Salam Sejahtera...
Kali ni nak tulis pasal alkisah senyum..... macam yang kita tahu senyum itu kan sedekah..... Sadaqah yang paling mudah gitu!!!
Pernah tak korang mengalami peristiwa seperti ini;
Tengah jalan-jalan, then mata terpandang someone dan mulut automatiknya terus menguntum senyum,serta-merta mendapat balasan pulak tu dari someone itu! Apakah maksudnya? Ada pulak yang lebih berani, dah terlajak ke belakang, boleh pulak patah balik dan bertanyakan hp no kita atau pon nama kita atas alasan ingin berkenalan.....
Ada juga yang selepas berbalas senyuman, tapi tidak pon melakukan sebarang gerak langkah ke arah satu sama lain, tapi anak mata seperti ingin melekat antara satu sama lain.... geram agaknya! hehehehe.... macam-macam kan....
Satu lagi, apabila senyuman yang diukir cuma mendapat balasan jelik dari sepasang mata sambil dalam hati mereka mungkin sedang berkata-kata " apahal orang ni, tiba-tiba senyum kat aku, taste kat aku la tu" hahahaha....
Entah la kan.... tapi aku ni ikut mood jugak, kalau mood tengah best... dengan semua orang aku boleh bantai senyum.... tapi kalau mood tengah spoil, usahkan senyum..... nak pandang orang pon aku malas...... lagi satu, apabila bergambar aku adalah tidak pandai untuk senyum, maka semua pic aku selalunya berkeadaan masam mencuka.... kalo dapat pon, dari 100 pic tu, agaknya 10 je kot yang senyum..... susah la nak senyum dalam gambar.... huhuhu.... :P
yet.....i'm trying to smile! ~ yoe menulis pasal senyum sambil senyum sorang-sorang....... kan best kalo dapat berbalas senyuman............. tapi tak tahu nak berbalas dengan siapa............. :) jom balas senyuman aku!