Monday, May 25, 2009

Mereka juga Bersedekah

Salam Sejahtera...

Semalam (spesifik: malam tadi, jam 10pm) ketika bas ekspress yang aku naiki dari Hentian Kajang berhenti di Hentian Putra untuk mengambil baki penumpang yang hendak ke Kuala Terengganu, naik lah seorang hamba Allah berpakaian jubah dan berserban memberi salam dan berkata sesuatu. Dialeknya jelas kedengaran seperti berasal dari Pattani, Selatan Thailand. Usai memberi salam, hamba Allah itu memperdengarkan hajatnya, untuk mengutip derma bagi pembinaan Madrasah Pengajian Al-Quran di tempatnya. Hajatnya itu disertai sekali dengan surat-surat berkaitan, mungkin keizinan bertulis dari pihak berkuasa Dewan Bandaraya agaknya untuk mengutip derma di kawasan hentian bas ini dan boleh naik dari satu bas kepada satu bas yang lain saat menunggu bas dipenuhkan kapasiti penumpangnya.

Bergerak dari satu kerusi ke kerusi yang lain dengan sampul untuk dimasukkan wang kutipan derma dari penumpang.... Ada yang menghulurkan, ada juga yang tidak... Aku bersangka baik..mungkin mereka tiada duit kecil atau mungkin juga mereka tertidur dan tidak sedar kehadiran hamba Allah itu.

Tapi ada satu perkara yang aku kagumi; mungkin bagi aku, mungkin tidak bagi orang lain. Apabila hamba Allah itu menghampiri sepasang penumpang berbangsa Cina yang kelihatan seperti pasangan kekasih dengan pakaian seksi mereka beserta beg besar persis mahu bercuti di Pulau Redang, dengan tidak semena-mena pasangan itu turut menyumbangkan sedikit wang dan dimasukkan ke dalam sampul tadi. Aku yang berada di kerusi belakang mereka, rasa sangat terharu dengan tindakan mereka, walaupon berlainan bangsa dan agama, tetap tidak lokek untuk mengurangkan sedikit bajet percutian mereka... walupon tidak lah besar mana pon pemberian itu... yang penting, mereka juga bersedekah.

p/s: Bersedekah lah dengan ikhlas. InsyaAllah.

~ yoe menulis dengan kepenatan dan kemengantukan akibat semalaman berada di dalam perut bas...

2 comments:

zoncapriku said...

Aku juga turut terharuuu...kita adalah 1 malaysia...1 yoe:xxxxxxxxxx....hhahahaha

yoe said...

ye ye ye ....1 yoe: SABAR didahulukan, LASER disembunyikan....

ngehehehhe.... berita paham!