Showing posts with label Idealogi. Show all posts
Showing posts with label Idealogi. Show all posts

Monday, January 11, 2010

Yang aku lihat

Salam...



Tuhan ambil satu
... Dia bagi satu yang lain
Itu yang aku lihat depan mata
Adilnya Dia...
Maha sifatNya



Tangan lebih ringan untuk mengangkat cawan
... bila jam dan cincin ditanggal




~ yoe menulis sikit... sambil ucap tahniah pada my bestfriend's wife yang selesai viva master pagi tadi...

Saturday, January 9, 2010

Ironiknya Nasi Kerabu....

Salam...


Pedas sambal cili
Manis kuah kelapa
Masam cairan budu
Rangup kerisek goreng
Segarnya ulam yang diracik
Kenyal potongan daging bakar
Itulah nikmatnya nasi kerabu juadah pagi
Bercampur-baur....
Segalanya dalam satu pinggan
Ironiknya nasi kerabu
Sepertinya..... mengingatkan
Kehidupan yang dilalui....



Juadah makan pagi with Incik Nicky...
Housemate yang lain punya hal tersendiri :P




~ yoe menulis sambil bersandar melihat bedroomnya yang simple :)

Friday, January 1, 2010

Diary - new year

Salam Sejahtera...



Alhamdulillah

Syukur kepada Allah kerana masih memanjangkan umur untuk aku menjengah ke satu lagi tahun baru Masihi - 2010. Beberapa hari yang lepas, sempat ke office fakulti untuk collect diary baru...

Siap berkotak-kotak pulak diary tahun 2010 ni... :P


Jom kita selongkar isi dalam kotak itu!!


Warna coklat tanah jadi pilihan orang-orang besar tahun ni...


Selak bahagian dalam..... selak jangan tak selak!!!


Hah..... nampak tak kotak kecik tu.... 1 Jan 2010.... hari ni la tu!!!
Tak reti-reti nak plan aktiviti harian - pesan kat diri sendiri!!!






Incik yoe mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 Masihi kepada semua teman dan kenalan.... semoga tahun yang mendatang akan membawa seribu satu kejayaan dan berusahalah ke arah setiap satu harapan yang terlakar di hati... insyaAllah, teruskan berusaha dan banyakkan berdoa...




~ yoe menulis di pagi tahun baru sambil menikmati titis-titis hujan di luar....

Wednesday, December 23, 2009

Senyum penawar duka???

Salam Sejahtera...





Orang kata...
Senyum itu penawar duka
Bisa mengubat hati yang lara
Justeru...
Aku hanya ingin senyum
..dan terus tersenyum
Walau senyuman tak semanis mana
Biarlah....
Inikan senyuman aku
Bukan senyuman korang
Apakah?????



~ yoe menulis sambil brunch di IRC Temerloh... sengsorang je... :)

Friday, December 18, 2009

Salam Hijrah 1431

Salam Sejahtera...






Salam Maal Hijrah 1431
Kalau tahun baru Masihi kita boleh sakan menyambutnya
Takkan lah tahun Hijrah kita nak buat dek je kan...
Tapi tak lah pula bermaksud kita nak 'hu ha hu ha'
Cuma buat lah apa yang patut
Paling tidak pon..
Berdoa lah
Tidak dapat untuk orang lain...
Sekurang-kurangnya untuk diri sendiri pon dah cukup baik
Hanya sekadar saling mengingati

Maklumlah kita kan insan
Pelupa sifatnya...





~ yoe menulis sambil teringat lirik nasyid awal Muharram, "1 Muharram detik permulaaan".. ulang dan sambung.....


Monday, December 14, 2009

Ingat......baca Bismillah...

Salam Sejahtera...



Petang semalam sangat boring….


Aktiviti:
Gerak ke Alamanda, terus ke GSC…..
Tengok movie apa yang paling cepat…. since Santau, which is the latest malay movie, paling awal, so kitaorang terus beratur dan beli ticket 2.30pm…..
Masuk je hall, wah full house tu!!!
Ini adalah filem melayu ke-4 yang aku tengok kat panggung (tidak bermaksud aku tidak menyokong filem kita ye…..kalau terbukti bagus, why not kan!!!!)
.....dan 3 daripadanya full house;
Puteri Gunung Ledang, Anak Halal dan termasuk yang ini………..

Period:
Layan punya layan……
After 1 and a half hour….. selesai…..
Popcorn tak sempat habis… huhuhu….
Tak tahu kenapa…….

Impaknya:
As a horror movie, I think it should be more horror…….
Macam ada something yang lack off……
Main actor; Esma Daniel sometimes agak overacting especially bila part die mengeluh dan mendengus….. hahahahaha :)
Main actress; Puteri Mardiana as a newcomer, boleh katakan good!!
Impressive, especially part dia menukar suara dari lembut ke garau dan aksi-aksi yang menggelikan tekak ( aku tahan nak muntah masa dalam panggung tengok dia mamam ulat!!!)

