Salam Sejahtera...
Baru tadi, sebelum pergi makan, on the way ke kedai makan tu, aku pergi teman my housemate, Nicky masuk lab dia kejap. Nicky (sila tengok si dia dalam pic di bawah ini) adalah seorang pelajar Master dalam bidang Fizik. Dia adalah seorang pelajar postgrad yang sangat rajin dan cemerlang, gemilang dan terbilang (sambil jeling lagi sorang housemate yang bernama Angah, juga memiliki sifat-sifat yang sama seperti Nicky, tambah sifat bonus; indah dan memiliki vokal mantap ketika berkaraoke).
Fizik adalah salah satu cabang ilmu sains. Sedar atau tak, tadi masa masuk Lab Fizik, sedikit sebanyak telah mendatangkan rasa kerdil dalam diri aku. Manakan tidak, satu habuk pon aku tak tahu benda alah yang kelihatan depan mata aku kat atas meja lab tu. Untuk kawan-kawan yang senasib dengan aku, yang memiliki penyakit 'buta fizik', sila lihat foto-foto di bawah dan insafkanlah diri. Sesungguhnya, ilmu yang kita miliki hanyalah sekelumit cuma, jika ingin dibandingkan dengan ilmu pemberian Allah yang mencakupi segala aspek dan perspektif di muka bumi ciptaan-Nya ini.
Walaupon mungkin ada yang akan kata, " Alah, x kan benda-benda alah macam tu pon tak tahu dan nak feeling-feeling over, kagum dan sebagainya", namun aku tak malu untuk mengaku memang aku tak tahu langsung bab-bab fizik ni... (walaupon ada ambil subjek fizik ni masa SPM dulu-dulu)..
Sebahagian sahaja...ada banyak lagi sebenarnya...tapi x larat nak ambil gambar semua alat-alat kat situ... heheheheh :)
Semoga kawan-kawan yang sedang membuat master dalam bidang fizik akan terus maju jaya! Berkongsilah ilmu walaupon sedikit, sesungguhnya ilmu yang dikongsi akan terus bergerak nilai pahalanya walaupon kita telah tertanam di dalam perut bumi. Contohilah Ibnu Haitham, tokoh Islam dalam bidang fizik yang masyhur. Setinggi mana ilmu di dada, di atas sejadah tetap bersujud.
p/s: Nicky, halal yek aku snap and letak pic ni semua tanpa minta izin..heheheh :)
~ yoe menulis dengan rasa kagum terhadap ilmu fizik!
3 comments:
hahahhaha...
suara org yg menulis blog ni ape kurang nya... lg harmoni... n lagi rajin dr kitaorg... + bonus pandai buat donat n puding... best sgt... lamanya xmkn donat ko...;p
SENTAP!!sempat lagi jd paparazi..snap situ snap sana..keles...
me dulu x suke fizik..n numberS^^ tp saye tetap suke sains! yup ;)!
Post a Comment