Sunday, June 7, 2009

MunGkin akan Cuba

Salam Sejahtera...

Seperti biasa, kalau bab-bab alam sekitar ni, memang aku mudah terpanggil sikit. Ini termasuklah bila kita berbicara tentang pemanasan global. Masalah ini sangat menakutkan semua...betul tak?? Terasa kan kepanasannya sekarang....

Faham tak maksud foto ini?????

Antara penyebab kepada fenomena ini adalah pelepasan gas toksik daripada penggunaan bahan pembersih di rumah. Berhubung perkara ini, tadi aku ada terdengar satu bingkisan berita dalam Buletin Utama di TV3 mengenai satu kempen yang dilancarkan oleh pihak FRIM - Kempen kitar semula sayur dan kulit buah-buahan yang dibuang sebagai bahan agen pembersih.

Nak tau cara dia...senang je:

1. Dapatkan sayur-sayuran yang tidak boleh digunakan lagi dan kulit buah-buahan yang telah dikupas
2. Masukkan dalam botol yang berisi air (sukatan air ikut kesesuain)
3. Tambah sedikit gula melaka
4. Kemudian sila peram campuran ini selama 3 bulan
5. Selepas 3 bulan, campuran ini akan bertindak sebagai agen pembersih dan boleh digunakan sebagai bahan pencuci untuk mencuci kawasan di sekeliling rumah seperti mencuci longkang dan sinki



Menurut pihak FRIM, campuran semulajadi ini tidak menghasilkan sebarang gas berbahaya dan tidak menyumbang kepada pemanasan global... InsyaAllah.

~ yoe menulis dengan ada rasa untuk cuba menyahut kempen ini... mungkin akan cuba.

4 comments:

+lolly+ said...

sokong! sis ade tgk berita mlm td! nak cuba buat guna small bottle dulu :)

yoe said...

good!!!! go go!!!

Yla rahYla said...

maaf azrul...yla sgt lmpi...leh tak terangkan maksud foto tew???mengapakah seluar2 sexy itew yg kelihatan???

yoe said...

i x mau bgatu.....sila pahamkan sendiri!!!