Moral of the story:
Sebelum makan dan minum setiap apa sahaja rezeki dari Allah, mulakanlah dengan Bismillah…tidak rugi sedikit pon mengingati Sang Pemberi agar kita terlindung dari sebarang dengki khianat sesama insan yang bisa mengenakan ilmu santau, which is salah satu dari caranya adalah melalui makanan….. Nauzubillah…. minta dijauhkan.....



Sebelum balik, sempat tapaw big apple donuts (frust my feveret say cheese dah habis)..ingat baca Bismillah sebelum makan ye!!



~ yoe menulis di pagi Isnin.... baru lepas mandi... :)

Saturday, December 12, 2009

Potpouri sanG penGantin

Salam Sejahtera...



Mode:
Baru balik dari majlis kahwin seorang sahabat pada sahabat di Bangi.


Impak:
Syok tengok kemeriahan majlis kahwin, teringin nak kahwin... ngengenge :P


Note:
Terkenang saat-saat bahagia my bestfriend di hari perkahwinannya tak lama dulu, which is aku seronok dapat menyiapkan dia dan berada di sisinya di hari penting itu.... ihiks... :)



~ yoe menulis sambil menikmati haruman bau potpouri buah tangan sang pengantin, Insyaallah ada doa dari aku, ikhlas buat kalian...

Monday, November 23, 2009

Cermin retak seribu

Salam Sejahtera...

+++ Bergossip di pagi hari...kisah benar buat sempadan... nama sebenar si pelaku dirahsiakan... tak baik membuka aib sesama insan kan.... (mode ustaz)

Cinta
Hebatnya penangan cinta
Lagi hebat bila cinta bermain di antara tiga jiwa
Lantas berkecamuklah dua jiwa merebut sang bunga

Sang bunga sekuntum itu
Merasa bahagia dan teruja agaknya
Menyedari dua jiwa saling berebut demi dirinya

Sang kumbang berdua
Tika amarah menguasai diri
Cabar mencabar meninggi suara
Cermin dihempas ke lantai pecah seribu

Akhirnya
Siapa menang
Bunga atau kekumbang
Atau iblis durjana yang puas melaga????


Cermin berderai lebih dari retak seribu
(bukan dari tapak kejadian sebenar, tapak kejadian kami dah tolong kemaskan, so tak sempat nak snappy tapak itu)


~ yoe menulis dengan gigih, walaupon sakit-sakit, mode bergossip tetap ada... hehehe... sekali-sekala jer...

Tuesday, October 27, 2009

Rasa sesama Kita

Salam Sejahtera...

Kita bergerak
Dari satu saat ke satu saat yang lain
Tiba satu saat
Kita pasti keletihan
Dan berhenti bergerak seketika
Namun jarum saat tidak sesekali berhenti

Sedar mahupon tidak
Rasa sesama kita juga begitu
Kadang menyenangkan
Terkadang pula menyakitkan
Kronologi tingkah laku tidak berhenti
Mengundang seribu tafsiran berbeda adanya

Pernah luka menyinggah di hati
Kuntuman senyum penawar segera
Kerut di dahi seketika cuma
Kerana aku masih berkira-kira
Bahawasanya diri ini bukan malaikat
Untuk mengibliskan kau, dia dan juga siapa-siapa


Berfikir..... bertindak secara rasional...... indah rasanya.....


~ yoe menulis dengan keadaan yang tunggang-langgang... kenapakah??? Rasa seperti tidak terurus.... ohhhh aduhai.........

Sunday, October 18, 2009

Jom baca Doa

Salam Sejahtera...

Sekadar berkongsi..... mari amalkan untuk mohon dijauhkan sifat malas, sikap bakhil dan melepaskan diri dari lilitan hutang...


بسم الله الرحمن الرحيم
أللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن
وأعوذ بك من العجز والكسل
وأعوذ بك من الجبن والبخل
وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال


Jangan lupa ya! Amalkan dengan istiqamah.... mudah-mudahan Allah sentiasa membantu kita dalam setiap permasalahan... InsyaAllah :)


~ yoe menulis sambil menonton Al-Kiswah!

Thursday, July 9, 2009

Masa.... Masalah MenunGGu

Salam Sejahtera...

Bila sebut tentang masa... yang paling cepat menangkap ke minda kita sudah tentu kata-kata ' Masa itu emas' kan..... Masa itu emas... hmmmm.... maksudnya, masa itu nilainya seperti emas, dan seperti mana kita sayangkan emas, begitu juga lah kita sepatutnya sayangkan masa...

Tidak bermaksud untuk menghukum sesiapa, hanya berniat suci untuk mengingatkan diri sendiri dan sesiapa yang sudi membaca tentang peri pentingnya nilai sebuah masa...

Kalau dah berjanji untuk sesuatu pertemuan, sila lah tepati janji. Kalau pon ada masalah yang membuatkan kita terlewat, tolonglah berasa bersalah sedikit.... Hubungi setiap masa untuk memaklumkan kelewatan kita dan jangan lah sampai orang yang menunggu pula terpaksa terhegeh-hegeh untuk bertanya....

Sebagaimana kita terseksa ketika menunggu seseorang dan memikirkan tentang masa kita yang terbuang, begitu juga lah perasaan orang yang menunggu kita seandainya kita terlewat dan sangat-sangat terlewat tambahan pula kelewatan itu tidak sedikit pon disusuli dengan rasa kesal...

