Friday, December 11, 2009

Bingung atau Bengong???

Salam Sejahtera...



Kalau sudah tak nak
Bilang saja terang-terang
Senang cerita
Jangan main teka-teki
Kerana itu semua
Buat sakit hati
Bingung.....
.....atau bengong???



~ yoe menulis pendek.... sebelum melelapkan mata.... :)

Tuesday, December 8, 2009

Kutu sudah Mati

Salam Sejahtera...


Pernah tidak
Berada di satu tempat
Yang kita tidak biasa
Dengan apa-apa
Mahu pon siapa-siapa di situ
Tanpa apa-apa yang diketahui
Juga siapa-siapa yang dikenali
Mulut jadi berat...... tidak berbicara
Muka jadi tebal...... tunduk sahaja
Maka terperosoklah di satu sudut
Tak ubah seperti kutu
Kutu yang sudah mati



~ yoe menulis bukan tentang cerita hari ini....... isi masa tunggu someone :)

Monday, December 7, 2009

Masih tentang Diam...

Salam Sejahtera...


Benar
Diam itu lebih baik
Daripada banyak bicara
Kelak menyakitkan hati
Menambah dosa

Namun
Diam itu punya tempatnya
Andai dilaku tanpa punca
Buat aku tertanya-tanya
Diammu menyeksa jiwa
Membibit lara




~ yoe masih menulis entry tanpa sebarang foto, sebab kat sini nak upload pic sangat la lambatnya.. huhuhu...

Thursday, December 3, 2009

Tapi apakan Daya

Salam Sejahtera


Sedikit penat
Baru sampai di UPM dari Temerloh
Tumpang tidur sini
Sebelum bergerak ke UM esok pagi
Bersama Incik Pegawai
Excited nak tengok adik-adik (bukan hadek-hadek ye..) berdebat

Orang itu masih dingin
Biarlah....
Malas nak fikir
Since dah ada kat KL ni...
Harapnya boleh melepas rindu
Tapi apakan daya....


~ yoe menulis di Kolej 17 UPM Serdang..... huaaaaahhh ngantuk!!!

Wednesday, December 2, 2009

Ada sikit Sedih

Salam Sejahtera...


Yang seorang ini
Dah sahkan segala
Cincin di jari jadi tanda
Memula semua okay sahaja
Bila dah lama ni, dingin tidak semena-mena
Aku pon tak tahu kenapa
Tunggu dan lihat sahajalah jawabnya

Yang lagi seorang pula
Datang dengan tiba-tiba
Sangkaku bisa jadi pengganti si dia
Tapi pe'elnya pula sukar diduga
Sekejap ya, sekejap tidak
Bikin aku pening kepala
Malas pula nak berharap padanya


Ada sikit sedih... :(


~ yoe menulis sambil teringat sms Incik Pegawai semalam... katanya "cari lain la Yoe!!"