Tuesday, October 27, 2009

Rasa sesama Kita

Salam Sejahtera...

Kita bergerak
Dari satu saat ke satu saat yang lain
Tiba satu saat
Kita pasti keletihan
Dan berhenti bergerak seketika
Namun jarum saat tidak sesekali berhenti

Sedar mahupon tidak
Rasa sesama kita juga begitu
Kadang menyenangkan
Terkadang pula menyakitkan
Kronologi tingkah laku tidak berhenti
Mengundang seribu tafsiran berbeda adanya

Pernah luka menyinggah di hati
Kuntuman senyum penawar segera
Kerut di dahi seketika cuma
Kerana aku masih berkira-kira
Bahawasanya diri ini bukan malaikat
Untuk mengibliskan kau, dia dan juga siapa-siapa


Berfikir..... bertindak secara rasional...... indah rasanya.....


~ yoe menulis dengan keadaan yang tunggang-langgang... kenapakah??? Rasa seperti tidak terurus.... ohhhh aduhai.........

Thursday, October 22, 2009

Ketemu satu Foto

Salam Sejahtera...


Ketemu satu foto
Rasa kagum terbit di hati
Teruja melihat indah seni terlakar
Ada rasa macam nak besarkan foto ini
Seraya membuat hiasan di dinding
Apa aku bisa ya???


Kredit pada website yang tidak ku ingat url nya


~ yoe menulis sedikit tanpa sebarang puisi, kerana ilham telah lama tidak kunjung menyinggah di benak fikiran.... yang terfikir hanya thesis writting... oh thesis writting ku.......... huhuhuhu :)


Tuesday, October 20, 2009

Hari yanG biasa

Salam Sejahtera...


Menghadap satu lagi hari yang biasa
Celik mata
Tolak selimut
Menggeliat seketika
Ambil wudhu
Tunaikan solat subuh
Pergi dapur
Masak air panas
Bancuh air teh O
Sarapan sederhana dengan roti sapu mentega coklat
Kenyang
Akan mandi dan bersiap ke lab
Sebentar lagi
Perlu lebih produktif dari hari ke hari
Insyaallah


~ yoe menulis sedikit catatan di awal pagi :)

Sunday, October 18, 2009

Jom baca Doa

Salam Sejahtera...

Sekadar berkongsi..... mari amalkan untuk mohon dijauhkan sifat malas, sikap bakhil dan melepaskan diri dari lilitan hutang...


بسم الله الرحمن الرحيم
أللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن
وأعوذ بك من العجز والكسل
وأعوذ بك من الجبن والبخل
وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال


Jangan lupa ya! Amalkan dengan istiqamah.... mudah-mudahan Allah sentiasa membantu kita dalam setiap permasalahan... InsyaAllah :)


~ yoe menulis sambil menonton Al-Kiswah!

Tuesday, October 13, 2009

Pink atau Fuchsia???

Salam Sejahtera...

Berbicara tentang warna....warna merah jambu atau pink! Sangat sinonim dengan kaum hawa. Tapi kalau kaum Adam with pink..... maybe masih ada yang memandang serong lalu dengan segera mengecop dahi mereka-mereka ini dengan gelaran pondan atau gay!!! huh paranoid sungguh!!! Sebenarnya tiada satu warna pon milik kekal sesuatu jantina..... cuma kadang-kala stigma orang kita yang suka mengada-adakan sesuatu perkara dan memesongkan pemikiran kita.

Jadi, apabila kita bereksperimentasi dengan sesuatu warna, sebenarnya kita sedang mencabar diri kita. Memetik kata seorang penceramah grooming (nama dirahsiakan), beliau berkata " Lelaki yang berpakaian dengan warna merah jambu adalah lelaki yang berani". Betul juga, tapi kita pon agak-agak la... merah jambu kan ada banyak range colour dia, so pilih lah yang kena dengan tona warna kulit kita masing-masing.

Last weekend, my best friend kasi aku pinjam t-shirt dia yang bagi aku sangat cocok sekali dengan warna kulit aku..... maka melaram lah aku dengan baju tu sepanjang hari merayau-rayau di area Bukit Bintang.... bergambar sini sana sampai larut malam..... dan aku sangatlah puas menyarung baju itu di tubuh ini!!! hehehehhee.... Terus teringat kata-kata seorang watak dalam satu filem:

"I just had to laugh...cause it's not pink, it's fuchsia!!!"
- Dorian LaGatos

Love me not!!!!!

~ yoe menulis sambil memakai baju putih kosong........ dan tanpa hp di sisi.... hp rosak, sorry kalau tak dapat contact buat masa ni :(