Sama-samalah kita berubah dan andai kesalahan ini aku jua ada melakukannya, tegur dan ingatilah aku juga...tidak mengapa, aku pasti bisa menerimanya...

~ yoe menulis tentang masa sambil teringat tafsiran ayat dari surah Al-Asr...

Sunday, June 7, 2009

MunGkin akan Cuba

Salam Sejahtera...

Seperti biasa, kalau bab-bab alam sekitar ni, memang aku mudah terpanggil sikit. Ini termasuklah bila kita berbicara tentang pemanasan global. Masalah ini sangat menakutkan semua...betul tak?? Terasa kan kepanasannya sekarang....

Faham tak maksud foto ini?????

Antara penyebab kepada fenomena ini adalah pelepasan gas toksik daripada penggunaan bahan pembersih di rumah. Berhubung perkara ini, tadi aku ada terdengar satu bingkisan berita dalam Buletin Utama di TV3 mengenai satu kempen yang dilancarkan oleh pihak FRIM - Kempen kitar semula sayur dan kulit buah-buahan yang dibuang sebagai bahan agen pembersih.

Nak tau cara dia...senang je:

1. Dapatkan sayur-sayuran yang tidak boleh digunakan lagi dan kulit buah-buahan yang telah dikupas
2. Masukkan dalam botol yang berisi air (sukatan air ikut kesesuain)
3. Tambah sedikit gula melaka
4. Kemudian sila peram campuran ini selama 3 bulan
5. Selepas 3 bulan, campuran ini akan bertindak sebagai agen pembersih dan boleh digunakan sebagai bahan pencuci untuk mencuci kawasan di sekeliling rumah seperti mencuci longkang dan sinki



Menurut pihak FRIM, campuran semulajadi ini tidak menghasilkan sebarang gas berbahaya dan tidak menyumbang kepada pemanasan global... InsyaAllah.

~ yoe menulis dengan ada rasa untuk cuba menyahut kempen ini... mungkin akan cuba.

Friday, June 5, 2009

Rasa Kesal Aku

Salam Sejahtera...

Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari. Seperti biasa, sebagai kaum Adam, tak lepas daripada pergi menunaikan solat jumaat di masjid.

Hari ini, tukar selera..pergi solat di masjid sebuah kampung yang berhampiran dengan rumah (nama masjid dirahsiakan). Ada sedikit kekesalan terhadap beberapa perkara di sini:

Pertama; sistem audio (PA system) yang SANGAT menyedihkan. Takkan la nazir masjid dan jawatankuasa masjid tak notis perkara macam ni... Tidak dipanjangkan kepada ADUN kawasan atau sekurang-kurangnya Penghulu kampung. Kalau Masjid Kristal boleh dibina, takkan la sistem audio untuk sebuah masjid kampung tak boleh disediakan dengan sempurna.

Kedua, keadaan imam yang membaca khutbah itu seolah-olah telah sampai usianya untuk berehat. Bukan menidakkan jasa dan ilmu agamanya, namun keadaan fizikal dan kesihatannya telah menjadikan bacaan khutbah itu tersangkut-sangkut dan sangat perlahan.

Tulisan tidak bermaksud menghina atau merendah-rendahkan sesiapa pun. Sekadar berkongsi idea dan merintih perhatian pihak yang berautoriti terhadap kebajikan Rumah Sang Pencipta yang bisa menghimpunkan sekalian hamba-Nya sekurang-kurangnya pada hari Jumaat yang mulia.

Walaupon kesal, tetap kena senyum pada hari Jumaat!!!!

~ yoe menulis dan menzahirkan rasa kesal.

Tuesday, May 26, 2009

Kalaulah aku... Dia

Salam Sejahtera...

Diri ini sudah biasa menjadi pendengar masalah kawan-kawan rapat.... dan adakalanya aku sendiri yang menawarkan diri untuk mendengar masalah mereka... Seronok! Kerana aku kira dengan ini, aku boleh menjadi lebih MATANG dan BERDIKARI menghadapi segala masalah mendatang di hari muka.

Menghadapi hamba Allah yang kreatif ataupun tersalah menggunakan kekreativitiannya mungkin menimbulkan rasa jelik di sanubari. Tapi menurut sumber yang autoritatif dan imperikal, unsur-unsur similariti tidak patut digunakan untuk mengahadapi perkara-perkara seperti ini...bagi mengelakkan kita kelihatan persis seperti entiti itu.

Tindakan komparatif perlu dilakukan seolah-olah kita duduk di hadapan cermin... bagi menilai pro dan kontra sesuatu tindakan sebelum kita menghighlightkan tindakan entiti di hadapan kita.

Sinikalnya, bak kata sahabat aku... "kalaulah aku...dia, tentu dah bertimbun hasil tulisan aku dalam sejarah penulisan ku" ... sebab........ dot dot dot.......

~ yoe menulis sambil cuba memengertikan kata-kata sahabatku itu... sebenarnya aku sudah lama faham dan akan terus memahami...