bapa...

 

3 comments:

DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD said...

dr anak mu yg fashionista..hahah..

azrullokman said...

fashionista katanya kannzzz!!!! malu gue!!!!

+ v3r_miLion + said...

happy father's day papa