Tuesday, January 5, 2010

Cerita pasal Lab

Salam Sejahtera...


Sedikit cerita serius.... ke???;


Slide histology yang dah siap observe hari tu terpaksa dikemaskini semula dan kena re-observe. Sebabnya my sv tetiba je mood dia berubah sikit lately ni.... caring sikit.... (dia baru dapat Prof la katakan, congrats to him!). Dia kata akan baca slide sama-sama dan bagi dia masa untuk siapkan semua pembacaan histopathology slide tu.... (saya pegang janji Prof tau!!!)


Then, last step in my research ni adalah in vitro anthelmintic assay which is nak kena menuntut bende alah ni kat adalah satu tempat ni.... tapi bila sampai part nak buat surat dan segalanya ni.... hah mulalah sindrom malas dan sindrom tangguh kerja tu sampai!!! So selagi tak pergi menuntut segala assay tu, makanya kerja pon tertangguh la.....


Esok ada discussion with my sv, akan bentang segala yang dah buat dan yang belum buat, kalau dia kata tak payah buat in vitro.... maka dah boleh fokus kat thesis writting je.... tapi kalau kena buat jugak..... makanya, aku kena gigih ke arah itu!!!! Go go go!!!!!



Ruang kecil tempat aku observe slide kat Instrumensi Lab....
Ini adalah situasi sebenar ye, bukan buat-buat busy!!


Hah yang ni aku mengaku laa aku over.. gigih kannn susun segala jurnal kat atas meja... Hehehehe :0




~ yoe menulis sebelum nak mandi.... kejap lagi nak siap-siap sebab malam ni we olls ada white party aka bufday celebration, tapi kecil-kecilan je.... hoooray!!

Monday, January 4, 2010

3 Berita ringkas

Salam Sejahtera...


Dengan ini disampaikan 3 berita ringkas lagi padat:



1. Anak saudara merangkap cucu pertama in our family, Adam hari ini menjalani minor operation di bahagian mulut dan lidahnya... kerana masalah percakapan yang lambat walaupon bulan Mac depan akan mencapai umur 4tahun. Kesian kat dia.... takut nanti dia kena ejek pulak dengan adik perempuan dia yang baru berumur 2 tahun lebih tapi dah mula lancar bercakap. Semoga operation lancar dan dia boleh bercakap dengan sempurna.


2. Teman baikku telah kehilangan adinda lelakinya ke Rahmatullah pada pagi tadi. Semoga pemergiannya dicucuri rahmat dan mohon sedekahkan al-Fatihah buat arwah.


3. Rakan serumah akan menyambut hari lahirnya tepat jam 12 tengah malam ini dan beliau akan berusia 26 tahun.




Itu sahaja untuk edisi berita ringkas kali ini.
Sekian, Yoe melaporkan dari atas tilam.




~ yoe menulis sambil menyelak seluar shortnya yang sememangnya short.... ahaksss :P

Sunday, January 3, 2010

Nah..... ambek kau!!!

Salam Sejahtera...


Ahad
Hari cuti untuk kawan-kawan di luar sana
But not for me...
Hari ini hari bekerja; di sini
Walaupon tengah cuti belajar...
Kerja lab masih ada seperti kerja-kerja biasa
Should be hari ni kena mengadap my sv
Tapi tangguh esok..
..... dan since microscope ada orang guna
Aku meronggeng ke bandar seorang diri
Uruskan kredit kad with Kak Anizah kat Bank Islam
Then ada discussion ngan Kak Ros, consultant Public Mutual
Selesai... terus ke Mydin and Giant beli barang rumah sket
(nanti kita cita bab rumah ni..... huhuhu... )
Jam dah tunjuk 1.30pm...
Apalagi...... jom makan!!!!



Nasi ayam jadi pilihan!!! jemput makan semua.....

Tengah makan, sambal habis.... aku mintak sambal extra..... sekali adik waiter yang cute tu hantar... nah..amek kau!! perli aku ke apa nih????






~ yoe menulis sambil berehat-rehat.... kejap lagi mahu merancang operasi membersihkan rumah..... sighhhh!!!

Saturday, January 2, 2010

Masih tentang Gemuk...

Salam Sejahtera...


Dialog a few days ago;


Incik Ang: Yoe... ko dah gemuk!!!
Aku: speechless.... :(


Mesti buat something ni...
Dah lama tak jog petang-petang macam dulu..
Sport shoes kat rak kasut tu dah berdebu
Bila lah nak sarung kat kaki semula
Then, since kat sini takde gym yang proper
Maybe i should exercise sendiri kat rumah
Belek je apa yang ada dalam fitness magazine kat rak buku
Dan..... paling penting..
Kena control nafsu makan...
Huhuhu..... :P



Hoho... nampak pisang atas meja ruang tamu....
jom mamam pisang!!




~ yoe menulis dengan risau.... tak mahu gemuk!!! :P

Friday, January 1, 2010

Diary - new year

Salam Sejahtera...



Alhamdulillah

Syukur kepada Allah kerana masih memanjangkan umur untuk aku menjengah ke satu lagi tahun baru Masihi - 2010. Beberapa hari yang lepas, sempat ke office fakulti untuk collect diary baru...

Siap berkotak-kotak pulak diary tahun 2010 ni... :P


Jom kita selongkar isi dalam kotak itu!!


Warna coklat tanah jadi pilihan orang-orang besar tahun ni...


Selak bahagian dalam..... selak jangan tak selak!!!


Hah..... nampak tak kotak kecik tu.... 1 Jan 2010.... hari ni la tu!!!
Tak reti-reti nak plan aktiviti harian - pesan kat diri sendiri!!!






Incik yoe mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 Masihi kepada semua teman dan kenalan.... semoga tahun yang mendatang akan membawa seribu satu kejayaan dan berusahalah ke arah setiap satu harapan yang terlakar di hati... insyaAllah, teruskan berusaha dan banyakkan berdoa...




~ yoe menulis di pagi tahun baru sambil menikmati titis-titis hujan di luar....